Jangan bayar lagi saman AES ?

by - Ahad, Februari 03, 2013

 

Wahh .. Suami adik ipar aku yang senantiasa berhati hati bila memasuki PUTRAJAYA , akhirnya dapat jugak satu saman AES ! Aku mampu gelak je la.. Ada geng dah ! Hahahaha .. Aku sendiri ada dua !

Aku ada borak ngan sorang rakan ari tu pasal saman ni . Dia ada bagitau aku sesuatu yang ramai tak tau .. haaaaa.. Dia kata , tengok kat surat saman tu , bila kena naik mahkamah .. Daftar ke Kempen Anti Saman Ekor ( KASE) dulu pastu g naik mahkamah dan kemudian serahkan surat mahkamah tu pada KASE .. Lebih kurang gitulah ..

Maaf la kalau  aku salah cerita .. Kot terbalik ke apa kan ? Tapi kalau nak tau dengan lebih lanjut mengenai ni , cuba baca di blog SHARPSHOOTER ni dulu ..

Ok .. kemudian cuba baca kat sini lagi untuk mengetahui hak hak kita sebagai rakyat Malaysia .. Kalau buta undang-undang dan perlembagaan cam aku ni , sesuai ler .. heheee… Baca kat SINI ..

Tapi buat masa sekarang , semua perbicaraan mahkamah ditanggungkan .. Apasal ditangguhkan ? Heheheee.. Sendiri mau ingat la kan ..

Ok .. ni aku amik dari page KASE ..

a) Saman tu kena bayar ke?
Saman ialah perintah kpd OKS [Orang Kena Saman] untuk hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.. dalam saman mesti ada "KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ................................" apa yang ada dlm Saman berkaitan bayaran HANYALAH tawaran kompaun "Kesalahan ini ialah kesalahan boleh kompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM300 pada atau sebelum....." Kata kuncinya ialah BOLEH... bermaksud tak WAJIB bayar. Jika tidak bayar kompaun, maka OKS hendaklah hadir Mahkamah pada tarikh yg ditetapkan. Ketidakhadiran OKS pd tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan Mahkamah mengeluarkan WARAN TANGKAP. Jika kompaun dibayar, maka Saman dianggap selesai & OKS tak perlu hadir Mahkamah.


b) Kalau tak bayar tak pe ke?
Seperti yang disebutkan sebelum ini, Saman bukan perintah utk membayar denda, jadi tidak bayar kompaun bukan suatu kesalahan tetapi OKS hendaklah ke Mahkamah jika kompaun tidak dibayar.


c) Kalau pergi Mahkamah, denda boleh kurang ke?
Denda bagi kesalahan AES ialah minimum RM300 & maksimum RM2000 spt dlm Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda minimum RM300 ditetapkan sama spt kompaun RM300 bertujuan utk tidak menggalakkan OKS pergi Mahkamah. Kami mengesorkan supaya semua OKS hadir Mahkamah & jangan bayar kompaun kerana jika ke Mahkamah, ada dalam situasi2 tertentu, jika mengaku salah sekali pun Mahkamah mempunyai budibicara utk melepaskan OKS dgn amaran jika OKS mempunyai alasan2 yang kukuh yg Mahkamah berpuashati. Alasan2 bergantung kpd budibicara Mahkamah. Walau bagaimanapun jika Mahkamah tidak menerima rayuan/alasan, dendanya tetap RM300 tidak kurang krn telah ditetapkan di dalam Akta. Kami juga syorkan OKS tidak mengaku salah & minta dibicarakan & kami menyediakan khidmat guaman percuma utk perbicaraan nanti.


d) Kalau tak mengaku salah, boleh lawan ke dah kat saman tu memang gambar saya?
Prinsip keadilan sejagat menyatakan "seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah". Selagi Mahkamah tidak memutuskan OKS bersalah, pihak yang mendakwa [JPJ] hendaklah membuktikan bhw OKS bersalah. Proses Mahkamah spt kes2 lain iaitu pihak pendakwa [JPJ] hendaklah membuktikan pada tahap "prima facie" bhw OKS melakukan kesalahan iaitu dgn mengemukakan bukti2 & keterangan2 saksi untuk membuktikan OKS bersalah. Gambar dalam Saman saja bukan bukti utama membuktikan kesalahan. Perlu bukti2 lain lagi. Ini semua kerja peguam untuk mempersoalkan di Mahkamah.


e) Kalau saya bukan pemandu cane?
Saman AES dikeluarkan kpd pemilik kenderaan, jika pemilik bkn pemandu, pemilik hendaklah memberitahu JPJ dlm tempoh 30 hari dr tarikh Saman siapa pemandu semasa kesalahan dirakam. Ada disediakan ruangan di belakang Saman untuk diisi oleh pemilik dan hantar kpd JPJ. Prosedurnya ialah JPJ sepatutnya mengeluarkan saman baru kpd pemandu dan membatalkan saman kpd pemilik. tetapi setakat hari ini JPJ tidak melakukan perkara tersebut.


f) Cane nak tau saman tu Saman AES atau Saman Polis?
Saman AES dikeluarkan oleh JPJ dan ada tandatangan digital pegawai JPJ yg mengeluarkan saman. Saman Polis akan ada logo Polis di kepala Saman.


g) KASE dah penah menang ke lawan saman AES ni?
Saman AES mula dikeluarkan kpd OKS pada 13/10/12 dan hanya mula disebut di Mahkamah pd 29/11/12 sehingga hari ini. Semuanya baru pada tahap sebutan pertama & belum dibicarakan lagi. Jadi belum ada kes yang dibicarakan & belum ada sebarang keputusan oleh Mahkamah. Laporan2 dalam Akhbar berkaitan OKS yg diperintahkan utk bayar denda sblm2 ini semuanya OKS2 yang mengaku salah bukan yang BICARA.


h) Kalau bicara lepas tu kalah, kena denda lagi tinggi ke?
Kalau kalah slps perbicaraan, hanya Mahkamah yg akan menentukan jumlah denda iaitu di antara RM300 hingga RM2000. Kebiasaannya bagi kesalahan pertama Mahkamah akan mengenakan denda minima. walau bagaimana pun semuanya tertakluk kpd budibicara Mahkamah.


i) Saya dapat saman AES, apa saya nak buat?
Jika anda menerima Saman AES, ada dua (2) tindakan boleh dilakukan iaitu bayar kompaun jika malas nak panjang2 cerita, atau malas nak naik mahkamah. kedua, sila pergi ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan boleh pilih mengaku salah atau minta bicara. Proses yang berkaitan khidmat peguam di atas adalah sama.

j) Saya kena saman AES di Perlis, boleh KASE bantu?
Untuk makluman sehingga hari ini AES hanya beroperasi di 14 lokasi di Perak (7), KL (3), Selangor (2) & Putrajaya (2). Negeri2 lain tidak ada AES. Tetapi jika disaman AES di lokasi2 tersebut dan menetap di negeri2 lain, statusnya sama mcm status yg dimaklumkan dlm soalan2 sebelum ini. Boleh hubungi kami melalui email untuk kami bantu.....

k) Saya terima saman AES tapi hilang, apa nak buat?
Kami bukan pihak yg mengeluarkan Saman, jadi apa yg perlu dibuat ialah hubungi JPJ dan maklumkan saman hilang.


l) Saya tidak terima Saman AES tapi saya cek dlm MYEG & SMS dinyatakan saya ada saman, cane??
Saman tidak perlu disemak krn setiap saman hendaklah dihantar ke alamat berdaftar dalam Geran pemilik kenderaan. Jika Saman tidak diterima bermaksud anda tidak disaman. Tetapi jika anda bertukar alamat, anda mungkin tidak menerima saman. Jika katakan anda tidak menerima saman krn bertukar alamat tetapi tidak maklumkan pertukaran alamat kpd JPJ, anda boleh disaman krn tidak maklumkan pertukaran alamat & boleh didenda tidak kurang RM2000 jika disabitkan bersalah.

 

Perghh.. huru hara dunia kerana AES ni .. haihhh .. Bukan tak nak bayar tapi mengarut sangat laaa penguatkuasaannya.. Aku kena saman dek polis pon aku bayar jer .. Tapi yang ni ? Adehh .. Tunggu la korang kena .. tau laaaa camana perasaannya  ..

You May Also Like

11 comments

  1. Abg ben, solehah nk kongsikan ssuatu mengenai AES ni. Sebenarnya, jika ssorg terkena saman AES ni janganlah risau kalau xbyr. Saman AES ni salah dari segi undang2 mahkamah. Mahkamah pernah perintahkan kerajaan supaya menghentikan penggunaan AES ni kerana ia dikira sebagai membebani dan menindas rakyat. Ramai org Malaysia xtau mengenai perkara ni kerana perbincangan ini dibuat secara tertutup. Solehah xtahulah sama ada kerajaan masih nak dengar atau tidak mengenai hal ni. Semoga suatu hari nanti AES ditarik balik dan rakyat Malaysia bebas dari saman ekor.

    BalasPadam
  2. ooooo..baru tahu la..thanks bro ben sharing bende ni...
    sumenya perlukan prosedur kannn

    BalasPadam
  3. @Solehah Shamsuddin
    mahkamah pernah perintahkan kerajaan untuk hentikan AES?
    tertanya2 jgak. mahkamah mana tu yer.
    setahu saya, apa2 perintah mahkamah, takkan dibuat secara tertutup.
    & sape yg buat permohonan utk perintah tu. sebab mahkamah takkan keluarkan perintah sendiri kalau takde org yg failkan permohonan. ;)
    kalau ada info, share la yer.
    nak tahu jugak. ;)

    http://ninimohd.blogspot.com

    BalasPadam
  4. kompaun memang tak wajib bayar.
    sebab ada pilihan untuk naik mahkamah.
    tapi kalau dah naik mahkamah & dah diperintahkan bayar denda, memang wajib kena bayar.
    kalau tak bayar, kena penjara tu.

    http://ninimohd.blogspot.com

    BalasPadam
  5. @Nini Mohd bila dah mengaku salah , mmg kena byr .. Kalau tak mengaku bersalah , mereka akan dibicarakan. dan jika daftar bwh KASE , mereka akan wakilinya ..

    jadi , jgn mengaku .. melainkan duit byk dn malas nak panjang cerita.

    BalasPadam
  6. @Ben Ashaari
    iyer encik ben, sy faham.
    maksud sy, kalau dah selepas dibicarakan & ternyata mahkamah dah putuskan bersalah, still kena bayar denda jugak tu. kalau tak bayar denda yg mahkamah arahkan tu, blh kena penjara. itu jer maksud saya. ;)
    kalau blh lepas, alhamdulillah la.
    cuma alasan x mengaku salah tu kena logik & kukuh la. baru blh selamat.
    ishh...banyak tu RM300. sape yg x sayang duit wooo...
    kena saman parking RM50 tu pun dah stress nak bayar. speedtrap yg biasa RM150 tu lg la stress. inikan pulak kena bayar RM300. huhuu~

    http://ninimohd.blogspot.com

    BalasPadam
  7. dasat gak flash aes nih! b'pinau mata dibuatnye! hu3..

    BalasPadam
  8. yaya ngan suami dah kene dah AES ne kat sungkai waktu balik kg aritu.. terbang RM300 rase syg ye duit tu tuhan je tahu.. baik bg kat baby.. kenyang perut die.. bkn pe..kalo cengini membebankan rakyat..
    xde cara lain ke nak kurangkan kadar kemalangan jalan raya..??
    hurmmppp

    BalasPadam
  9. Salam,
    Boleh cuba buat rayuan utk kurangkan saman. :)

    BalasPadam
  10. @eNNi

    Salam..

    sy baru kena saman AES, sy bawa kereta ayah. kene mase kat perak.
    cemane ek nak wat rayuan? mase tu urgent sgt, risaukan mak tgh bleeding + miscarriage mase tu...lgpun kereta ada 1 je & takde sape2 kat rumah tmasuk ayah sy...

    Help2..

    BalasPadam
  11. Saya dah dua kali kena sama AES bulan 10 tahun lepas dan bulan 1 tahun ni. Saya buat tak tau jer saman AES ni. Sampai sekarang xder apa berita atau surat dari JPJ ataupun mahkamah. Yg best nyer boleh renew roadtax kereta bulan nie....hehehehe

    BalasPadam