Buat sendiri lain kali !

by - Khamis, Mei 02, 2013

 

Baru balik dari terminate life insuran aku .. Memandangkan nak tambah sorang lagi  , maka aku beralah untuk kasi kat baby nanti .. Hehehe .. Satu lagi , kena cut cost skit .. Maklumlah , kos sara hidup makin tinggi .. Kang citer lebih lebih , ada jugak dok kaitkan dengan politik .. padahal mmg ada kaitan .. Ok , stop !

Memula mintak agen insuran aku tolong buatkan .. Seingat aku , aku mintak dia uruskan 2 minggu lepas ..Akhirnya dia bagitau , aku kena pergi sendiri untuk uruskan perkara tu sbb company takut agen tipu ..

Ok la .. tak kisah .. Jadi pagi tadi , aku ke Bandar Baru Puchong .. Ke company insuran terkenal tu .. Sesampai di sana , urusan sangatlah mudah .. Aku cuma perlu bagi Mykad untuk dia check di sistem .. Sedangkan agen tu suruh bawak policy bagai laaa .. Tapi tak mintak pon . Hanya dua tangantangan diturunkan , selesai !

Menariknya kan ? Aku tanya staff kat situ .. Agen tak boleh buatkan ke ? Tau apa jawapannya ? Boleh ! Aku bgtau dia yang agen aku kata tak leh .. Dia senyum jer .. Hurmm..

Sangatlah mudah dan pantas ! Tunggu agen buat kerja ? Hurm.. Ada baiknya kita sebagai pelanggan dan juga pengguna kena amik tau apa saja urusan peribadi kita yang melibatkan duit .. Silap haribulan , hurmm .. Kena tipu ..

Apa pun , agen aku tu telah melakukan tugasan dengan baik. Terima kasih .. Dan , aku dapat ilmu lagi hari ni .. hehehe .. Kalau tak buat sendiri , tak tau laa prosedurnya ..

You May Also Like

7 comments

  1. wah canggih manggih header baro bro

    BalasPadam
  2. Bila buat sendiri ada pengalaman:)
    Tahniah buat ben dan zila nak dpt orang baru

    BalasPadam
  3. macam tulah
    kadang nak cepat memang kene urus sendiri

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/susu-ibu-kurang-5-makanan-bahaya.html

    BalasPadam
  4. Haha, ada la tu sebab dia malas nak buatkan :p Eh, header baru dah!

    BalasPadam
  5. Ben u nak potong komisyen dia memang lah lambat sikit dia buat kerja, cer u nak tambah ambik insuran berlari dia pergi jumpa u.

    BalasPadam
  6. Kalau tak der masa atau tak berkesempatan barulah suruh agen buatkan. Kalau free memang buat sendiri lebih baik.

    BTW, lawa la header baru Ben! Thumbs up!


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Petanda tumbangnya BN?

    [U] Kena loteri :-)

    [U] Happy fish

    BalasPadam