“ Nanti aku taubat laa ! “, kata aku .

by - Khamis, Mei 23, 2013

 

Picture 2194-horz

Iklan

JUBAH COTTON MODEN
Kod: KTC05
RM129 WITH POSTAGE

Lawat : http://kutenungcollection.com/

 

 

“ Tunggu la aku tua skit .. Tak puas enjoy lagi ! “.

Satu ketika dulu , aku pernah katakan begitu pada kawan aku . Pada waktu tu , aku  terlalu jahil hinggakan terlalu cintakan dunia. Meriah sangat dunia ni ..

Syukur pada Allah , umur aku masih panjang hingga ke hari ini untuk aku perbetulkan satu demi satu dan niat aku di atas dunia ini ..

Timeline di FB , tweet rakan rakan dan juga entri sahabat sahabat blogger berkongsi mengenai betapa lalainya kita sering membuatkan aku berhati hati dalam tindak tanduk aku seharian.

Benar kita akan mati. Benar kita akan ditanam. Benar kita ditanya dan dihukum atas segala tindakan kita . Dan benar kita akan dibangkitkan kembali tapi aku ‘terlupa’ bagaimanakah keadaannya nanti ?

Satu entri yang aku terbaca membuatkan aku berkali kali up di Facebook untuk berkongsi rasa. Bukan niat nak riak tapi lebih pada ingin beritahu betapa janji ALLAH itu pasti !

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. “.

Hurm… terlupa kita kan ? Asyik dengan hiburan, leka dengan harta .. lalai dengan cinta sesama manusia hinggakan terlupa bagaimanakah datangnya kiamat ?

Bagaimana keadaan kita bila dibangkitkan nanti ? Aku tertanya selalu dalam hati .. Maklumlah , pengetahuan agama aku ciput jer ..

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.”

Mengigil aku ketika ni .. Kita dibangkitkan dalam keadaan jasad yang seperti sekarang ni .. Punya rasa sakit seperti sekarang ni. Bayangkan , semua manusia dari dulu hingga hari kiamat dibangkitkan .. Bagaimana keadaannya ketika itu ?

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat “

Astagfirullah Al’azim .. apalah nasib aku nanti. Aku keseorangan di sana . Jika amal aku banyak , pastinya aku antara manusia yang beroleh keuntungan. Jika tak ??

Sekarang ni , aku kerap mengeluh dengan bahang kepanasan .Jika panas mentari sekarang ni pon dah buat kita berpeluh peluh, bagaimana nanti di sana ?? Di padang masyar nanti ??

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun “.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Apakah yang akan aku lakukan di padang masyar tu nanti ? Apakah aku akan terus ditimbang segala perbuatan aku tu ?

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.”

1000 tahun !! Bukan 1 hari atau 1 minggu ! Apakah yang mampu menyelamatkan aku ??? Amalan yang ciput ? Dosa yang melimpah ?

Bacalah sendiri dan hayatilah sendiri kebenaran dan janji ALLAH itu di SINI .. Klik dan baca .. Kita dah tertipu dengan sandiwara dunia dan beruntunglah mereka yang telah lama mencintai Rasulullah s.a.w !

You May Also Like

3 comments

  1. Ya Allah. Bertapa kerdilnya aku. Bertaoa diri ini dipenuhi dengan dosa. :'(

    BalasPadam
  2. kalau kita selalu muhasabah diri, tahu nilai syukur dan yakin Allah Allah sentiasa mengawasi setiap gerak geri kita, InsyaAllah...sedikit demi sedikit kita, kita ubah diri kita kearah yg lebih baik, selai kita bernyawa, pintu taubat masih terbuka

    BalasPadam
  3. thanks for sharing. manusia perlu sentiasa 'diingati' .. harap lebih banyak entri macam ni pada masa akan datang..

    BalasPadam