Isu perkauman lak ??

by - Selasa, Mei 07, 2013

 

Wowww … terkejut aku bila aku godek status di fan page atau Twitter ! Timbul isu perkauman lak ? Camana lak leh timbul isu ni eh ?

Aku hanya mampu gelengkan kepala jer .. Tak tau nak kata apa dah .. Memalukan jer .. Kata 1Malaysia tapi ? Apasal lak leh jadi gini ? Punya la dok laung 1Malaysia ! 1Malaysia ! Tapi akhirnya ??

Aku malas nak libatkan blog aku dengan politik ni .. Cukup jer la aku luahkan di Fb .. Kang kata aku macai lak .. Tapi tak kisah la nak kata apa pun selagi mana aku percaya , apa yang aku percaya .. Jangan sampai yang mengata tu , pulang semula pada dia , dah la .. Allah ada ! Jangan lupa ..

Buat rakan rakan yang dok bising pasal perkauman tu , sila rujuk kembali bangsa kita ni .. Kita sendiri dok kalut dgn KENEGERIAN .. camana tu ?

ISLAM ada ajar ke suh beza membezakan bangsa ni ? Gi Mekah , apakah bangsa yg menjadi keutamaan ? Haihh … Kot ye pon nak ‘amuk’ , gunalah akal dulu .. Takat guna keyboard , buang masa jer .. Ramai je boleh buat zaman ni ..

Tak puashati kalu , gi je report polis .. Senang citer..

You May Also Like

9 comments

  1. Kita je dok laungkan 1Malaysia ada jugak depa yang menentang...

    BalasPadam
  2. dalam surat kabar kosmo dan utusan hari ini pun terang2 tajuk besar depan2 memainkan isu perkauman...

    satu tajuk
    "apa cina mahu lagi?"

    lagi satu
    "cina talam 2 muka"

    bila lah pilitik malaysia nak matang dengan hujah. bikan lucah dan racist...mmm

    BalasPadam
  3. dorang ni betul2 mau 13 mei berulang kembali ka..

    sudah lama kawan ngan bangsa cina, tapi kalau bab duit,diorang tak lokek woo.. kalau part gaduh diorang pun tolong..

    satu malaysia dah kelaut dah.. kasi tutup ja kilang newspaper, asyik jadi batu api ja, heyyy , baik lagi dngar ceramah ustaz azhar idrus..

    BalasPadam
  4. bahaya isu perkauman untuk negara Malaysia huhu..

    BalasPadam
  5. Abg ben.. Saya pun penyokong pas jugak, sangat mghormati TGNA.. Tapi sdihnya tnpa kita sdar kita turut mnyokong parti yg x spatutnya krana pas brgabung dgn mereka.. Buruk cemana bn pun its better than pkr n dap yg Smuanya ditakhluki kafir. Abg ben xkan hilang pmbaca blog ni gara2 sokong pas la.. Xde sape bncikan pas kot pmbaca abg. Keep on ur writing about anything bro..

    BalasPadam
  6. Betul abg ben. Racist! Dap dalam PR adalah sama dgn MCA dalam BN. Sama! Bg saya, chineese menyokong DAP sebab, DAP lebih membantu mereka dr MCA, that's why mereka menyokong DAP, dan kawan2 DAP iaitu PAS&PKR sebab dgr suara mereka. So, jika BN mampu mndengar suara MElayu kita akan skong mereka, walaupun calon tersebut wakil MCA mahupun MIC. DAP jugak ade calon dr bangsa melayu. Jgn hanya di mulut 1Malaysia, tapi hati... #Fikirkan #MaafKalauTerkasar

    BalasPadam
  7. entahlah bro. macam entah apa entah saya tengok status fb skrg ni. hilang hormat antara sama lain, beginilah jadinya.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    BalasPadam
  8. masing2 luahkan pendapat & share wat makin pekara ni tak reda.jangan peristiwa hitam dulu berulang dah la..bagaikan simbah minyak petrol kat api..takut :(

    BalasPadam