Bila si kecil tak nak makan !

by - Selasa, Mei 28, 2013

 

Kalau cam Qhaliff , setakat ni .. aku cuma risaukan dia yang cukup gemar makan ! Apa saja aku makan , cepat cepat dia datang dan terus amik port di celah kaki aku dan menarik tangan aku ke arah mulutnya ! Kiranya apa yang aku nak suap tadi tu , masuk ke mulutnya terlebih dahulu !

Tak da masalah untuk Qhaliff .. Sememangnya mak dia dah latih makan apa saja termasuk sayur dan buah. Yang garam , manis semua tu .. ditapis .. Makanan segera ? Tak boleh lagi !

Tapi ada beberapa orang kawan aku perasan , anak mereka ada masalah untuk makan. Mereka lebih gemar minum susu .. Kesannya , ada yang dapat sembelit ..

Bagaimana nak tangani masalah camni ? Aku google dan cari jawapan. Wow !!! Ramainya yang punya masalah begitu !

Macam macam jawapan ada.. Ok , ini yang wife buat pada Qhaliff .. Dia senantiasa tukar menu .. setiap hari ! Takde makan yang sama jer ..

Bila dengan aku , dia akan makanan yang lain lak ..contoh dia akan makan epal dan buah limau dengan aku . Kiranya aku gigit , pastu dia akan hisap air tu .. Lama kelamaan , dia akan start gigit .. Gitu gak ngan buah limau.

Selain dari tu , aku kasi roti dengan ada perisa. Sekadar untuk dia ‘menikmati’ rasa .. Dari situ , selera makan dia bertambah. Dia tau apa yg bapak dia makan tu sedappp !!

Bila time nak susu ..

“ Neee nennn . Neee neennnn .. “

Aku gi bancuh la susu untuk dia andai mak dia takde .. Heee.. Kena sabar hadapi karenah budak ni sbb satu hari nanti , mereka akan sabar pulak hadapi karenah mak ayah dia .. bila dah tua !

You May Also Like

2 comments

  1. yup..agree..kepelbagaian tu penting..yang penting ibu bapa kena rajin..

    BalasPadam
  2. selalunye budak kecik memg susah nak mkn sbb drpd baby dah diberi susu formula..susu formula cepat kenyang..menyebabkan diorang xnk mkn benda pejal..

    BalasPadam