Takkan nak tunggu tak larat ?

by - Jumaat, Februari 15, 2013

 

Sebelum balik ke ‘sarang’ bak kata Mat Gebu , aku dan wife serta Qhaliff gi ziarah Ayah Tua ( tok wife aku ) .. Ammar , pon sibuk nak ikut.. Agaknya boring dok rumah teman mak dia yang dok berpantang tu .. hee ..

Bila sampai rumah pak sedara wife , salam diberi dan kami dijemput masuk. Ayah Tua sedang terbaring ditilamnya yang diletakkan di satu sudut yang selesa .. Alhamdulillah.. Semoga Allah berkati mereka yang menjaga Ayah Tua ..

Ayah Tua yang usianya pon dah lebih 90 tahun masih punya daya ingatan masih mengagumkan .. Aku yang muda ni pun dah lupa lupa ayam .. Haihh ..

Tangan kanannya yang dah sukar digerakkan mengundang rasa insaf aku. Sekurangnya jari jemarinya itu dihabiskan dengan berzikir .. Aku ? Hurmm..

Wife tanya pada Ayah Tua .. Solat camana .. Dia tunjuk kerusi yang ada didepan kitorang yang dah mengadap ke kiblat.. Dalam tak larat yang mana dia nak bangkit dari baring pun memerlukan bantuan orang lain , dia tetap menyempurnakan solat .. Kita ?

Dulu , sewaktu dia masih mampu berjalan walaupun bertongkat , surau adalah destinasi dia setiap kali azan berkumandang.. Dalam tak larat pun dia tetap ke surau ..

Kita ? Tunggu bulan Ramadhan baru nak g …

You May Also Like

4 comments

  1. Ingatan untuk diri sendiri.. tq :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..keuzuran bukan halangan dan tidak dijadikan sempadan untuk terus beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT..moga Tok Tua peroleh kesejahteraan dunia dan akhirat..buyut Qhaliff la ni ye..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. nenek saya pon solat atas kerusi. umurnya hampir 80..

    dah lama tak singgah sini. layout masih merah, header saja dah bertukar. encik ben pon dah ada anak yg dah semakin membesar..

    BalasPadam