Bila cukai perkhidmatan dikenakan ..

by - Selasa, Mei 21, 2013

 

“ Abang , teringin nak makan kek la .. “.

Mesej dari wife . Aku ok jer .. Leh gi pekena Japanese Soba kat Secret Resipe di Putrajaya.. Antara feveret aku bila makan di situ . Selain tu , laksa dan mee kari dia pon sedap ..

Jam menunjukkan pukul 5.40 petang. Pelanggan dalam tu leh dikira dengan jari jer .. Tak ramai mana pn. Mungkin dah time balik kerja atau tengah bulan .. hehehe..

Qhaliff, aku  dukung .. Masa nak masuk tu , aku tarik pintu kaca yang berat tu . Kebetulan kat belakang aku ada salah seorang kakitangan Secret Resipe .. Tak de la pulak nak tolong tarikkan .. hehehe ..

Masuk .. berdiri cari meja yang sesuai untuk kami sekeluarga. Dapat meja yang sesuai dan tak sampai seminit ,  datang pelayan wanita memberikan menu pada kami. Kemudian berlalu begitu saja.

Aku serahkan Qhaliff pada wife dan mencari sendiri kerusi baby ! Cari sendiri yer .. Tak de sebarang pertanyaan dari pelayan tadi .. Ok , tak pe.. aku biasa dah dgn situasi begini .

Wife gi amik cheese cake . Dan aku order black pepper chicken rice .. Air buah .. Sebab Qhaliff leh join sama .. heee .. Makanan sampai , diletakkan di sisi tanpa sebarang kata .. Hehehe .. Aku ucapkan terima kasih .

Dah abis makan , wife belek menu yang atas di atas meja. Ternampak ada offer kopi untuk belian sepotong cake  pada jam 3- 6 petang ..

Wife panggil salah seorang pelayan di situ dan bertanyakan mengenai ‘kopi percuma’ tu.  Katanya tak boleh nak dapat dah sebab diorg dah punch dalam bil , jadi tak boleh nak bagi .. Best kan ? Sedangkan mereka patut tau ada mengenainya .

Aku pujuk wife .. Lupakan je kopi tu. Bukan tak mampu nak beli. Tapi korang tau la perempuan kan .. Asal ‘free’ tu la yang menarik minat mereka padahal boleh je diorang beli .. hahaha .. Jangan marah aa ..

Dia ok je.. Pastu bayar bil .. Aku tengok resit .. Hurmm ..Cukai pekhidmatannya hampir RM3 .. hehehe .. Leh tahan .. Mungkin bagi sesetengah orang , jumlahnya kecil tapi kalau kita cari duit dengan titik peluh sendiri serta mengharapkan keberkatan hasil pencarian kita tu ,jumlah tu besar !!

Tak pe la .. Apa nak buat .. Yang kerja dalam tu pon aku tengok budak budak jer ..Dengan muka takde senyuman.. Manager dia pon aku biasa tengok. Biasa kat Presint Diplomatik pastu , pernah jumpa di Alamanda dan skg kat situ lak .. hee..

Teringat hari Ahad lepas. Aku cuci kereta di Alamanda. Aku tinggalkan kereta pastu gi beli barang dapur dengan wife.. Sekembalinya ke kereta yang sudah dibasuh tu , datang tokey dia utk serahkan kunci dan buat bayaran Aku rasa dia tokey sbb pekerja yang lain semua Bangla dan dia berbangsa cina

Menariknya , dia siap tolong bukakan lagi bonet kereta dan tolong masukkan barang barang yang aku beli tu. Bukan sekali dua angkat tapi banyak kali jugak la angkat .. Siap dengan senyuman , dia ucapkan terima kasih ..

Adehh .. Harga sama sama mahal tapi servis ???

You May Also Like

9 comments

  1. Senyum drp mereka perlu dibayar dan perlu di punch dalam bil kalau nak.

    BalasPadam
  2. geleng kepala baca. erm, sabor jelah

    BalasPadam
  3. Kena gi kursus senyum dia org tu ben.. hehehe

    BalasPadam
  4. Bila kita ckp lebih pasal servis bangsa kita ramai melenting tp hakikatnya tak pernah berubah.
    Aku selalu ucapkan terima kasih dulu dgn harapan mereka ucapkan yg sama tp lupakan jeler ejam woi...hehe

    BalasPadam
  5. SR mmg teruk gila servis dia lagi2 kat jb ni..ada sekali tu kami g sr dan order lambat gila..kitaorg tanya nape lambat.pekerja dia cakap sebab banyak org.ehhh..kami nampak tak banyak orang pun?bila kami kata gitu..budak tu boleh jawab..bagi akak tak banyak.hamboiiii..aku bayar sevis kau dekat rm8 ok? Geram!!

    BalasPadam
  6. service charge secret recipe memang mahal. 10%. tu belum kira gov tax lg.
    sama la ngan Nando's, Manhanttan Fish Market etc.
    skali skala makan sana boleh la.
    x koser nak bayar tax mahal2.

    http://ninimohd.blogspot.com

    BalasPadam
  7. kami dah terkena kat alamanda..udah le lmbt..member yg order menu sama, makanannya x sampai2 by the time kitaorg abis mkn..mmg kalo bole elakkan la SR alamanda..tp kalu dh tingin sgt..nak wat camna kan..

    BalasPadam
  8. kalau SR kat Bandar Baru Ampang ni elok perangainya...sampai rimas pulak sebab baik sgt...asyik senyum memanjang..hahaha

    BalasPadam
  9. nak tarik pelanggan tapi servis hampeh

    BalasPadam