Bergurau pun berpada-padalah !

by - Selasa, Jun 25, 2013

 

Tak dinafikan , di zaman sekolah laaaa kita nakal ! Maklumlah , ramai kawan kawan kan ? Heeee … Meriah gitu .. Tapi bila dah ramai kawan , jangan la pulak dok buat sesuatu yang mampu mendatangkan kecederaan terutama bila bergurau kasar ! Hati hatilah ..

Di Terengganu , gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.

Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.

Menurut Harian Metro  mangsa yg dalam keadaan menahan sakit, memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.

Bila dah jadi menda gini , sapa yang susah ? Semua orang susah !! Haihh .. fikir dulu sebelum nak bergurau !

You May Also Like

7 comments

  1. Ya Allah..ngeri la pulak dengar..
    dok asrama tu baik2 jgn buat perkara yang sia-sia..
    hadui..
    si kawan pun tak boleh nak fikir..
    bende yang mcm ni mana ley bergurau..
    fikir dulu akibatnya..

    BalasPadam
  2. gilerr..dengar pon dah ngeri..hmm kompom lepas ni berdendam punya..apa laa..

    BalasPadam
  3. Org kelantan panggil gurau bewok.. no other words can describe this except stupid.. haish..

    BalasPadam
  4. Adoiiii ngerinya.. apa la bergurau kasar cmtu, kesian kawan tu. Xpasal2 jadi hal lain pulak

    BalasPadam
  5. dlu penah dengar kes gurau ngan kwn,dgn cara tarik kerusi. Lumpuh satu badan kwn tu.. nak bergurau dgn kwn pun biarlah kena caranya. Ni tak pasal2 kwn tu dapat sakit, kita plak menyesal n rsa bersalah seumur hdup

    BalasPadam