Budak perasan !!

by - Ahad, Jun 30, 2013

 

Hehehe.. Singgah kat Masjid Putra tadi untuk solat Maghrib.. Aku je turun. Qhaliff ngan mak dia tak turun .. Selepas solat , aku kembali ke kereta .. Tengok tengok , diorang takde dalam tu !

Pandang kiri kanan .. Ternampak wife dok melepak dengan penjual mainan di depan Masjid Putra .. Qhaliff dok layan mainan kat situ .. Aku pon gi la kat diorang ..

Tiba-tiba Qhaliff bangun dan berjalan sorang diri .. Berjalan dan terus berjalan. Kami memerhati jer tingkahlaku dia .. Hhehehe.. Nak tengok akal dia ..

Sampai di depan sekumpulan pelancong dari Arab ni , dia berenti . .Kenapa ? Ada seorang lelaki tua sedang pegang kamera dan menghalakan ke arah Qhalifff !

Dan Qhaliff berposing !! Hahahaha.. Padahal orang tu nak amik gambar anak dia yang ada di belakang Qhaliff tu haaa .. Selepas orang tu turunkan kamera dia , Qhaliff sambung berjalan !

Gelak besar kitorang ! Perasan lebih laaa budak ni ! Sama gak masa photoshoot Harian Metro tadi.. Dia punya posing ngalahkan aku ! Huh !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

7 comments

  1. maybe sebab dah terbiasa dengan kamera...

    BalasPadam
  2. haha...amboi..kemain lagik budak nih ek?huhu..qhaliff qhaliff

    BalasPadam
  3. ala kesian dia :D hee tp comel pulak bila perasan tu

    BalasPadam
  4. Dari kecil sudah pandai berinteraksi dengan lingkungannya. Besar jadi orang terkenal, Qhaliff !

    BalasPadam
  5. bapak borek anak rintik ni..hihi

    http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/06/akar-buluh-ini-berwajah-manusia.html

    BalasPadam