Jom berehat minda di Dewan Filharmonik ,KLCC

by - Jumaat, April 12, 2013

 

Baru-baru ni aku dan sorang lagi kawan blogger gi ke Dewan Filharmonik yang terletak di KLCC untuk menikmati satu kelainan bagi diri aku dan kawan aku tu .. heeee .. Lain tapi tidak asing bagi diri aku kerana aku mmg lama dah minat dengan irama orchestra ni .. Cuma bagi aku ketika tu , irama ni hanya mampu dilayan oleh mereka yang berada ni ..

Tapi malam itu , segalanya berubah ! Wow !! Harga tiket , sememangnya mampu dibeli jika kita benar benar inginkan sesuatu yang berlainan dan relaks .. Cam aku ni , mmg stress sangat la terutama bila fikirkan pasal blog ni .. Haaa ..

Bila aku masuk ke dalam dewan tu , 'wow' terkeluar dari mulut aku ! Sungguh mengagumkan senibinanya .. Sangat cool okeh !

Heee.. Aku datang pada mulanya dengan berkasut sukan .. Maklumlah , kasut kerja warna hitam aku tu , dah hampir 2 tahun tak pakai.. Bersawang dah .. Malas nak kiwi . Tapi , ditegur awal lagi di kaunter tiket agar menukar kasut aku tu .. hehe.. Aku okeh jer .. Memang dalam kepala nak gi beli kat situ jer selepas amik tiket .. Semata mata nak layan orchestra yang akan dipimpin oleh Zhang Yi dan nak layan bunyian piano sentuhan Beatrice Rana ! Haaa.. Rugi lepaskan segala peluang ni .. Jadi , kalau korang nak gi , sila berpakaian kemas yer .. hehehe .. Tak susah pon kan ?

Tepat 8.30 malam .. maka bermulalah segalanya dan tamat 10.30 malam .. 2 jam yang sangat sangat sangat mengubah persepsi aku pada irama orchestra ni !

Sangat menakjubkan !! Penonton yang hadir  sangatlah memberikan sokongan hingga mereka memberikan tepukan tanpa berbelah bagi .. berminit lamanya okeh , mereka bertepuk !! Perghhh .. Dasat !

Dan , aku keluar dgn satu perasaan yang lain sangat .. WOW ! Rasa macam nak gi lagi !!  Terbaik !!! Kalau nak tgk jadual untuk persembahan akan datang , gi ke fb.mpo.com.my ..

You May Also Like

2 comments