Pelancaran Kempen Konvoi Lingham’s Chilli Sauce

by - Selasa, Jun 04, 2013

 

Lingham’s Chilli Sauce ? Aku tak pernah dengar .. Aku terima jemputan untuk hadiri pelancaran ‘ Lingham’s Chilli Sauce To Take 100 Year Brand In A Travel Convoy Nationwide ‘ dari Advertlets dan ianya bertempat di Publika DutaMas . Ok , dua dua aku tak pernah dengar dan jejaki .. Ini adalah satu perkara yang baru buat aku. Terima kasih Advertlets ..

Aku sampai Publika jam 930 pagi. Tepat pada waktu pendaftaran media .. heheeh .. Kena tepati waktu .. Kemudian aku daftarkan diri seterusnya berjumpa rakan blogger yang lagi awal sampai seperti Isaac Tan dan juga Yana Yassin. Mereka juga dijemput untuk cover event ni ..

Aku terima cenderamata dari pihak penganjur dan di dalamnya ada 2 botol cili sos .. Aku amik sekeping gambar dan post ke FB .. Nak tengok apa respon rakan rakan ..

image

Nampaknya sos ni dah popular pon ! Aku je tak tau .. Ketinggalan sungguh aku .. huhu ..  Kemudian aku beri gambar tu pada wife .. Wife pon tak pernah dengar.. Dia tanya , ada logo halal ke ? Aku pon belek kiri dan kanan . Jumpa !

Maka bolehlah guna tanpa was was kan ? hehehehe….

Ok .. tiba saatnya .. Tepat jam 10 pagi , pengacara majlis yang juga kenalan aku , Mei Sze memulakan acara dengan  menyampaikan sedikit latar belakang mengenai produk Lingham’s Chilli Sauce ni ..

Boleh tahan ! Bermula pada tahun 1908 di Pulau Pinang dan dah terkenal di serata dunia seperti di Autralia , Belgium , Brunei , Canada , Denmark , Findland , Hong Kong , Indonesia , Jepun dan banyak lagi. Patutlah ramai yang tertarik dengan cili sos ni .. hurmmm .. Apasal aku tak tau ??? Adoiiii ..

Mengenai majlis pelancaran hari ini , Lingham’s Chilli Sauce akan berkonvoi ke serata negeri dengan meningkatkan penjenamaan di kalangan rakyat Malaysia dan kesedaran terutama di kalangan generasi muda yang mana mereka patut hargai resepi warisan Lingham’s yang sudah terkenal di serata dunia ni .. Yelah , dari Malaysia tuuu … Kata 1Malaysia kan ? Haaa.. Bangga wehh ..

Antara blogger yang hadir hari ini .. Sempat bergambar lagi.. Hehehee .. Selamat maju jaya buat Lingham’s Chilli Sauce !

You May Also Like

9 comments

  1. first time dgr pasal cili sos jenama nie..huhu

    BalasPadam
  2. 1st time gak dgr... pelik nih.. knape mcm x penah nmpak jer jnama ni...

    BalasPadam
  3. Baru je beli sos ni, sedap jugak :)

    Rakan rakan sudi-sudi jenguk blog saya untuk tips kesihatan percuma :)

    BalasPadam
  4. sedap sos ni...tapi da lama tak merasa...kalau buat cecah2 ni mmg sedap...

    BalasPadam
  5. Love the sauce, my parents love it too. It's slightly watery and sweet compared to the other major brands. :)

    Nice meeting you yesterday Ben!

    BalasPadam
  6. belajar dan mengenali sos cili Lingham masa study di UK...gempak sbb produk ni lg femes kt sana dr kt malaysia...and mmg favorite student kt sana berbanding jenama lain :-)

    BalasPadam
  7. memang tak pernah tau pon ada sos jenama ni..yang tau rempah ratus ade la jenama ni..

    BalasPadam
  8. nampak sangat jarang memasak. heheh...gurau je...mmg dah lama ada sos nie...sapa yg suka beli sos, kalau belek2 kat tmpt sos tu, mmg akan nampak. cuma saya tak berapa nak minat sgt sbb cair sket tak macam sos cili maggi, life dan sewaktu dengannya;-)

    BalasPadam