Komen di blog , kualiti atau kuantiti ?

by - Ahad, Mac 10, 2013

 

Ahaaa .. Pastinya korang akan kata .. Ben Ashaari susah benar nak reply komen kan ? Yeeee… aku tauuu .. Memang aku susah benar nak reply .. Kenapa ? Sebabnya , korang pun tau .. Aku sombong ? Aku berlagak otai ? Aku al poyo poyo ? Heee .. Jawapannya , anda sendiri tau .. Apa pun jawapannya sila hindari dari mengumpul dosa ..

Sebenarnya , bab ni mudah jer .. Buat mereka yang baru mengenali dunia blog dan bercadang nak jadi retis dalam dunia maya , sesungguhnya kuantiti komen menjadi idaman ! Kan , kan ? Jangan tipu lerrr .. hehehe .. Standard , semua orang nak gitu .. Aku pun dulu gitu !

Tapi bila lama kelamaan , korang akan sedar seperkara .. Entri yang korang tulis penuh ilmiah dan berinfomasi tu memerlukan komen komen yang berkualiti walaupun hanya 5 patah perkataan ! Haaaa .. Dari panjang berjela tapi lebih pada ‘nak berkenalan’ pasti sedikit sebanyak buat anda tersenyum ..

“ Apa kaitan komen ni dengan entri aku eh ?? “ ..

Blogger yang baru berjinak jinak nak mencari kenalan atau nak tackle blogger lain agar singgah ke blog korang pulak , perlulah bijak  menggunakan ruangan komen tu dengan meninggalkan komen yang berkualiti ! Kalaulah sekadar tinggalkan komen ..

“ Entri anda best ! teruskan usaha .. Sila singgah blog saya pula.. “

Atau ..

“ Dah follow awak .. Awak wajib follow saya atau saya hack blog awak ! “ ..

Kesannya .. Anda sendiri tau … hehehe ..

Entri yang bagus akan membuatkan pembaca gatal tangan untuk meninggalkan komen . Ingat , komen yang ditinggalkan akan memberi saham pada anda .. Samada positif atau negatif , sila tanggung sendiri .. Hehehe ..

Kualiti atau kuantiti , segalanya di tangan anda sendiri !

You May Also Like

16 comments

  1. Pada saya tak kisah komen tu dinilai dari segi kualiti mahupun kuantiti, asalkan tak mencarut, tak spam dan mengutuk yang bukan-bukan. :)

    BalasPadam
  2. tiada komen bukan bermakna coretan kita tidak bagus..dah mewah ulasan bukan bermaksud paparan kita terbaik..apa yang utama setiap apa yang kita luahkan dengan hati yang tulus dan lurus kerana Allah..alhamdulillah seadanya..

    BalasPadam
  3. betul tu. apa yg penting adalah entri yg disampaikn.

    aku blogger baru..nmpknya byk lagi perlu belajar untuk menulis satu artikel yg padat dan suka dibaca.

    BalasPadam
  4. Ada pulak komen entry kita yang ditaip dengan sepenuh hati tu dengan smiley .

    BalasPadam
  5. Bila entri best tapi bila part nak komen susah pula nak komen kena isi itu dan ini, ada juga entri terbaik ramai membaca pun ok la tu....

    BalasPadam
  6. komen yang di buat biarlah membina dan berkualiti.Ulasan yang dibuat perlulah ada kaitan dengan entri yang di post.Tak perlulah keluarkan perkataan-perkataan yang tidak sedap di dengar...salam ukhwah

    BalasPadam
  7. Ulasan/komen yang dibuat mestilah sesuatu yang membina dan kerkualiti.Tidk perlu mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap di dengar dan boleh membangkitkan ketidakpuasan hati orang yang membacanya.Komen la dengan ikhlas dan jujur..

    BalasPadam
  8. komenlah dengan berhemat.apa yang dikomen/diulas itu sesuatu yang membina dan berkualiti.berilah komen yang ikhlas dan jujur

    BalasPadam
  9. Setuju....
    Kdgkala ada yg komen x kena ngan entry..
    Yg x thn tu ada yg promote bisness kat ruangan komen..

    BalasPadam
  10. tahniah abang Ben sebab dah jadi retis blog. hehe. gurau2x

    BalasPadam
  11. owh sy rindukan entri mcm ni dr BA ^^

    scra jujurnya sy mdpt kawan dr sesi blogwaking dan bls jejak.klu entri pertama tu sy xda idea nk komen(sbb entri ttg pts cintalah,gdh dgn ofcematelah,rindu kt pakwelah,sy nk komen apa ye tak he3..)

    sy cuba pulak tgk previous entri x kshlah kt archive atau linkwithin.sbb mesti ada entri sblm2 ni yg bgs.bila dh tgglkan komen,pcyalah mesti kwn tu akan trs jump ke blog utk bls sggh dan komen entri kita juga.

    bg saya....

    "blog tanpa followers
    ibarat pokok tanpa buah,
    entri tanpa komen,
    ibarat handphone tanpa credit"

    sy menghargai komen yg diterima wpun satu je (trma ksh sbb BA pun pnh komen di blog ms sy 1st time jd blogger) ^_*


    BalasPadam
  12. Setuju sangat. Saya suka mereka yang komen berkenaan dengan apa yang ditulis dalam entri berkenaan. Cth komen berkenaan hasil percubaan mereka dari resepi yang dikongsikan spt mana blog blog omputih. Bila mencari resepi, saya akan baca komen yang diberi. Pengalaman dan hasil percubaan mereka yg telah mencuba resepi.

    BalasPadam
  13. betul2 ...saya sangat setuju...kualiti itu lebih penting dari kualiti...

    BalasPadam
  14. Terima kasih saudara kerana saya telah berjaya download you tube yg anak saya minta..first time saya berjaya downlaod berpandukan step2 yg saudara bagi..jazakaAllah.

    BalasPadam