Relevankah lagi perniagaan online di blog ?

by - Sabtu, Mei 18, 2013

 

Ahaaa .. Ada pendapat  dah dari rakan blogger yg aku rasa ada kebenarannya juga disitu ..  Namun , segalanya terpulang pada cara memasing juga .. kan kan ?

Antara pendapat mereka …

  1. Bagi aku, facebook adalah satu laman terbaik untuk menjalankan business online, tetapi blog tetap diperlukan untuk menunjukkan produk yang hendak dijual secara menyeluruh. Ini kerana, facebook pages tak membenarkan kita membuka store. Tetapi dengan blog, link store boleh dibuat.  Blog juga membenarkan penjual online memasukkan code html Paypal untuk digunakan. Kenapa paypal penting dalam membuat transaksi online. Yes, sebagai medium menerima pembayaran melalui kad kredit. Mana tau kot ada buyer dari oversea. “
  2. Hmm , rasanyaa utk perniagaan onlinee, facebook dan Instagram adalah lebih mendapat tempat. selalunyaa yg buad shopping online kt blog ni pun , mesti dia ada fb n instagram , jus blog adalah salah satu perantaraan. Just this is from my point of view and based from my experience. gigih create instagram semata nak online shopping , nampak taaak ? hee :P “

Dan banyak lagi pendapat yang boleh anda baca di entri segmen yang telah aku buat hari ini .. Ada yg menarik hingga berkongsi tips tapi sayangnya tak leh nak copy lak untuk paste di sini .. hehee .. Apa apa pon , korang leh la gi baca sendiri di blog mereka .. Klik SINI utk ke segmen tersebut . Tapi segmen dah ditutup yer .. heee .. Baca dan dapatkan tips jer ..

 

Pendapat aku lak ?

Sudah semestinya masih tersangat relevan kerana di blog kebanyakkan pembaca boleh dapat agak apakah bisnis yang dijalankan adalah benar , jujur dan juga penjualnya dapat dikenalpasti , jika benar benar melakukan sedikit ‘siasatan’ dengan melihat profile , komen dan juga boleh google dengan menggunakan kata kunci blog tersebut atau nama peniaga bagi mendapatkan jawapan atau komen dari pembeli pembeli yang pernah melakukan urusan jual beli dengan peniaga tersebut.

Di laman sosial yang lain , seperti FB .. terdapat banyak kes penipuan. Masalah fake akaun yang sukar dikenalpasti. Si peniaga leh je guna sapa sapa punya gambar dan buat bisnis haram pastu ! Grrr !

Instagram pulak bagi aku .. kebanyakkan mereka yang membeli atas dasar kenalan .. Yang baru baru tu , sukar sikit la .. Bukan tak leh percaya tapi sukar .. Sbb dapat tengok gambar je .. Komen pon , leh didelete dgn segera .. begitu juga di FB ..

Blog pon leh delete tapi jika pembeli dapat melihat komen komen terlebih dahulu sebelum membeli.. Kalau takde komen ? Haa..

Kesimpulan bagi aku .. Segalanya relevan .. Blog , FB , Instagram , Twitter .. tapi pembeli kena hati hati agar tidak tertipu .. Setiap laman sosial ada kelebihan masing masing .. Dan aku tetap memilih blog diikuti FB , Twitter dan Instagram. Puas guna blog sbb leh jelaskan dengan terperinci ..

Sekadar pendapat seorang amatur jer .. Segalanya terpulang pada anda sendiri ..

You May Also Like

3 comments

  1. betol tu.. last tu mmg stuju sgt2.. blog diikut ngan fb dan laen2.. terbaekk bro

    BalasPadam
  2. seuju gan pendapat abg ben, dekat FB ni bnyak fake acc, dan penipuan, kalau orang yang meniaga dekat FB ni ada blog, sah2 dia dah mmg establish ngan perniagaan on9 ni, lagi pon orang selalu cari maklumat dan penggunaan dan keberkesanan product ni dari sumber bahan bacaan seperti blog dan website yang lain, Dekat Fb ni mungkin dia punya maklumat kurang dan tak banyak :)

    BalasPadam
  3. online payment lebih selamat dengan paypal. tp kalau nak bank in gak,baik sahkan dulu empunya entiti.. y meniaga pun perlu jujur dan yang membeli pon sama la kan..

    BalasPadam