Artis sudah jadi Si Tanggang ?

by - Selasa, Mei 14, 2013

 

"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.

"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza .

Ibunya itu terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan anaknya  yang disifatkan sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.

Cerita lanjut , leh baca di Mstar Online.

 

Kenapa aku berminat dengan cerita ni ? Hurmm .. Aku tak hairan dah dengan perkara begini sbb ramai manusia macam ni atas muka bumi ni. Puncanya ? Puncanya ialah mereka rasa mereka takkan mati . Seolah olah akan hidup selamanya dengan kehidupan begitu.

Pagi tadi , aku terbaca satu artikal di Facebook yang buat aku benar benar insaf dan mengigil ketakutan .. Tak silap aku  tajuknya KEHIDUPAN DI AKHIRAT ..

Bayangkan , kita dengan jasad seperti ini , dengan punya rasa sakit seperti sekarang ini akan menerima balasan di akhirat kelak. Bayangkan , kita sekarang ini seorang diri ‘di sana’ dan yang meneman kita cumalah amalan kita ..

Apalah dunia ni sangat ?? Segalanya sementara jer .. Tersangatlah sementara !

You May Also Like

13 comments

  1. td terbaca artikel penjelasan afiq ni.. dia pulak ckap yang mak dia dok buruk2 kan teman wanita dia.. dan asyik dok mintak duit je.. huh.. anak apa la cmni..

    BalasPadam
  2. mmg sah anak derhaka ni..
    sanggup memburukkan mak sendiri..

    BalasPadam
  3. semoga pelakun itu cepat sedar sebelum terlambat

    BalasPadam
  4. moga dia dapat bertaubat kembali...susah ibu mengandungkan.

    BalasPadam
  5. Tu br pasal awek kau dah lupakan jasa ibu...rasanya kalau dh berbini nanti....

    Minta dijauhkanlah daripada jd kepada kami bila anak kami dewasa nanti.

    BalasPadam
  6. Jangan sampai citer malin kundang berlaku untuk kali ke2

    BalasPadam
  7. kesimpulannya, tak perlu lah nak galakkan anak jadi artis. baik kerja keras jual beger untuk anak sambung belajar...

    BalasPadam
  8. Tak tahu nak ulas apa tentang kes cmni.. Sebelum ni Najwa Latiff...T

    BalasPadam
  9. jangan sesekali lupa asal- usul kita... ingat sape yang lahirkan kita di dunia ini..tak de ibu bapa

    BalasPadam
  10. jangan sesekali lupa asal- usul kita... ingat sape yang lahirkan kita di dunia ini..tak de ibu bapa, kite tak akan berpijak di bumi yang ini nyata

    BalasPadam
  11. minta jauhla anak kita jadi macam tu

    BalasPadam
  12. baru jadi pelakon dh mcm tu..tak kemana

    BalasPadam
  13. kalau masing2 jaga solat in sha allah tak jadi mcm nie..

    BalasPadam