Tidur Qhaliff tidur !!

by - Selasa, Mac 05, 2013

Bila Qhaliff menjengah usia 12 bulan maka perubahan pada tidurnya berlaku .. Aku Google dan jumpa ..

Dari web Babycenter :

" Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur.

Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur. Elok jika diadakan "urutan" yang konsisten bagi rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur, bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya. Apa sahaja langkah yang diambil, jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu, cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir. ".

Patutlaaaaahhh tiap malam kena layan lagu , menyanyi , alif ba ta dulu baru dia menguap !!!!! Tp mak dia menguap dulu !!

Ooooooooo... Patutlaaahh makin liat..

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

5 comments

  1. Comel jer muka si Qhalif tu. :D

    BalasPadam
  2. cutenyer qhaliff dalam buai..sedap tido dlm tu

    BalasPadam
  3. Betul tu...
    Masa tu kesabaran yang tinggi memang kena ada....
    Tapi ada bagusnya bila anak dah tido siang tapi tido malam dia lebih lena... Tampa bangun untuk menyusu...

    BalasPadam
  4. Comel peluk bantal busyuk...
    Memang mencabar budak lps setahun, lebih nk mainnya.
    Kalau nk tidur mmg kena tutup lampu dan tepuk2 urut2 blkg dan kakinya barulah ada tanda2 nk lelap.

    BalasPadam
  5. memng budak akn berubh bile umurnyer semakin meningkat

    BalasPadam