Hebahan Projek Amal EXIM Bank Malaysia
Aku terima satu email dari seorang rakan yang minta aku hebahkan satu program amal pada korang semua.. Hehehe .. Orang minta tolong , kita tolong apatah lagi bab kebajikan .. Takkan nak charge gak kan.. Melampau sungguh laaaa ..
“ Saya akan menganjurkan program jualan amal yang melibatkan tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Tasputra Perkim, Pusat Majudiri Y for the Deaf dan Wisma Harapan yang bertujuan untuk mengutip dana bagi kos operasi dan kos harian mereka”.
Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan kerjasama Tasputra Perkim, Pusat Majudiri ‘Y’ for the Deaf dan Wisma Harapan (SAMH) akan menganjurkan jualan amal - “Charity Jumble Sale 2013 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi kos operasi, harian dan perubatan untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang cacat fizikal dan mental .
Jualan amal ini akan berlangsung:
Tarikh: 9 June 2013 (Ahad)
Jam: 9:00 – 3:00 petang
Venue: Tasputra Perkim, Lot 3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur.
Antara aktiviti yang menarik sepanjang “Charity Jumble Sale” termasuklah gerai-gerai permainan ala “fun fair”, peluang untuk merasai kehebatan menaiki kereta mewah seperti Lamborghini, “face painting”, gerai-gerai jualan makanan dan seni kraftangan serta lain-lain lagi.
Hasil kutipan dana ini sesungguhnya memberi erti yang besar pada mereka. Marilah kita membeli sambil beramal.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Siti Aida (03-2601 2403 / aida@exim.com.my)
Kalau sudi , share la artikal ni .. Mana la tau kan .. Ada yang sudi membantu dan menderma ..
2 comments
hai uncle. Lama hanna tak jenjalan kat sini. heee.. *kali ni datang jenguk*
BalasPadamgood aktiviti...insyallah follow
BalasPadam