Mangga punya hal !

by - Jumaat, Mei 24, 2013

 

“ Abang.. teringin nak mangga la .. “ , pinta wife

“ Kang beli la … “ . Jawab aku.

 

Lalu depan masjid , ada lori kecil jual mangga . Sayangnya , aku tak perasan. Wife yang nampak dan bagitau . Aku kata nanti balik singgah beli .. InshaAllah kalau ada lagi lori tu ..

Dan terus ke hospital Putrajaya dari Cheras , selepas solat Jumaat tadi .. Selepas pemeriksaan doktor , kitorang balik semula ke Cheras .

Singgah jap di bulatan Uniten dengan niat nak beli kuih muih untuk hidangan keluarga di rumah .. Rezeki depan mata. Ada lori jual buah mangga di situ gak  !

Selesai beli kuih , wife meluru ke lori buah tu. Soal selidik sedikit mengenai harga buah tu.

“ 2 biji RM 10 “ .

Wife kata lori yang jual mangga tadi , 3 biji RM10. Buahnya pon nampak cantik . Aku suruh beli je .. Mahal skit tak pe dari tak merasa langsung nanti.

Beli 2 biji. Wife seolah tak puashati dengan harga tu. Aku bagitau , alang alang dah ada depan mata , beli je.. Kang kalau kat sana , lori buah tu takde dah , camana ? Tak pasal pasal telan air liur jer..

Dia tetap kata mesti ada punya. Aku jawab , kalau ada ada la.. Kalau takde camana ? Haaa.. Ni dah beli , anggap je la dah rezeki kita ..

Dan sampai tempat tadi.. Lori tu takde.. Aku senyum ‘kemenangan ‘ ..

You May Also Like

7 comments

  1. mcm en zalie.
    senyum kemenangan bila ayu salah hitung.
    menyampahhh..

    BalasPadam
  2. hah3..kalau akak lainlah plk..kalau dah berhenti mesti beli walau mahal...kalau suami akak plk, kdng2 tak jadi beli kalau bukan harganya...akak bnyk kesian lebih kat orng yg jual...sesekali takpelah walau mahal...he3...

    BalasPadam
  3. hahaha, dengar cakap suami tu..

    BalasPadam
  4. ayoo..kesiannya kat wife encik Ben..haha...tapi memang macam mahal pun 2 biji RM10.. :-)
    Entri Terkini Teruna Semalam, Dara Bermalam-Malam

    BalasPadam
  5. hehe...woman will always be woman.. cari semurah dan seberkualiti yang mungkin...

    BalasPadam