Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 31 Mei 2013

Demam Qhaliff ..

 

Suhu badan naik ..Gi klinik kat Cheras .. Sewaktu nak masuk tadi , ada sorang lelaki duk atas motor.. Muda dan kurus gitu..

Nampak dia bergegas masuk ke dlm klinik.Aku rasa mesti dia pembantu klinik berdasarkan gaya dia.

Daftar dan dipanggil masuk .. Sekali lelaki tu dok atas kerusi doktor ! Hahaha .. Amik koooo …

Suhu Qhaliff .. 38.. sila makan ubat ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Badminton pulak ??

Ok ..mmg ikut daddy ! Dah sibuk pegang raket la pulak ..adehh .. Jangan mimpi nak rampas ! Rampas kalu , sila pujuk yer ..

Nak tgok sendiri ? Haaa .. klik la SINI .. aku tak upload ke youtube.. malas…

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jin mata satu kelip mata !

 

Alhamdulillah .. segalanya dah berlalu .. Terima kasih pada pihak Hospital Putrajaya atas segala bantuan yang diberikan walaupun ada sedikit kelemahan. Tapi tak pe.. Tiada yang sempurna kan ? Lebih lebih lagi jika percuma .. heee..

Tapi yang tak bestnya kan .. sewaktu aku nak gi amik wife tadi .. Ikut Lebuh Sentosa .. Haaa.. Kat sini ada satu jin bertandang ! Jin mata satu buat laporan sapa yang memandu lebih dari had tak kira la laju ke tak asalkan lebih dari had yang mengarut itu ..

Masa aku masuk kat simpang tu , ada amaran dah ! Zon Jin Bermata Satu ! Grrr.. Aku tertanya gak .. Papan tanda yang sebesar tu , pelancong asing faham ke maknanya sbb ianya dinyatakan dalam bahasa Melayu.. Hurmm ..

Aku perlahankan kereta .. Aku pandu di sebelah kiri sekali dengan kelajuan antara 60-80kmj gitu.. Perlahan dah tuu .. Tiba tiba , ternampak jin tu ! Aku pandang meter kelajuan kereta aku pandu tu .. Bawah 80kmj !

Berkelip la jugak !!! Adoiiii .. Dia kelip mata kat aku ke ? Atau kereta sebelah mahupun seberang ??? Letih aku camni ! Dah 3 saman AES .. Nak kena naik mahkamah la cam ni.. Aku tak mampu bayar saman .. Aku kan tak kerja … heeee …

Bila bertembung lori balak !

 

Bunyi kuat seperti guruh

Bunyi kuat seperti guruh

Gambar dan cerita asal dari Sinar Harian. Rujuk SINI ..

 

Hurm.. kalau selalu balik Kelantan , lori balak atau lori lori seangkatan dengannya pasti mencuakkan aku. Kenapa ? Tuuu.. aku paling takut jika aku berada disebelahnya dan muatannya terlucut ! Perghhh …lunyai aku !

Setiap kali aku potong lori lori begini , aku akan pecut kaw kaw punya laa.. Kalau boleh aku nak je keluarkan kaki dan tolak sekali kasi laju ! Hehehe ..

Rasanya ada kes dah yang mana mangsanya mati akibat terhempap balak tu .. hurmmm .. sian .. Malang mmg tak berbau .. Apa nak buatkan ? Kehidupan mesti diteruskan ..

Bila dapat mandi kolam !

 

mandi

Tu diaa aihhh .. Lepas makan pagi , saja aku bawak dia gi ke kolam mand.. Saja nak tengok ‘akal’ dia bila nampak kolam air ni .. Tau apa respon dia ? Haaa… Tak pasal pasal aku kena masuk sekali dalam kolam !

Kata dah kan ? Sampai aku pulak paksa dia naik sedangkan sebelum ni aku yang paksa dia turun ! hahahahha .. Silap perhitungan sungguh aku ni .. huhu ..

Kelebihan Vivix pada anda !

 

-IKLAN-

Vivix sememangnya untuk kesihatan keseluruhan.


Alhamdulillah, banyak yang telah berubah kesihatan Cik Aniz sejak berkecimpung dengan Shaklee ni. Beliau ni masih muda tapi menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan beberapa masalah lain. Muda2 dah kena darah tinggi tu, bahaya tu. Kalau berumur pun bahayanya sama juga, cumanya saya sangat terkejut bila beliau mengatakan beliau menghadapi masalah tu. Tapi kira ok lah sebab beliau mengetahuinya dari awal. Boleh kita usahakan sesuatu kan.

Jom kita tengok testimoni dari customer saya merangkap biz partner saya yang pertama ni. :)

 

BLOOD PRESSURE / HYPERTENSION (DROPS 16)
*****************************************
Masa medical check up May 2012, blood pressure saya dikira tinggi..tak sepatotnye ngan usia saya..bacaan 142 over 88..tinggi kan??..patot la saya selalu pening kepala..kira stage pre-hypertension da tu..pastu doktor tu gertak.."kalo awak tak jaga ni..tinggi skit lg..saya da kene bagi ubat darah tinggi kat awak.." oh tidakkkk..saya taknak makan pil-pil yang banyak ituuuu..hohoho..
Alhamdulillah Ogos 2012..saya check smula..126 over 80..saya bersyukur turun..dan masih menjaga supaya mencapai bacaan normal 100-110..

ALLERGIC
*********
Saya ade allergik dari kecik lagi..kulit saya sangat-sangat sensitif..terlalu banyak pantang larangnyeee..makan itu tak bley..pakai losyen itu tak bley..pakai sabun mandi itu tak bley..persekitaran kotor pun effect kat kulit saya jugak..
Dengan vivix, kulit saya yang pernah luka tu, elok ajeee..jadi kulit baru..bersyukur sangat..yesss VIVIX REPAIR CELL!!
yang ini diiringi dengan diet pemakanan yang sangat ketat..untuk pengetahuan, saya tak makan AYAM BANDAR dan TELUR..dan makanan yang sewaktu dengannye..dua-dua ni toksin dia sangat kuat sebab mereka di INJECT supaya cepat besar dan bertelur..ayam kampung, telur kampung takpe..Ya Allah seksanya..kebanyakkan makan skang dimasak dengan telur dan ayam..kdg-kdg sebagai perencah..


HIDUNG BERAIR (MEMANASKAN BADAN)*********************************

Saya baru perasan..ini membuktikan Vivix adalah untuk kesihatan menyeluruh hihihi..kalo dulu, saya memang tak tahan sejuk.. disebabkan kipas yg dah set 1 je tu, saya akan terjaga kul 3 pg sebab hidung berair..pastu bangun pagi bersin 6-8 kali..apa lagi kalo aircond..demam terussss hehe..hidung tak payah nak ckp la..sumbat ngan tisu je..
Skarang dah TAkDE..hihihi..alhamdulillahhh =)


PENURUNAN BERAT BADAN (DROPS 5KG)***********************************
Yeahhhh..part ni besttt..susah betul nak trunkan berat ni tanpa EXERCISE..

May 2012 - Ya Rabbi, berat 65kg..dengan keadaan saya yang katekkk ni..152..BMI = 28++..rase berat je badan ni..
Ogos 2012 - Alhamdulillah trun 60kg..BMI masih tinggi 25++..tanpa EXERCISE..almaklumla busy hehehehe..sepatot kene ade sedikit EXERCISE untuk jantung kita..akan diusahakan kemudian ekekeke =P..saya jaga makan..BUKAN TAK MAKAN ea..sy cuma tuka pemakanan saya..

TARGET - By end of this year Dec 2012..saya target nak capai berat saya 52kg..BMI = 22++..dan by end of March 2013, set target 47kg..dengan BMI normal 20++..Doakan saya..hihihihi..Saya memang tak nak turun secara drastik..tak elok sebenarnye..ckup la 1-2kg sebulan..yang penting konsisten..dan kita jaga pengambilan makanan kita..^^


*************************************************

Ok,itu saje perkongsian dari nuyun..kita pun boleh,cuma jangan berkira nak kuarkan modal untuk kesihatan..ok..
Alhamdulillah, segala2nya adalah dari ALLAH. Kita hanya berusaha dan merancang.:)



yang ikhlas,

Nuyun ;-)

____________________
NURULHUDA MOHD NAJMI
Member ID : 911707
Call/SMS/WhatsApp : 0133747473
Email : nuyunbizhouse@gmail.com
COD DAN SELF-PICKUP DI AMCORP MALL PETALING JAYA-
KIOSK BERHAMPIRAN DENGAN STARBUCK COFFEE..

Awas ,wahai suami !

Pasni suami suami kena tidur pakai baju besi ! Tak kira la ada kekasih gelap atau tak de , kena pakai gak !! Mana la tau kot kot ada setan berjaya pengaruhi si isteri .. haaaa ..

Bawak bawak istighfar la manusia ... Yg kita nak , nun di akhirat nanti .. Dunia ni mcm makan nasi je..Sedap camana pon ,akhirnya jadi tahi.Yang berkhasiat juga berguna utk bdn ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

AlphaLipid SD2 – Diet semudah A,B,C..!!

 

 

386509_529423290420828_754599188_n

Program Lengkap penurunan berat badan..

Dengan Alphalipid SD2, tiada pertauran yang rumit untuk anda mendapatkan bentuk badan yang langsing serta berat yang ideal..

Semuanya semudah A,B,C..!

A. Tambahkan 2 skup penuh Alpha Lipid SD2 kedalam 250ml air sejuk, goncang dan minum. 4 kali sehari

B. JANGAN BERLAPAR!

Amalkan pemakan berprotin dan elakkan pengambilan makanan berkarbohidrat dan bergula

C. Guna Ketostik untuk memantau pembakaran lemak dan tahap pemgambilan karbohidrat anda

488107_440977212651404_1362585435_n

Untuk melihat mereka yang telah berjaya, layari FB kami :-http://www.facebook.com/media/set/?set=a.101406566730066.1073741829.100005821682293&type=3

Dapatkan segera dengan harga HEBAT

RM160 (Include Postage)

· 1 Tin SD2

· 1 Botol Shake

· Ketostik

· Buku Panduan

· Pemantauan diet secara percuma dari kami

Dapatkan dari pengedar yang SAH sahaja
Hubungi -
(ID:1340896) Hayati - 019 232 5102
(ID:1340896) Fikri - 019 232 5120

FB : http://www.facebook.com/hayati.fikri.1

Tangguh lagi ?

Haih.. bila nurse bgtau bilik OT masih belum berfungsi sepenuhnya , frust menjengah perasaan .. Puasa pon sah puasa semalam ..huhu..

Dah mula plan nak gi swasta je.. Tapi nurse lelaki tu suruh masuk ke bilik khas dulu dan dia akan cuba hubungi mereka yg berkaitan sbb dah 2 kali tangguh.

Alhamdulillah .. boleh buat akhirnya.. Wife dah masuk ke bilik OT.Doakan agar segalanya berjalan dgn lancar ..

Qhaliff ..ada kat rumah mak aku.Aku tersangatlah mengantuknya .. Penat tak abis lg ..Kalau semua ok , esok balik Kelantan lak ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selamat tiba sudah !

 

Alhamdulillah .. sampai dah Cheras .. rumah mak aku. Esok nak gi spital Putrajaya , awal pagi ..Harap , esok segalanya selesai ..

Hurmm .. Sepanjang perjalanan pergi dan balik , hanya sekali saja hampir berlaku kemalangan gara gara sikap nak cepat ! Bukan aku tapi makhluk asing tu ! Dah la tu , dalam kereta dia penuh dengan ahli keluarga dia .. bawak macam pelesit ! Nasib baik la memasing sempat brek !

Dalam perjalanan balik , 2 kemalangan serius berlaku. Yang pertama , melibatkan motosikal sewaktu hujan lebat tadi . Rasanya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian .Yang kedua , berlaku di jalan bertentangan selepas Tol Ipoh  tu haaa .. Memang jammed giler !

Hurmm.. Dan aku hampir putus nafas bila ada jiran maklumkan ada kebakaran di taman perumahan aku tinggal . Rumah jiran aku terbakar ! Adeh… Kesian ..

Dikatakan berpunca dari litar pintas . Nasib baik anak anak kecilnya sempat keluar dari rumah. Bahagian bilik atas je abis terbakar . . Hurmm…

Penat … macam macam aku alami 2 hari ni .. Nasib baik aku update blog gak .. heheee ..

Khamis, 30 Mei 2013

Hadiah buat Qhaliff ..

 

Kali pertama jejakkan kaki ke kg halaman  , terus dpt hadiah.. Tgk kaki dia .. sian.. Nyamuk cukup suka ka kat dia ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

LG 84” ULTRA HD 3D TV

 

Terkedu jap .. 84 inci ??? Besar giler tv ni ! Gulp .. Bayangkan jika ianya berada di ruang tamu rumah aku ! Perghhh .. confirm laaaa jiran jiran pakat datang layan bola kat rumah aku punya .. hahaha ..

image

Tu diaaa .. Aku dapat jemputan untuk hadiri blogger event LIVE LIFE LARGE LG's di he Curve (The Piazza) , jam 10 pagi pada 8hb Jun 2013 nanti .. hehehe ..

Di event tu nanti akan ada pelbagai aktiviti menarik , permainan serta hadiah hadiah yang ditawarkan oleh LG bagi mereka yang menyertainya .. Wow !! LG tuuu .. confirm best hadiah hadiahnya !

Ok , yang ni sila amik perhatian yer .. Blogger yang berminat pada tv di dalam gambar di atas tu ( 84” ULTRA HD 3D TV ) , akan ada pertandingan menulis post ! Post yang terbaik akan berpeluang memenangi tv tuuuuuu !! Amacam ?? Hehehe.. Ada berani wahai blogger sekalian ? Hehehe ..

Apa yang best sangat tv Ultra HD 3D ni ? Heeee .. Meh sini aku kasi tau sama anda semuaaa ..

  • resolution 3840x2160 dengan 8 juta pixels per frame
  • CINEMA 3D technology
  • 2.2 Speaker System

 

Ehem.. ni baru skit .. Cuba tengok dekat dekat nanti ! Haaa .. Camana nak tengok ? Apa kata kita ke The Curve (The Piazza) nanti .. bermula pada 7hb  hingga 9hb Jun 2013, 10 pagi hingga 10 mlm .

Sila layari laman web LG utk mengetahui dengan lebih lanjut

Bila charger murah meletup !

Hurmm .. Plug point kt hotel ni dah longgar .. aku perasan semalam dah ada dgr bunyi letrik gitu haa ..

Pagi ni wife charge hp dia di kala aku gi mandi kolam ngan Qhaliff .. sambil tu dia iron baju.

Tiba tiba meletup dan pecah abis charger tu .. Charger tu harga RM15 je .. hurmmm ..  Nasib baik wife berdiri jauh ketika kejadian ..

Apakah sbb charger atau plug point tu ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa beza Collagen Shaklee dan Beauty Umaira

 

-Iklan-

 

Hari ni ada 2,3 orang custemer sms dan tanya kat fb nuyun...apa yang bestnya collagen shaklee ni? mana bagus dengan produk umaira...Entah macam mana boleh citer tentang beza2 ni pun tak tahulah...mungkin banyak nuyun poskan tentang produk beauty umaira ni...dan mungkin jugak collagen shaklee yang paling laris di sini..
jadi customer pun fening nak pilih yang mana satu kan...dua2 pun harga lebih kurang mahal jugak kan...

Jom kita tengok kat sini ye..

COLLAGEN SHAKLEE


Apakah kesan dan faedah mengambil Collagen Powder?

Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

Collagen Powder terbukti berkesan untuk:

- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Justeru, kesan dan faedah pengambilan Collagen Powder:

 

ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.

MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit

MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang

MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit

MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata

MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

 


BEAUTY UMAIRA

Terkenal sebagai pakej makanan tambahan yang membantu anda untuk kelihatan cantik dan menawan dari segi dalaman dan luaran.

 

BEAUTY UMAIRA memberi kelebihan pada diri anda untuk membentuk kecantikan secara kekal dari dalaman dan melangsingkan badan anda.

Kandungan khasiat produknya juga menjadikan kulit anda halus dan gebu, berseri dan bermaya walau tanpa make-up.

Pengambilan yang berterusan selama 3 bulan memberikan hasil diluar jangkaan anda.


Selain dari kelihatan cantik, BEAUTY UMAIRA juga membantu memperbaiki dan memelihara organ dalaman wanita supaya sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.


Ianya sesuai untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehinggalah orang tua.


Bagi wanita bujang anda tidak akan mengalami lagi masalah keputihan dan senggugut.

Sementara yang sudah berkahwin otot dalaman anda lebih kuat dan menjadikan hubungan anda bersama suami lebih bermakna dan dapat memberi 100% kepuasan kepada suami anda.


Kandungan bahan yang membezakan produk makanan tambahan BEAUTY UMAIRA dengan produk lain seperti ...

1. GARCINIA yang membakar kalori dan mengawal nafsu makan,

2. ASTAXANTHIN pula meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penuaan kulit, dan

3. KOLAGEN membantu proses pembentukan dan menganjalkan kulit.



Kandungan utama Beauty Umaira :

MARINE COLLAGEN,

MANJAKANI,

MADU,

KACIP FATIMAH,

PSYLLIUM HUSK DAN

PUERARIA MIRIFICA.


Fungsi Beauty Umaira

1. Merangsang penghasilan kolagen
2. Menurun berat badan dan mengawal nafsu makan
3. Astaxanthin menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
4. Meningkatkan sistem ketahanan badan
5. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
6. Senang tidur dan buang air besar
7. Anti Jeragat, menegangkan kulit dan awet muda
8. Menganjalkan tubuh dan kulit
9. Membentuk, menganjal dan membesarkan payudara.
10. Menguatkan rambut dan melambatkan uban
11. Megurangkan keputihan dan melambatkan monopause
12. Meringankan sakit haid
13. Baik untuk migraine, resdung, gastrik dan asthma
14. Membantu masalah pernafasan



Oklah..setelah diteliti dan diperhati..bagi nuyunlah kan....2 2 produk pun memang banyak kelebihannya..

apatah lagi kalau diambil bersama...jadi nuyun syorkan kepada customer nuyun...boleh combine beauty umaira dan collagen...lagi cepat dapat kesan..KURUS CANTIK DAN LANGSING...


Yang ikhlas,

nuyun ;-)

____________________

NURULHUDA MOHD NAJMI

Member ID : 911707

Call/SMS/WhatsApp : 0133747473

Email : nuyunbizhouse@gmail.com

COD DAN SELF-PICKUP DI AMCORP MALL PETALING JAYA-

KIOSK BERHAMPIRAN DENGAN STARBUCK COFFEE..

--
*WEBSITE NUYUNBIZ HOUSE <http://nuyunbizhouse.com/>*
*0133747473* <http://jutawanshaklee.com/>

Kena sembelih di Padang Kota , Pulau Pinang ?

 

Pasembor .. antara makanan yang wajib dicari bila berada di Pulau Pinang. Lokasi untuk mendapatkannya ialah Padang Kota Jalan Gurney.  Dan ada beberapa tempat lain lagi tapi antara yang popular ialah di situ ler ..

Ahaaaa… menariknya , ramai yang kata bila gi makan kat sana , confirm kena ‘sembelih’ ! Benarkah ? Hehehe.. Dah ramai yang kata gitu ..

Semalam aku bersama keluarga serta saudara mara gi makan kat sana .. Macam macam la makan .. Antaranya pasembor .. Harganya ? Hehehehe ..  Luar biasa murah !

Tips nak gi makan tempat camni , sila bawak orang yang kenal !! Confirm murah punya .. Heheee .. Atau tanya dulu harga sebelum membeli … sesekali , apa salahnya kan .. hehehe …

Rabu, 29 Mei 2013

Pengsan sudah Qhaliff !

 

Kesan dari mandi kolam ! Daddy pegang , dia gayakan saja !!!! Patutnya daddy yg tidur cam tu haaa .. Dia pulak yg lebih .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak pengsan sudah aku !!

 

Ikutkan , aku demam ari ni … Tapi sbb nak temankan famili aku ziarah pakcik aku dan settlekan beberapa urusan, aku gi gak .. Sambil tu leh perkenalkan Qhaliff dengan sepupu sepupu dia belah Penang ni ..

Seharian berjalan sana sini . Ni pulak baru lepas berendam di kolam dengan Qhaliff.. Dia pun dah mula suka dengan air tadi. Siap dah buat beberapa aksi lagi ..

Malam kang , gi balik umah pakcik aku .. Plan nak gi pekena pasemboq di Padang Kota .. heheheh .. Tadi ada la pakcik aku ajak gi tangkap udang galah kat Pulau Aman tapi aku tamo sbb kena naik bot. Kalau ada skill berenang ala ala Nicole David tu , leh la gak gi.. hahaha..

Penat .. tapi tetap update blog.. Esok pagi nak mandi kolam , rekod Qhaliff ! Nanti leh tunjuk kat dia .. dulu daddy dia lagi teror berenang dari dia !!

Berpeluh-peluh !!

Fuhhhhh.. Tak tahaannn aku panas di Penang ni .. berpeluh aku dibuatnya .. Tu belum lagi matahari sejengkal dari kepala !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Didilla Laksa Balik Pulau ..

Sepupu aku kata laksa yang dijual disini antara yang sedap di Pulau Pinang .. Benarkah kata katanya itu ? Ahaaa..

Aku lom rasa lagi laksa ni sb tapau je .. Nak makan ramai ramai kat rumah arwah tok aku jap lagi .. heeee ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Penang Free Wifi !!

 

Ambik kau haaa !!

image imageimage

Sila gunaaaa !! Register dulu pastu boleh guna . Cuma setiap setengah jam , dia akan logut dengan sendirinya .. Kalau nak guna lagi  sila login jer .. Elakkan pembaziran gitu ..

Ok la kan ? Hehehehe …  Projek ni lama dah .. Dah mula pada tahun 2009 lagi .. Ada lebih 1550 hotspots sekitar Pulau Pinang .. Hehehehe ..

Dari takde langsung kan ?

Selepas setahun lebih ..

 

Qhaliff , akhirnya bersua juga dengan ‘adik-beradik’ dia di Penang .. Meriah ! Macam raya lak bila budak budak ni bermain dan aku tak amik kisah sangat sebab aku tidur kat sofa sat.. Penat memandu semalam.. hehehe ..

Mula-mula singgah rumah ayah saudara aku di Bagan Jermal . Pastu nak gi check in hotel .. Dan terus ke Balik Pulau .. Esok balik KL balik .. hehehe.. Datang sbb ada urusan ‘rasmi’ .. Bercuti ? Kena tunggu lain hari ..

Menariknya di sini … Tadaaa ..

Free kooooo ! Sepantas kilat aku connect .. Bukak browser , tunggu dan tunggu .. Terus menunggu .. dan menunggu .. Aku disconnect dan connect aku punya sendiri .. hahahaha ..

Tak tau salah sapa.. Aku punya setting atau ? Tapi sekurangnya ada la gak ‘bayang’ free tu dari di Putrajaya tu yang freenya kat kedai makan dan cafe .. Tu pun berpassword ..

Ok .. takde kaitan dengan politik cuma aku berharap negara kita maju setapak ke hadapan dengan menyediakan internet percuma tanpa had..  Wow !! Seronok tuuu kan ?

Jangan  mimpi ! Hahahaha .. Tapi mana tau kan ? Kot kot la kerajaan bermurah hati .. hehehehe ..

Bila Qhaliff membebel..

 

Hehehe .. Amboiiii .. lawan tokey nampakk ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 28 Mei 2013

Interview dgn wartawan majalah..

 

Utk isu Hari Bapa kali ni .. Tahun lepas di Nona TV3.  

Majalah apa ?? Tungguuuu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

"Adoi , sakit laaa .."

 

Tumbuh lagi gigi diaaa ...huhu .. Yang jerit sakit tu , mak dia .. heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tangguh pantang !

 

Adehhhh .. tangguh lagi sbb bilik OT di Hospital Putrajaya ada masalah dengan pendingin hawa !

Dah sampai hospital kul 7 pagi tuuuu baru tau ditangguhkan ! Kata mereka semalam ada call .. Memang ada satu call masuk tapi waktu tu dok wat keje kat dapur rasanya. Tak perasan . Tapi kalau yer pun ianya penting , call la dua tiga kali .. Ni sekali je ! Haihhh .. Kita nak call balik , tu nombor general ! Jenuh nak tanya sana sini dan tunggu ..

Tak kisah la .. Tak marah pon . Apa nak buat .. Menda ‘free’ .. Nasib baik la doktor check dan kata tak merbahaya pon .. Hurmmm .. Sabar je laa ..

Nak balik Penang sat .. Jumaat ni baru gi balik hospital .. Ulang alik je kat spital skang ni.. Nasib baik dah kawin .. kalau tak ??

Amaran dan Peringatan !!!

 

-iklan-

148158_530031890359968_1595540522_n

Kenapa kita perlu kurus ?

 

Sebab, majoriti pesakit kronik adalah datangnya dari orang-orang yg berbadan besar atau “OVERWEIGHT”. Jadi kegemukan adalah punca penyakit!

Kajian daripada Harvard Medical School membuktikan bahawa program penurunan berat badan yg paling berkesan adalah dengan cara Protein Sparing Modified Fast (PSMF).

PSMF adalah program berdiet yang menekankan pemakanan protein yg cukup diselang-selikan dgn pemakanan rendah karbohidrat serta meminum air yg cukup semasa berdiet.

20130428_122217

Alpha Lipdu SD2 merupakan makanan suplemen dengan campuran berkualiti tinggi yang komprehensif terdiri daripada protin soya bukan-GMO (75%) serat, ekstrak daun the hijau, Vitamin A,B,C,D,E dan Mineral.

Tidak mengandungi pemanis @ perisa tiruan dan memberi nutrisi yang secukupnya yang diperlukan oleh badan..

Program diet yang berdasarkan kepada penyimpanan protin dan diet ketogenik ini terbukti berkesan menurunkan berat badan secara CEPAT, SIHAT & SELAMAT.

https://www.facebook.com/hayati.fikri.1

Bersama AXE APOLLO SPACE ACADEMY

 

Baru-baru ni ada aku terima satu jemputan ke satu majlis pelancaran produk terkini AXE.. Yup , menarik produk terbarunya .. Dipanggil AXE APOLLO deodorant bodyspray .. heee ..

clip_image002

Dalam majlis tu , ditampilkan beberapa maskot angkasawan yang cukup menarik untuk bergambar bersama .. hehe .. Dan beberapa gadis jelitawan sambil membawa AXE Apollo deodorant body spray ni untuk dicuba ..

clip_image004

Kenapa tema Axe kali ni lain pulak eh ? Ok , meh aku citer skit ..

AXE Malaysia melancarkan pencarian di seluruh negara untuk memberi peluang kepada individu yang ingin melangkaui kebolehan sendiri iaitu menjadi seorang wira negara.

Bakal pengembara angkasa ini akan berpeluang untuk merasai suasana angkasa yang luar biasa dan kembali sebagai wira kebanggaan seluruh negara lalu memberi insipirasi kepada seluruh warga Malaysia yang lain.

Kenapa mereka memilih angkasa lepas ? Tiada wira yang lebih unggul daripada seorang angkasawan dan AXE ingin memberi para peminatnya satu peluang untuk mengalaminya satu kembara yang tiada bandingannya melalui satu pertandingan..

Yup , sapa sapa boleh mencubanya. Caranya mudah saja ..

  1. Sila ke AXEAPOLLO.COM
  2. Beritahu kepada dunia mengapa anda layak ke angkasa lepas !!
  3. Kemudian anda perlu mendapatkan sokongan daripada warga Malaysia yang lain melalui undian di laman web sebelum disenarai pendekkan untuk menyertai cabaran di peringkat kebangsaan .

Di sini hanya yang terbaik akan dipilih untuk mewakili Malaysia di kem AXE APOLLO SPACE ACADEMY di Florida , Amerika Syarikat dan bersaing bagi merebut tempat mereka untuk perjalanan ke perbatasan terakhir dengan para peserta dari 60 buah negara di seluruh dunia !

Itulah yang tertulis di hebahan media yang aku dapat dan aku kongsikan dengan korang semua . Wow !! Menarik sungguh niii .. hehehe ..

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan dan bergambar dengan angkasawan .. hehehe ..

Dan sememangnya deodoran semburan badan AXE Apollo ni diketahui umum , sangat menarik baunya.. Segar senantiasa .. Senantiasa dalam beg aku .. Senang, mudah dan ringan jer untuk di usung ke mana mana ..

Jangan tertipu , kawan !!

 

Bila dpt email amaran begini , sila klik details .. Pastikan siapa pengirimnya. Jika dari pihak bank , sila call dulu mereka.. Jangan sesekali klik link yg diberi !!

Malaun siber makin bersepah ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila si kecil tak nak makan !

 

Kalau cam Qhaliff , setakat ni .. aku cuma risaukan dia yang cukup gemar makan ! Apa saja aku makan , cepat cepat dia datang dan terus amik port di celah kaki aku dan menarik tangan aku ke arah mulutnya ! Kiranya apa yang aku nak suap tadi tu , masuk ke mulutnya terlebih dahulu !

Tak da masalah untuk Qhaliff .. Sememangnya mak dia dah latih makan apa saja termasuk sayur dan buah. Yang garam , manis semua tu .. ditapis .. Makanan segera ? Tak boleh lagi !

Tapi ada beberapa orang kawan aku perasan , anak mereka ada masalah untuk makan. Mereka lebih gemar minum susu .. Kesannya , ada yang dapat sembelit ..

Bagaimana nak tangani masalah camni ? Aku google dan cari jawapan. Wow !!! Ramainya yang punya masalah begitu !

Macam macam jawapan ada.. Ok , ini yang wife buat pada Qhaliff .. Dia senantiasa tukar menu .. setiap hari ! Takde makan yang sama jer ..

Bila dengan aku , dia akan makanan yang lain lak ..contoh dia akan makan epal dan buah limau dengan aku . Kiranya aku gigit , pastu dia akan hisap air tu .. Lama kelamaan , dia akan start gigit .. Gitu gak ngan buah limau.

Selain dari tu , aku kasi roti dengan ada perisa. Sekadar untuk dia ‘menikmati’ rasa .. Dari situ , selera makan dia bertambah. Dia tau apa yg bapak dia makan tu sedappp !!

Bila time nak susu ..

“ Neee nennn . Neee neennnn .. “

Aku gi bancuh la susu untuk dia andai mak dia takde .. Heee.. Kena sabar hadapi karenah budak ni sbb satu hari nanti , mereka akan sabar pulak hadapi karenah mak ayah dia .. bila dah tua !

Bila wife mula pantang !

Esok , gi hospital Putrajaya. Lusa , balik Kelantan .. Start berpantang kat sana .. Aku lak , ada byk projek blog kat KL .. Ini bermakna aku kena turun balik KL ..

Persoalannya , aku tak leh berpisah dgn Qhaliff ni !!! Tiap malam , tidur ngan dia .. mandikan dia .. basuh berak dia .. berebut makanan dgn dia .. gaduh ngan dia ..

Qhaliff kena ikut aku balik gak !! Mak dia ?? Hurmm .. hurmmm ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 27 Mei 2013

Oh My English !!

 

Aku perati je memula .. Tengok , tengok dan tengok .. Macam ada je tak kena .. Aku panggil wife .. Tanya dia.. Ada perasan apa apa tak ? Dia pon tak perasan ..

Aku senyum .. Aku snap gambar dan postkan di FB . Nak tengok sapa yang perasan .. Hahahahha ..

Dan akhirnya … Ada jugaaak ..

Bila si pencuri …

 

Hurmm.. Kelmarin ada jiran aku sms aku .. Dia bertanya pasal kereta adik ipar yang diletakkan di rumah aku.. Apakah adik ipar aku dah amik sbb kereta tu takde dah di dpn rumah aku tu ..

Yup .. mmg dah amik hari tu. Prihtin sungguh jiran aku. Aku balas dengan mengucapkan terima kasih padanya.

Hari ni ..  wife jiran tu bagitau yg kasut serta selipar mereka yang diletakkan dalam rumah tu  ( rumah teres satu tingkat berpagar ) , dicuri !

Bermakna si pencuri tu buka pagar dan masuk ke dalam untuk mencuri ! Gulp ! Bahaya tu kalau dibiarkan .. Mula mula , luar pastu bila penghuni tak amik tindakan , pastinya mereka akan mula pecah masuk ke rumah !

Kejadian tu , aku dah kongsikan dengan penghuni taman yang lain melalui group whatsapp .. Tindakan susulan akan dilakukan nanti ..

Hurmm… Dah mula risau memasing .. Hurm..

Bila Bayern Munich juara !

 

Waaah ..aku beli bola ni sehari sblm final EURO 2013 ..heee .. Tak sangka lak jadi juara .. Tapi , aku tak tgk pon game ..

Lama dah aku tak follow bolasepak dunia termasuk la liga domestik .. heeheh .. Sejak bila ? Sejak Ronaldo dan Zidane bersara .. huwaaaaa ...

Pasni nak train Qhaliff lak jadi pemain bola .. heehe .. tak la tahap negara .. cukup utk pengalaman dia jer .. hehehe ..

Yang utamanya , penuhkan aktiviti sihat dalam kehidupan dia .. tamo dia dok abiskan masa dgn gadget dlm rumah je ..

Kehidupan perlu mencabar ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI