Pesanan sebelum tidur ..

by - Khamis, Mei 16, 2013

 

“ Pecah rumah semakin melampau !  Bla .. bla .. blaa … “

Satu pesanan penaja dari jiran tetangga melalui group whatsapp yang meminta semua jiran berhati hati terutama di waktu siang ketika orang sibuk gi kerja. Yang tinggal mungkin anak kecil bersama si isteri yang tak bekera atau dengan orang gaji .

Tak kira tempat ! Kalau diorang nak masuk , diorang masuk ! Diorang akan buat ‘siasatan’ terlebih dahulu sebelum nak buat kerja pada hari mendatang !

Mungkin kita rasa rumah kita takde barang berharga bila mereka pecah masuk tapi perlu diingatkan , mana la tau kot ketika mereka pecah masuk , kita ada dirumah ! Sangat merbahaya bila situasi begitu berlaku .

Sila tingkatkan keselamatan rumah kita. Yang gemar keluar malam tu , janganlah umpan penyamun sampai ke rumah kita. Umpan tu , macam macam benda yg mampu membuatkan mereka mengekori kita .. Anak dara , harga benda cam gadget dan macam macam lagi.

Negara kita ni selamat , kata mereka .. Tapi belum tentu kita selamat. Jadi , pandai pandai la selamatkan diri sendiri ..

You May Also Like

6 comments

  1. mmg xselamat.. kt kampung , orang tgah sembahyang subuh dia p kutip bag.. hmm.. apa nak jadi deh dengan diorang ni

    BalasPadam
  2. Memang risaulah bab orang suka naik rumah orang ni. Kadang-kadang antara orang yang di kenali. Betul kena semakin ketatkan ciri-ciri keselamatan

    BalasPadam
  3. Takutnyr... Tulah mmg diorg siasat abis2 sblum serbu.. Seeloknya jgn kluar rumah pd waktu yg sama stiap hari, biar dia confuse. Pastu masuk rumah siap bw parang bsar2 laktu.. Jiran makcik saya baru kena 2 hari lps.. Seisi rumah tgh dlm trauma skrg ni. Semoga kita sntiasa dlm perlindungan Allah s.w.t.

    BalasPadam
  4. Memang tak selamat pun.... Cukup lah sekali hari tu kena pecah masuk...
    huhuhu....
    P/S: HARI NI HARI YG PANJANG UNTUK EN.BEN, SEGALA TERSURAT PASTI ADA YANG TERSIRAT, SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA...
    RAHSIA ALLAH SWT TIADA SIAPA PERNAH MENGETAHUI.. SEBAB SESUATU MUSIBAH YG BERLAKU HANYA KERANA ALLAH NAK KITA SELALU DEKAT PADANYA...:)

    BalasPadam
  5. memang kena beringat dan berhati-hati.. moga kita semua selamat dari kejadian yang tidak diingini..

    BalasPadam
  6. susah nak cakap selamat. zaman sekarang ni dah tak ada tempat yang selamat buat kita sebenarnya..

    BalasPadam