Penyamun kecilan dan besaran !

by - Jumaat, Mei 17, 2013

 

Hurm.. Mak aku bagitau tadi , bas sekolah milik abang aku kena pecah masuk. Dikebaskan beg yang mengandungi permit bas dan beberapa dokumen penting lain. Apa motifnya pon tak tau laa.. Duit syiling pon diambilnya. Sapa punya kerja ? Hurmm ..

Kat taman aku membesar ni mmg banyak kes pecah kereta terutama belah malam. Parking yg disediakan dalam kawasan flat , mmg tak mencukupi langsung apatah lagi anak anak yang dahulunya kecil , dah besar panjang pon . Siap ada cucu dah pon… Bila dah besar , confirm la berkereta . Jadi , satu rumah maunya ada 2-3 bijik kereta. hehe.. termasuk la keluarga aku ..

Itu yang pecah kereta belah malam.. Belah siangnya pulak camana ? Hurmm .. Terbaca di Harian Metro tadi , lagi menyedihkan.. Rumah sendiri pon dah tak selamat !

Seorang suri rumah kerugian lebih RM20,000 apabila rumahnya di Wangsa Melawati, di sini, diceroboh tiga lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berehat di ruang tamu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun berada di rumah seorang diri apabila tiga lelaki bertopeng menyerbu masuk mengacukan parang ke arahnya.

Menurut sumber, seorang daripada lelaki itu bertindak menjaga mangsa manakala dua rakannya menggeledah seluruh rumah.

Camana tu ? Rumah sendiri tuuuu ! Siang hari lak tuuu … Dah tak selamat ! Hurmmm .. Sememangnya kena berhati hati 200% sekarang ini. Penyamun tak semestinya berparut dah mukanya !

Nampaknya kena pakai baju besi zaman dulu dulu la kalau nak gi mana mana dah skang ni ..

You May Also Like

3 comments

  1. adoyai! memang mnkutkan skrg. sy sendri ada pnglaman kne rompak. takut betul!

    BalasPadam
  2. Kena buat perisai cam iron man 1 nih klau dah gini gayanye.. :)

    BalasPadam