Beberapa malam sebelum itu ..

by - Khamis, Mei 16, 2013

 

Mimpi ! Aku mimpi..  Aku terjaga dan terus pegang perut wife dan istighfar .. Baca apa yang patut dan berdoa agar apa yang aku mimpikan itu tak jadi kenyataan .. Sekadar mainan mimpi ..

Pagi tu , aku ada bgtau wife yang aku mimpi buruk tapi tak ceritalah apa mimpi tu. Cuma aku minta wife jaga betul betul kandungan tu. Hurmm … Maklumlah , kecik lagi.

Dan semalam , selepas pegawai perubatan klinik Dr.Hamid Arshat buat scan , dia sendiri macam tak percaya apa yang dia lihat .. Dia minta kitorang gi duduk dulu . Sementara tu dia akan pergi berbincang dengan Dr. Hamid ..

Dan nama kitorang dipanggil masuk . Mukanya tidak menampakkan keriangan langsung seperti sebelum sebelum itu .. Dia mintak kami bersabar. Wife dah mula .. hurmm ..

Aku ? Aku seolah olah dah sedia. Redha. Sebab mimpi tu semacam satu petanda buat aku .. Yer , aku redha. Bukan rezeki kami lagi.

Dr.Hamid pon ada bagi beberapa cadangan selepas itu. Hurm.. Ni jap lagi nk gi ke klinik kerajaan untuk buat pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan kedua untuk tindakan selanjutnya.

Doakan kami ..

You May Also Like

16 comments

  1. setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. moga Ben dan wife tabah dalam menghadapinya..

    BalasPadam
  2. Salam. Abg ben cuba perg berubat lepas ni.... Jumpa Ustaz Haron Din ke.... Apa pun takziah... Sabar ye...

    BalasPadam
  3. sabar bro ,ada hikmah di sebalik kejadian !!

    BalasPadam
  4. in shaa Allah..moga semuanya dipermudahkan-Nya

    BalasPadam
  5. semoga dapat jalan yg terbaik InsyaAllah

    BalasPadam
  6. semoga semuanya selamat...
    kalo tak de rezeki harap terima ngan hati yang tabah...

    BalasPadam
  7. Kami doakan yg terbaik utk ben dan isteri.

    BalasPadam
  8. Apapun keputusannya, semoga Allah melindungi abg ben dan keluarga..aaminn~

    BalasPadam
  9. insya'allah tak de ape...doa banyak-banyak...mintak dijauhkan dari perkara yang tak elok..

    semoga wife abg ben tabah..

    BalasPadam
  10. apa-apa pun, den harapkan bro dan wife akan bertabah walau apa pun yang terjadi.. banyakkan berdoa pada ILAHI. hanya kepadaNYA kita memohon segala-galanya..

    BalasPadam
  11. nak tanya abg ben tggl area Bandar Baru Salak Tinggi ye... Dekat Jijan (jalan salak lama ke SIC) ada perubatan islamik Darul Syifa' kalau tak silap saya setiap hari Ahad.. Nanti saya confirmkan balik.... Abg Ben cuba la ikhtiar....

    BalasPadam
  12. harap semuanya ok ok je.... setiap yang berlaku ada hikmahnya

    BalasPadam
  13. Tadi terserempak ngan BA kat klinik p9.Hopefully semuanya baik2 aje..InsyaAllah

    BalasPadam
  14. Apa2 pun, semuga semuanya dipermudahkan, Insya Allah.

    BalasPadam