Qhaliff dan arwah Qhalif …

 

Sayu .. sedih .. pilu bila rakan blogger ini meninggalkan komen di blog aku ..

 

Qhalif..nama anak kita sama en.Ben..bezanya,anak sy dah kembali ke rahmatullah 27 hr yg lalu sewaktu usianya 21 hari..walaupun wajah anak x seiras atau serupa,nama yg sama tu tetap mmbuatkan sy suka tgk gambar2 dia..peliknya perasaan itu... “.

 

Bukan aku saja yang rasa begitu , jiran aku .. Mat Gebu siap up status di wallnya dan ramai rakan ke blognya untuk membaca coretan khas untuk anaknya itu ..

Bila membaca entrinya tu , teringat aku saat saat nak menyambut Qhaliff ke dunia ini . Perasaan gementar senantiasa ada .. Sewaktu menunggu , sewaktu dia tidak sihat .. Dalam keadaan yang masih begitu ‘ hijau ‘ , apa saja boleh berlaku.  Segalanya di luar kawalan kita . Terima dan redha .. Apa yang berlaku adalah ujianNYA untuk kita , hambaNYA ..

Begitulah manusia .. Bila ‘ada’ tak reti nak jaga .. Bila takde , barulah nak menyesal .. Tak kira sapa la kita baik aku sendiri , korang yang membaca ni , hargailah setiap detik , saat tak kira di mana jua .. Setiap masa yang berlalu , takkan kembali. Apa yang tinggal untuk kita cumalah kenangan ..

Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Qhalif Putra Mohammad Shaiful dan buat ibunya , semoga ketenangan dan ketabahan senantiasa bersama anda !

Baca di http://mommyrinduqhalif.blogspot.com/

 

HARGAILAH !

15 ulasan:

  1. af fatihah wat arwah qalif putra.. inilah kasih syg seorang bapa...touching2 huk2

    BalasPadam
  2. sedihnya... Al-Fatihah utk anak arwah blogger itu. Moga Allah berikan ketabahan ke segenap hatinya

    BalasPadam
  3. sedih baca komen dia sebab bayangkan ap yg dia rasa

    BalasPadam
  4. Sungguh air mata ini mencurah-curah bila membaca luahan hatinya. Cari ruang utk add, tiada langsung... sy berusaha juga, akhirnya jumpa blognya yg sunyi sesunyi hatinya. Sekadar utk memberi sedikit kekuatan utknya. Blognya yg asal http://anasutera.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. sedihnyer..hmm..sabar ye..smga Qhalif Putra aman di sana.. Al-fatihah.. :(

    BalasPadam
  6. saya juga baru kehilangan anak dalam kandungan....telah merasai kehadiran dirinya di dalam diri ini..namun Allah lebih menyayangi anak kecil itu,saya telah kehilangan 2 anak didalam kandungan dan amat bersyukur masih diberi peluang menimang 2 cahaya mata...merekalah racun, merekalah penawar..setiap yang berlaku pasti ada hikmah..yang penting kita redha dengan KetentuanNya..

    http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2013/03/kisah-sedih.html

    BalasPadam
  7. Innalillahi wainnalillahi rojiun..
    Al-fatihah buat arwah Qhalif Putra Mohammad Shaiful..
    semoga ibu dan ayah arwah tabah menempuhi dugaan nie..

    sedih juga rase tgk blog tu..dgn lagu nye lagi buat sayu hati..


    BalasPadam
  8. Al-Fatihah buat Qhalif Putra... Qhalif Mummy anak mu menanti di Syurga....

    BalasPadam
  9. belum lagi baca entry tu dh terasa sedih bila baca komen2.. :(

    BalasPadam
  10. abg ben..
    julia sebagai umi rasa hiba dan sebak sgt2 tatkala baca entry abg ben nih...umi julia punya anak bermula huruf dgn Q juga...Qaiser ilman (raja berilmu) dah umur 6 bulan 22 hari...bila baca arwah Qhaliff lagi berjuraian air mataaaaaaaaa.....ya Allah lindungilah anak kecil ini ya Allah...yg pastinya syurga milik bayi tersebut :)

    BalasPadam
  11. emmm... ini guru kelas anak saya kat SK P18... semoga beliau tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah

    BalasPadam
  12. al-fatihah.. anaknya pasti tunggu ibu dan bapa di pintu syurga..insya Allah

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.