Contohi abang COOL BLOG ni !

by - Khamis, Mei 23, 2013

 

Dalam entri aku yang lepas lepas , ada aku cerita pasal satu kes ni . Aku beli makanan , kasi duit note RM50 .. dia suh aku gi cari tukar ! Dengan muka masam , layanan yang macam aku ni mai mintak sedekah , pastu suruh aku buat gitu lak ! Jawabnya aku terus blah je.. Ko makan je la makanan tu ! Huh..

Dan tadi , aku beli 2 jenis air Cool Blog di Alamanda , Putrajaya. Aku takde duit kecik .. Kasi la kat dia .. Sebelum tu , masa amik order , dia layan bagus sekali la. Siap bagi penjelasan walaupun ada ketika aku tak memahaminya sbb aku kurang dengar . Silap sendiri la.. hehe . Dia ulang tanpa rasa marah pon .. hehe ..

Ok , sambung.. Bila aku hulur duit tu , dia mintak maaf kat aku . Dia kata takde duit kecik. Baru je bukak gerai tu .. Aku senyum. Aku kata kalau aku gi amik duit kecik , lama skit sbb nak kena tanya kat wife . Kat dia tadi ada la duit kecik .. Tapi aku kena jalan jauh la skit sbb wife tunggu aku kat satu tempat yang leh rileks. Dia penat nak berjalan dah .

Dia kata ok jer.. Aku pun gi la amik .. Pastu patah balik . Masa beri duit kat adik tu , sekali lagi dia mintak maaf dan beri penjelasan pada aku .. Aku ok jer.. Tak de rasa hati pon .. Cuma kawan dia yang perempuan tu je tak berapa nak mesra pelanggan ..

Kenapa ? Sbb bila aku tanya plastik untuk ‘takeaway’ , dia cuma tunjukkan plastik yang depan mata aku . Sekurangnya , tunjuk la ringan tangan. Amikkan dan tolong masukkan ke dalam plastik. Kan sejuk hati pelanggan yg dah berulang alik cari duit kecik .. kan kan ?

Kena fikir .. tanpa pelanggan , gaji tak leh bayar !

You May Also Like

11 comments

  1. serius gua menyampah dgn peniaga yg sombong ni..

    BalasPadam
  2. yg pompuan tu mmg muka masam sokmo.. xpernah senyum langsung.. pastu time niaga pon dok main2 henset.. nyampah btl!

    BalasPadam
  3. yg pompuan tu mmg sombong..muka x pernah senyum langsung.. pastu time niaga pon dok main2 henset.. geram btl!

    BalasPadam
  4. betul abg ben, kita nie kalau nak buka kedai kena bermanis muka barulah rezeki masuk kan..."customer is right" jadi layanlah pelanggan kita dengan hati yang terbuka...kan.

    mselim3

    BalasPadam
  5. yang laki tu mesti kurus2..tinggi x tinggi sgt lah..lau betul yg tu macam manager lah kt situ..n dia memng bagus..baik dan peramah..

    BalasPadam
  6. sesetengah dari mereka terpaksa buat kerja tu dengan tak ikhlas. Nak tak nak kena gak buat. There is no other option left

    BalasPadam
  7. hati jadi senang bila kita dilayan dengan bagus...

    BalasPadam
  8. setuju statement anda!!!
    sangat tak suka workers yang tidak mesra pelanggan..

    BalasPadam