Sesuatu yang membuka minda aku !

by - Sabtu, Mac 02, 2013

 

Aku terbaca di wall Facebook seorang rakan yang akhirnya , aku ke blog tersebut untuk membacanya .. Yelah , dulu asik disogokkan dek buku teks sejarah hanya untuk lulus ujian dengan cemerlangnya tanpa ambil kira kesahihan fakta tersebut ..

Tapi aku tak kata la apa yang aku baca di blog ini adalah benar belaka tetapi sekurangnya ianya membuka minda aku mengenai dunia sebenar yang telah disembunyikan dari kita .. Benar atau tidak , kita ada akal dan ilmu untuk menilainya . Jangan pulak ada manusia kata aku nak timbulkan spekulasi ! Guna akal untuk menilainya ..

 

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?


Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri. “. – Misteri Kejatuhan Melaka

Cukup untuk membuatkan aku berfikir mengenai situasi sekarang di negara kita yang mana ada yang sanggup jual negara asalkan tekak dan perut mereka penuh dengan makanan yang akhirnya menjadi tahi !

Aku tak suruh korang percaya . Aku cuma nak kita fikir memandangkan kita dah diajar membaca dan menilai ..

You May Also Like

10 comments

  1. bangga dengan bangsa sendiri.Tapi bersatu itu lebih penting

    BalasPadam
  2. Allahumma solli 'ala muhammad ! Hanya Allah SWT yg tahu apa yg tersurat dan tersirat T_T

    BalasPadam
  3. Memang betul tu bro... Melaka dulu kota-kotanya diperbuat dari batu-bata.. Bukan kayu-kayan... Hulubalang melaka pada masa itu sudah dilengkapi senapang dan meriam... Cuba kaji..ke mana perginya masjid-masjid kota Melaka pada zaman itu... Habis diratakan penjajah! Sekadar sedikit perkongsian ilmu...


    Entri terbaru: Siapa yang tidak matang... Pengundi....atau orang yang diundi...

    Politik Di Malaysia...

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2013/03/politik-di-malaysia-siapa-yang-tidak.html

    BalasPadam
  4. Benar tak benar tp situasinya sedang blh jadi begitu. Faham. Sanggupkah kita jadi pengkhianat bangsa sendiri?? Erm fikirlah. Keputusan ditangan kita. Tapi kalau hanya satu suara je confirm mmg xjadi la kan..

    BalasPadam
  5. Banyak lg sebenarnya abg ben. Rahsia sejarah kita yg sbenar disimpan rapi n yg elok2 je kuar buku sejarah. Doc aka lecturer sy pernah bc bku sejarah m'sia kt library jepun. Library tu mmg strict. Cmera n hp xleh msuk. Tahu ape yg dia terbaca?s'pore milik kita dijual kerana maruah dan kekalahan judi pemimpin kita. Xperlu kot siapa pemimpin trsebut namun benar seperti kata2 abg ben mereka sanggup jual negara demi perut sndri. Sedangkn saidina umar ra nk guna lampu untuk tujuan sndri sanggup padamknnya..biar brgelap drpd guna hak kerajaan... Wallahu'alam..

    BalasPadam
  6. hrm....spekulasi terlalu banyak sekarang,, masing-masing tuding jari antara satu sama lain...baca boleh percaya jangan..ngee peace no war! :)

    BalasPadam
  7. tp hakikatnya jatuhnya sesebuah empayar adalah kerana pembelot dan org dalam sendiri.

    Empayar kerajaan Islam yang hebat dulu juga jatuh ke tngan barat kerana kelemahan dalaman..

    APatah lagi kita yg masih blom ckup kuat.

    BalasPadam
  8. benda ni dah lama diberi tahu, tapi pada segelintir rakyat sahaja. Ada lagi cerita ceriti di sebalik itu. Ada sebab kenapa ia tak dihebahkan sangat. kubu A Famosa yg ada di Melaka tu, menurut sejarahnya ia didirikan dari istana dan kuburan-kuburan rakyat islam melaka. Sebab itulah sampai ke hari ini kita tak berjumpa dengan Istana lama kerajaan Melaka berbanding negeri-negeri lain. Mana perginya Istana dan kuburan lama Melaka itu?

    BalasPadam
  9. diputarbelit . sebab tu skrg rasa mcm dah malas nak belajar sejarah . nak spm pulak tu . takpalah strive for the last year .

    BalasPadam