Gadis M2 ?

by - Ahad, Jun 02, 2013

 

Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."

Aku bukanlah ustaz .. Bab agama ni , mmg aku sangatlah kerdil. Sebab tu aku selalu ingatkan diri mengenai hari akhirat. Hari akhirat ni , kita bukan sehari dua di padang masyar tu.. Kita bukan 60-70 tahun di situ .. Beribu tahun ! Kalau kita tergolong dikalangan mereka yang diredhai ALLAH , betapa untungnya .. Kalau bukan ?

Kerdilnya aku .. Bila aku tengok tv , ramainya macam aku ni .. Apakah mereka tak sedar ke apa yang akan berlaku di hari akhirat ? Apakah memadai dengan bertaubat di penghujung usia ? Astagfirullah al’azim .. Menakutkan bila memikirkan begitu.

Pencarian Gadis M ? Aku tengok melayu je dalam tu.. Tak perasan la ada bangsa lain .. Yang buatkan aku tergaru kepala aku tu ialah , bukankah melayu itu beragama Islam ? Terlupakah ?  Lupa ke part agama ? Ke tolak tepi bab agama tp titik beratkan adat dan budaya ?

Aku bukanlah nak tunjuk pandai atau alim .. cuma terpanggil untuk memberikan pendapat aku sbg saudara seagama.. Rezeki kita atas muka bumi Allah ni luas. Carilah kepuasan hidup dengan cara yang diredhai Allah .. Ingatlah , hari akhirat tu wujud.

Esok tengahari , cuba berdiri di kawasan lapang yang mana matahari berada tepat di atas kepala .. Kemudian bayangkan kepanasannya itu digandakan dengan 70 kali !

 

Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

You May Also Like

3 comments

  1. sebab tu lah mls nk tgk rcgn mcm tu..

    BalasPadam
  2. pernha tertengok rancangan tu... tak tau la ape motifnya.

    BalasPadam
  3. jarang layan cerita melayu..kebanyakkannya mengarut jer....negara malaysia kekurangan drama, movie, bual bicara yg islamik.....

    BalasPadam