Ahad, 31 Mac 2013

Bila ajal menjemput ..

 

Wanita maut leher tertusuk besi

Dari Sinar Harian ..

SEREMBAN – Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya tertusuk sebatang besi sepanjang setengah meter yang dipercayai terpelanting dari sebuah lori arah bertentangan ketika sedang memandu di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, semalam.
Dalam kejadian  jam 10.45 pagi itu, mangsa, V Inthirani, 50, bersama adiknya, V Thilaga, 32, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Thilaga  berkata, sebelum kejadian, dia menyedari kereta mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan yang tidak membawa muatan. – Baca sambungannya di SINI .. “.

 

Hurm .. Bapak aku selalu pesan .. Kalau memandu , jarakkan kereta dari lori atau kenderaan berat dan besar terutama lori lori besar ni .. Bukan apa, kebanyakkan kenderaan tu guna tayar celup .. Kalau meletup , perghhh… Serpihan berterbangan ke arah belakang .. Bayangkan kalau kita sedang rapat dengannya ? Hurmm ..

Pernah berlaku pada abang aku .. Nasib baik kena pada bahagian depan kereta.. Kalau kena cermin ?

Baru-baru ni , kawan aku ada cerita .. Isterinya nyaris kemalangan gara gara tayar lori yang bawa sayur meletup ! Isterinya pulak memandu seorang diri ke pejabat . Dia outstation .. Hurmm .. Nasib baik la kena depan kereta .. Leh tahan gak la kerosakkannya .. Tapi syukur pada Allah dia dan kandungannya takde apa apa ! Haaa.. Mengandung okeh !! 

Berhati hati .. Tak perlu tunjuk hero bila berada di atas jalan raya !

Kena sound ngan Qhaliff !

 

Dalam kereta .. Qhaliff dok menyusu badan.. Aku dan wife berborak .. Suara agak kuat skit ..

Tiba-tiba Qhaliff bersuara, " Baa.. baaa..".

Aku menyahut .. " Yaaaa... ".

Dia berkata... " Yamm.. yammm ..". Dan sambung menyusu semula

Diam ???? Erkkk.. Aku terpinga dan wife ketawa !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff nak makan sendiri !!

 

Errrr.... Mak dia ngadu kat aku yg dok bizi gaduh ngan besi kat gym  .. Qhaliff tamo dah disuap ! Nak makan sendiri dah dia ..

Masak , masakkkk !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah potong kek dah Qhaliff !

 

Heeee..cepattt aih diorg sambut besday Qhaliff !! Tak ajak daddy dia ponn .. hehee .. Suka la tu Qhaliff .. Lom lg besday ..
Selasa ni ...

Dlm gmbr tu Sue Joshua dan anak daranya pantas menyambar Qhaliff utk potong kek yg disediakan oleh Mat Gebu ..

Untung betul laaaa Qhaliff niii ..Dikelilingi artis masakan .. Tewas besar daddy nehhh ... Tak leh jadi gini aih ..

Esok, kita gi Cameron ehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kelkatu dan jiran ..

Hurmm ..aritu kan ruang letak kereta rumah  dipenuhi kelkatu gara gara pasang lampu kalimantang sepanjang malam ( sblm tu tak de pon ) .. Ingat lagi tak entri tu ? Tak ??? Hehe.. Takpe .. tak penting ..

Kelmarin ,hampir jadi lagi ..cepat cepat aku matikan lampu dan paginya , tiada lagi bangkai kelkatu atau sayap tinggalannya ..

Cuma aku risau jiran aku je ..fikir aku kedekut nak pasang lampu luar .. maklumlah ,hati manusia ni sapa tau , kan ?  Aku kena maklumkan dgn dia ..

Alhamdulillah ..selisih dgn dia td .  Dan bertanyakan perihal kelkatu tu ..nasib dia pon sama seperti aku .. Jadi dia faham la ..

Lega .. hati jiran mau jaga ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Qhaliff dicurangi !!

 

Haaaaa ..Jangan memain ..habis dia gentel tikar tikar yg ada depan dia tu haaa .. Tambah pipi dia tu haaaa..selambakk je membulat !!

Ni acah acah jer ..Adegan di rumah Che Mat Gebu .. bersama Rhea , anaknya blogger top Sue Joshua ...

Masih terhutang budi dengan Sue Joshua . Sampai mati ingat punya ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 30 Mac 2013

Sampai lagi ke rumah Mat Gebu ..

 

Alhamdulillah .. Kalau dari umah aku yang sangat dekat ngan Nilai tu  nak ke Johor , tak jauh mana la ..3 jam sampai dah .. Tu pon bwk pelan pelan .. ( pelan la sangatt ). 

Dan ,belum sempat masuk rumah .. Qhaliff dah diculik Mat Gebu .. dan disusuli Sis Lin .. Sue Joshua tidak lama kemudiannya ..

Selain tu ,ada kengkawan dari Future2u yg akan terangkan serba sedikit kelebihan air Alkaline yg selama ni aku dok sibuk ceritakan tuu ..

Ehem ..ramai kawan try minum dan ..mereka order terussssss..Alhamdulillah .. berguna utk kengkawan haaa ..

Operasi makan bermula dan selesai ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Buasnya dia tidur !

Semasa dan selepas 2-3 kali bangun ..Sebab tu digalakkan tidur kat bawah jer .. Kalau atas katil , hurmmm .. berkali la jawabnya ke hospital ...

Ni baru tgk anaknya.. Belum bapak dia !!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 29 Mac 2013

Masih setia lagikah ?

 

Hurmmm .. Secantik mana kita , sekacak mana kita … Segalanya teruji bila ALLAH menduga kita .. Masa itu , segala akan nampak .. Terutama si dia yang mengatakan betapa CINTAnya pada kita .. Heeh ..

Ramai dah diduga .. Dan ramai juga terbukti CINTAnya hanyalah sekadar sandiwara .. Hanya untuk dapatkan yang luaran semata mata…

Apa nak buat .. Kita sendiri yang cari begitu. Tapi tak perlu nak salahkan diri sendiri .. Semua itu ujian ALLAH untuk meguatkan lagi keimanan kita .. Kalau tak diduga begitu , kita pun terlupa bahawa langit di atas kepala kita itu , tinggi rupanya ..

Dan , percayalah .. Kalau kita cari yang dunia , maka kita akan dapat dunia .. Dan kalau nak cari keduanya , carilah di tempat yang mana ALLAH dah bgtau awal awal dah ..

CARILAH PASANGAN untuk dunia dan akhirat ..

Bersedia utk menyerang Johor !!

 

Tadaaaa.. Esok gi lagi Johor .. hehehe .. Gi umah sapa ??????? Tentulah Pak Tua aka Mat Gebu aka Adnan Ibrahim aka .. er.. Dapur Tanpa Sempadan .. Heeee ..

Selain nak celeb besday Qhaliff , tujuan ke sana nak lawat org tuanya yg sporting giler tuuu ..

Jadi,driver utama .. dah tidur dulu ..Esok dia nak drive jauh wooo ..Sampai depan pagar umah , aku je !!

Ngantuk ..aku pun nak tidur awal .. stresss !!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gemukkah nanti ?

Pas workout , gi makan burger bakar Abang Burn lak .. heheheeee.. Gemukkah aku nanti ?

Seimbangkan ..bukan selalu kann... Heheee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Daddy kena tipu !!!!!!

Biasa la , budak budak !! Merangkak ,pastu tangan tersentuh sesuatu .. Cepat cepat dia masukkan dlm mulut !

Aku jerit kat dia .. Muka dia selamba smbil mengunyah ..Cepat cepat aku korek dlm mulut dia .. Dia tersengih dan dia ketap gusi dia !!!

Perghhhh .. nasib baik takde gigi .. Kalau ada ?? Best part .. takde apa apa pun dlm mulut dia .. Sememangnya dia suka pura pura mengunyah padahal apa pun takde dlm mulut dia ..

Cmna aku tau ? Aku pernah suap dia roti tp roti tak masuk ponn .. mulut dia dok mengunyah !!! Bahahaa..pelakon tul laaa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hadiah harijadi utk Qhaliff

Ahaaaa... Hadiah dr nenek dan makciknya di Cheras .. Sukaaaa diaaa ..Dok asik menekan lagu jer ..

Harijadinya 2hb April ni .. Genap setahun dah .. Dah boleh menikah dah ni..hahahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, 28 Mac 2013

Nyaris la kerana Qhaliff !!

 

 

Dah setengah jalan dah ke gym KBS ,Putrajaya .. Tiba-tiba terbayang wajah Qhaliff .. Argghhh .. rindu plak kat budak kecik nih !

Perlukah aku patah balik dan bwk dia keluar jalan jalan .. Hurmmmmm .. Tak pe .. Aku set sejam je aku workout pastu balik dan bawak dia keluar ..

Alhamdulillah.. perancangan seperti yg aku kehendaki , berjalan dgn baik .. Dua dua happy !!

Antara anak , hobi dan tanggungjawab ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Baru aku faham ..

 

Dulu , bapak aku sering dahulu kan anak anaknya bab makan dan juga pakaian .. Aku pelik dan hairan .

Sekarang , tak dah .. Aku yg suka makan epal , pasti akan berkongsi dengan Qhaligf yg mana dia akan hisap abis air manisan epal tu .. Yang tinggal cumalah hampas ..

Aku senyum puas bila dia sendawa kekenyang ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Best tak G.I JOE yang baru ni ?

 

Tgk G.I JOE  punya trailer ,mmg cair laaa taik mata ... Tak sabar nak g tgk ..Tapi bila ada kawan kawan ,yg lama punya lagi best ..aku dah mula hilang mood ..

Dan aku gunakan talian hayat aku yang terakhir ..

Dan keputusannya ialah ….

 

Hurm .. nak g tgk laaaa..ke download je nanti ??? Eheheeh... Jimat masa dan uang ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila anak dah tidur ..

Suri rumah walaupun bukan semua kerja rumah aku buat tp serius , ianya memerlukan kekuatan mental ..

Ada yg fikir mudah jer .. Mudah la kot ..Tapi bg aku , sangatlah sukar .. Sbb aku kena kerja jugak di rumah !

Lainlah aku duk jaga anak jer .. Mudah skit la .. Bukan mengeluh .. saja nak bgtau kat adik adik luar sana tu ,menikah ni bukan sekadar nak menyatukan dua hati sebaliknya memulakan satu lagi perjalanan yg cukup besar tanggungjawab ,amanah serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental ..
Tak kuat kalu .. maka bertambahlah statistik penceraian dlm negara ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

PROMOSI HEBAT

 

-iklan-

SET KEJELITAAN SNE

Anda ingin tampil sihat dan cantik seperti Adira, Scha Alyahya, Lisa Surihani or Rita Rudaini?? anda tau rahsia mereka?? Set Kejelitaan SNE lah jawapannya... mereka adalah pengguna setia sne + beutskin...so ape tunggu lagi..jom dapatkan set kejelitaan SNE nie pada harga promosi..pelbagai package disediakan untuk anda..

  1. PACKAGE A : SNE + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM198
  2. PACKAGE B : BEUTSKIN + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM210
  3. PACKAGE C : SNE + BEUTSKIN + FREE GIFT 3 SACHET EXCEL TEA + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM408
  4. PACKAGE D : SNE + BEUTSKIN + SEKOTAK EXCEL TEA + FREE GIFT 5 SACHET EXCEL TEA + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM408

Mana satu pilihan anda ??? Jom dapatkannya sekarang..Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran kita..

" Kecantikan Luaran akan lebih teserlah jika dalaman kite sihat can cantik "

Anda boleh juga singgah di FB PAGE saya : http://www.facebook.com/MakanBeutskinSneDapatIncome

Sms/Whatsapp 017-3898926 utk  order..

COD turut disediakan di sekitar Kuala Lumpur / Cyberjaya/Putrajaya/Taman Equine / Kinrara/ Cheras / Ampang / Shah Alam

Bunyi macam telefon aku ??

Bunyinya , sayup jer.. Aku tanya wife samada dia dengar ke tak .. Jawab dia , tak ..

Aku pasang telinga dan pada masa sama aku cari telefon HTC ONE X aku tu .. Mana pulak perginya ..hurmmm ..

Bunyi tu tak jauh bila aku amati betul betul .. makin lama makin dekat .. Dekat dengan Qhaliff !!! Aku selongkar abis bawah tilam .. Kot terselit kat situ .. Tapi takde pon .. Hurmm

Aku cari bersungguh sungguh .. Akhirnya jumpa ! Di bawah badan Qhaliff rupanya !! Camana la pulak boleh ada bawah badan dia !

Alarm loceng telefon tu , aku matikan .. Panas je handphone aku tu ... Nasib baik tak menetas hp aku tu dan anak ayam ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 27 Mac 2013

Tips buat mereka yang nak tips !

 

Apa yang membuatkan aku sering kelam kabut dalam menjaga Qhaliff ialah bila memikirkan soal kerja ! Kerja aku , korang pon sedia maklumlah kan… iaitu update blog .. Kalau tak update blog , aku rasa macam makan gaji buta ! Tak baikkkk .. dosaaaa ..

Kalaulah keje aku cuma jaga Qhaliff , amatlah mudah bagi aku wehhh ! Mudah giler !! Tapi tidak .. Aku kena kerja walaupun Qhaliff masih ceria disisi aku .. Haaa.. Tu yang kekadang aku tensen bila Qhaliff tak tidur !

Silapnya ialah aku jugak.. Perancangan perlu teliti. Kecualilah ada menda urgent seperti jobs masuk tetiba nak segera atau pertanyaan pertanyaan di email yang memerlukan jawapan segera . Haaa .. Memang leh giler jap .. Sepatutnya aku perlu cool .. Pekenalah Cool Blog ! hehehe ..

Dan kalau nak keluar gi mana mana , nak makan di luar .. Silalah standby makanan utk dia.. Kalau dia makan dengan tenang , maka aku sempat update satu entri pasal makanan sebelum aku telan itu makanan !

Untuk blogger yang baru berjinak jinak yang tak tau nak update apa .. Depan anda tu adalah isunya ! Snap sekeping dua dan ulaskan dalam blog mengikut kebijaksanaan anda .. Yang penting , elakkan dosa !

Memang tak dapat dipisahkan !!

 

Masuk tahun ke 15 dah aku dok layan menatang  neh ..

Hehehe .. Aku mula gi gym pada usia 22 tahun dan skg dah 37 tahun..hehee.. Blogging ,dah nak masuk tahun ke .. er .. 2009 tolak 2013 .. berapa eh ? Kira la sendiri ..aku nak gi basuh berak Qhaliff sat ..

Apa pun ,keduanya tak dpt dipisahkan ..Cuma konsep blogging je berubah skit .. Tak kisah kaaaannnnn ..hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berdua dengan Qhaliff ..

Merayau ngan Qhaliff kat Alamanda .. Dapat gak beli baju 2 helai .. Sehelai baru RM6.90 .. heee tp sayang seribu kali sayang , penutupnya sedikit buat aku geram .. hurmmm..

Apa nak buat .. kita cuma manusia biasa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kuat merajuk macam mak dia gak ??

 

Apakah ??? Biar benar ??? Tadi kan dia kena marah marah sayang ngan daddy dia .. Maka tidurlah dia 2 setengah jam .. Dari kul 9 hingga kul 11.30 ! Amik kauuu ..Dalam tak nak tidur , sekali tidurrrr !! Haaa ..

Dan bila dia jaga .. Biasanya la kan , kalau dia nampak aku .. cepat cepat dia merangkak ke arah aku .. Tapi untuk kali ni .. Hurm.. Dia pandang je aku pastu wat dek jer .. Dia layan diri jer ..

Erkk .. Takkan kot dah boleh rasa gitu ? Hurmmm .. Susah jugak jadi ayah ni kan ? Bagi manja , terlebih sudah .. Tak bagi , risau jadi Sazali lak .. hurmmm

Ingat mudah jadi ayah dan suami ? Jadi JANTAN mudah laaa ..

Syoknya marah anak orang kan ?

 

Pukul 6 pagi dia jaga .. Dah cergas dia .. Nak merangkak sana sini .. Kena umpan pasang tv tengok apa jua cerita , baru dia statik kat situ hinggalah dipanggil !

Dan sekarang kul 915 pagi ! Sepatutnya time gini dia dah sambung tidur hinggalah kul 10 lebih atau 11 .. Tapi , untuk hari ini ianya tidak berlaku !

Susu dah diberi .. Dodoi telah dibuat.. Tapi tidur , jauh sekali !! Camana aku nak buat ? Kesabaran amatlah penting disini .. Serius , mmg nak hilang gak .. Bukan apanya .. Aku dukung , dia tolak .. Nak duduk bawah .. Letak bawah , dia merangkak .. Dicapai barang , masuk mulut .. Berdiri , kukuh pon tidak sbb mengantuk tahap maksimum !

Dan akhirnya .. Kena sedas marah sewaktu aku dukung dia .. Dari dia dok sibuk menolak badan aku nak turun , terus diam terkaku .. Kedua tangan yang tadi di dada aku , terus longlai dan kedua mata terpejam .. Tidur !!!!!

Menyesal mmg mengundang tapi kalau dilayan , aku pulak yang tensen .. Dia mmg nak tidur tapi dok sibuk lawan bijik mata .. Kalau mak dia ada senang laa.. Kasi menetek , zasss .. Tidur ! Aku nak menetek camana haaaa ..

Kesabaran tu mmg penting ! Tak leh sabar , jangan laaaa kasi dia jaga walaupun untuk sejam dua .. Iskh..

Teringat aku sewaktu mengajar di sekolah dulu .. Mudahnya nak marah budak budak yang buat bising atau tak nak dengar kata .. Tu anak orang .. Anak sendiri kita marah , camana ? Heeee..

Mulawa Baby and Kids-Parklon Play Mat

 

-iklan-

Entry1.Photo

Kepada semua pembaca yang dihormati,

Sempena pembukaan online store Mulawa Baby and Kids-Parklon Play Mat, pihak kami menawarkan 20% diskaun bagi 50 pelanggan pertama. Setiap diskaun yang diberikan layak dinikmati bagi semua pembelian tikar Parklon yang dijual. Lebih berbaloi, semua penghantaran adalah PERCUMA bagi mereka yang tinggal di semenanjung.

Anda hanya perlu buat tempahan melalui borang yang disediakan di laman web kami www.mulawababyandkids.com . Atau tinggalkan pesanan anda di Facebook kami www.facebook.com/Mulawababyandkids

Dengan diskaun terbaik , pembelian yang mudah , penghantaran percuma dan kualiti tikar Parklon dari KOREA yang hebat, pasti pembelian anda sangat berbaloi. Apa yang penting, tikar Parklon memberi faedah kepada anak-anak anda.

Terima kasih,

Yang ikhlas,

Mulawa baby and Kids

mulawababyandkids@gmail.com

Selasa, 26 Mac 2013

Ibu .. Pulanglahhh !!!

Main ngan daddy sepanjang hari .. Pada masa sama , rindu kat ibu eh Qhaliff ! Heheheh .. Ke daddy yang rindu ? Lalalalala …

Kul 6 petang , standby depan pintu.. Tunggu ibu pulang !!

Hurm.. Hari ni Qhaliff berdua dengan daddy .. Apa daddy ajar Qhaliff ari ni ? Yeeeerr.. Kita goyangkan kepala dan pinggul .. hehehe.. Kasi ceriaaa minda skit .. Bosan ko duk umah !!

Aku pun boring gak sbb tak dapat gi gym.. Jom Qhaliff .. kita sama sama nganga depan pintu !! Tunggu untuk dibebaskan !

IBUUUUU !! PULANGKANNNN .. Eh , silap .. PULANGLAAHHHHH !!!

Yeayyyyy .. Ibu sampai daaahhh !!

 

 
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah tak relevan utk Qhaliff ?

 

Menjelang setahun .. Dah liat aku nak tidurkan dgn cara mendodoi .. Kalau ada buaian , senang skit ..

Lewat dia tidur pagi ni .. Biasanya dalam kul 10 pagi dia dah tidur.. Tapi hari ni , kul 2 petang baru nak lena ..

Aku try guna rocker dan bagi susu ! Dia tamoo tidur dalam rocker ! Cepat cepat dia bangun .. Akhirnya , aku guna cara penatkan dia iaitu , bermain dgn dia hingga letih ..Pastu tgk tv sat ..

Dan .. dia pun .... Zzzzzz .. Dah tak relevan dah guna rocker tu .nampaknya !

Maka aku leh dah buat kerja aku.. Ops , ada irg tanya ..Aku ni takde keje ke dok asyik update blog ? Hehehee ..


Published with Blogger-droid v2.0.10

“ Mamak !! Kensel itu roti canai !! “

 

Aku tamo makan tapi wife suruh gak aku gi tapau makanan memandangkan hari ni aku berdua je ngan Qhaliff .. Heehe.. Dia risau kang aku kelaparan .. Olololo. .. soooo sweettnyer .. Nasib baik dah nikah .. leh wat apa saja .. Kalau lom ? Telan air liur eh ? Hahahaha .. Opsss…18 sx .. ehe.. Sapa suh nikah lambat lambat , kan ?

Ok .. aku pun keluar laa dari rumah yang baru dibeli ni.. Lagi 20 tahun baru abis bayar .. hahaha .. Aku berkedut ketiak baru leh tarik nafas lega eh ? Hehehe ..

Qhaliff hanya mampu melihat aku meninggalkannya bersama ibu tersayang .. Lalalalalla .. Daddy gi dengan senang hati.. Berjalan kaki di kala matahari sedang bangkit ..

Sampai kedai mamak tu .. Aku pandang tukang buat roti canai.. Geng dia yang lain dok bizi lain pelanggan. Aku pon bersuara kat dia ..

“ Kasi saya mee goreng kambing , dua .. “ ..

Dia pandang aku tapi takde respon .. Ehh .. Dia ni pekak atau tak paham bahasa Malaysia ? India mari ka ?? Aku terus duduk di atas kerusi sambil menanti ‘waiter’ mari .. Hurmmm …

Tunggu punya tunggu punya tunggu .. Tak gak datang .. Dan tiba-tiba berlaku satu insiden depan mata aku ..

Ada sorang pekerja restoran tu datang dekat ngan tukang buat roti canai ni .. Tukang buat roti canai ni , lemparkan roti tu ke dalam pinggan tapi sayangnya tak masuk dengan tepatnya sebaliknya kena lengan pekerja tu ..

Waahhh.. Lengannya yang berbulu itu telah dihinggapi oleh roti canai itu .. Hahahahah .. Hilang terus selera aku .. Dan aku perhatikan siapakah yang akan menikmati roti canai telur itu . Confirm melazatkan .. Yelah , bayangkan dengan bulu lengan.. peluh dia lagi.. Serrrrrr.. lazatt.. Confirm tambah lagi tapi sayangnya mesti tak selazat tadi ..

Aku bangkit dan terus balik ke rumah .. Lapar pun lapar la.. Makan protein shake aku tu dah .. Malam kang je makan ! Hahahaha ..

SET KEJELITAAN SNE

 

-iklan-

Anda ingin tampil sihat dan cantik seperti Adira, Scha Alyahya, Lisa Surihani or Rita Rudaini?? anda tau rahsia mereka?? Set Kejelitaan SNE lah jawapannya...

Mereka adalah pengguna setia sne + beutskin...so ape tunggu lagi ?? Jom dapatkan set kejelitaan SNE nie pada harga promosi..pelbagai package disediakan untuk anda..

  1. PACKAGE A : SNE + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM198
  2. PACKAGE B : BEUTSKIN + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM210
  3. PACKAGE C : SNE + BEUTSKIN + FREE GIFT 3 SACHET EXCEL TEA + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM408
  4. PACKAGE D : SNE + BEUTSKIN + SEKOTAK EXCEL TEA + FREE GIFT 5 SACHET EXCEL TEA + FREE MEMBERSHIP + FREE POSTAGE = RM408

Mana satu pilihan anda??? jom dapatkannya sekarang..Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran kita..

" Kecantikan Luaran akan lebih teserlah jika dalaman kite sihat can cantik"

Anda boleh juga singgah di FB PAGE saya : http://www.facebook.com/MakanBeutskinSneDapatIncome

Sms/Whatsapp 017-3898926 to order..

P/S  : COD turut disediakan di sekitar Kuala Lumpur/ Cyberjaya/Putrajaya /Taman  Equine/Kinrara/Cheras / Ampang /Shah Alam .

Menu seawal pagi ..

Heheeheh .. mmg serius balik ni .. Target , raya Aidilfitri nampak comey berbaju melayu .. Hahaha...

Protein Herbalife ni ok gak .. Dia punya fat burner pon not bad ..  cuma .. heeeee.. cuma ...heeeee...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pinjam Qhaliff 2 hari !

 

Mak aku tanya aku .. Dia nak bawak gi Rawang .. Rumah parents aku satu lagi di sana , yg tak berpenghuni . hehehe ..

Aku suh tanya wife . Hahahahha .. Yang mana aku tau , confirm takkan dia kasi punya. Bukan je dia , aku sendiri pun susah nak lepaskan dia .. Hurmm ..

Lagi pun sian mak aku nanti .. Bukan senang nak jaga dia ni lebih lebih lagi merangkak serupa lari 100 meter olimpik punya haaa ! Lambat tangkap , sahih makan macam macam ..

Mak aku call wife .. Dan dan pening terus ! hahahahha.. Aku kata daahhh .. Aku nak bawak pon 100 kali dok tanya keadaan .. Padahal bapak dia sendiri !!

Maklumlah laaaa .. ibu …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI