Sudahlah berak , dikencingnya pula !

by - Isnin, Mei 13, 2013

 

Alhamdulillah .. lena dah dia .. Hari ni tak gi rumah mak aku nun di Cheras. Seperti yang aku kata , penjimatan $$ bermula pada bulan ni .. Banyak jimat .. Bukan kedekut tapi untuk masa depan memandangkan Qhaliff bakal dapat adik .. InshaAllah ..

Tinggal berdua je di rumah . Seawal pagi mmg tak susah nak urus Qhaliff . Kasi makan , mandi pastu tidurkan dia .. Cuma sejak sejak dah teror berjalan dan ada gigi ni , dia dah macam orang besar  ! Bukan macam tapi berlagak macam org besar ! Apa yangaku makan , dia nak join. Apa aku minum , dia nak jugak .. Kalau aku ke dapur , dia akan ikut sama .. Kalau nampak aku makan , maka bersuaralah dia ..

“ Naaa naa naaa naaa … “

Macam nak kata nak laa .. Makanan yang wife buat , dia kurang selera ! Huhu.. sian.. awal pagi dah bangun masak .. Takpe , kang tengahari makan la tu ..

Selepas siap makan , dia main sendirian .. Aku tak syak memula tapi aku perati dia macam nak kasi tau sesuatu. Aku check seluar dia .. Tu diaaaaa .. dah macam kuah dal roti canai tu haa.. Hahahaha ..

Apa lagi .. masa untuk mandikan dia .. Ngan aku aku mandi sekali .. confirm basah punya .. Memula bersihkan najis dia .. Perghh .. bauuuuu diaaaa .. Nyaman sekali dongg ! Kalau dulu , confirm muntah. Tapi disebabkan aku ni spesis Fear Factor , aku belasah jer.. Hahahha ..

Dah siap mandi , lap dan letakkan dia atas lantai di luar bilik air .. Aku nak lap badan aku dulu .. Tup tup , dia pancut ! Nasib baik atas lantai.. kalau atas tilam ??  Huwaaaaaaaaaaaaaa .. saja jeee dia nak kasi aku kelam kabut !

Serius , dia mmg berjaya buat aku kelam kabut. Part nak pakai lampin tu mmg dah makin payah sbb dia asyik nak main jer .. Merangkak ke tv dan ketut tv tuu ! huhuu ..

Selesai semua tu , jom tidurrr !!

You May Also Like

5 comments

  1. tak try diapers jenis pants ke encik ben?

    BalasPadam
  2. @fifi..aah, Qhaliff mmg guna diapes jenis pants.kalo guna yg berpelekat, maunya sejam dok ngejor dia:)

    BalasPadam
  3. dlm bnyk2 ayat dlm entri ni...sy terperasaan yg "Qhaliff bakal dapat adik.." wahhhh...congrats!!

    BalasPadam
  4. hehe nasib baik qhaliff x kencingi daddy..

    BalasPadam
  5. hahahah muka terakhir nakal sungguh w/p tgh sdp tdo?hihihi

    BalasPadam