Sendiri malu ..

by - Isnin, Mei 27, 2013

 

Di Tesco Nilai .. sewaktu aku beratur nak byr barangan yang aku amik , ada seorang lelaki Arab tercari cari kaunter yg kurang pelanggan di sebelah aku.

Turn aku cumalah seorang pelanggan dan dia pula cuma nak beli satu barang jer iaitu beg pakaian.

Aku pandang dia dan senyum. Tangan aku beri isyarat minta dia masuk dahulu.

"Bolehlah ?" . Dia cam tak percaya. Terkejut aku bila dia berckp melayu..

"Silakan .. ".Aku balas .

Dia celah depan aku dan tiba tiba ada satu kaunter bayaran bersebelahan dia dibuka. Dia pun cepat cepat ke sana . Dia pandang aku dan panggil utk beratur di belakang dia.

Aku pun pergi beratur belakang dia ..Tiba tiba dia bercakap dgn seorg lelaki di kaunter bayaran satu lagi dlm bahasa Arab yang aku percaya lelaki tu pun berbangsa Arah

Dia kerap melafazkan 'In Sha Allah' dan 'Alhamdulillah' sewaktu berbual dengan lelaki tu .. Jumlah dia lafazkan dua perkataan tu dlm sekelip mata jauh lebih byk dr aku lafazkan hari ni !!

Astagfirullah al'azim .. Malu aku pada diri sendiri..

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

2 comments

  1. adakalanya ilmu dan pengajaran yang kita perolehi itu tidak dijangka..

    BalasPadam
  2. selalu juga berbual dengan student Arab di sini. Selain 2 word tu, diorg selalu guna MasyaAllah. Rasa terr malu pula. Nak biasakan diri gunakan perkataan tu semua...

    BalasPadam