Penyamun kerjaya terkini ?

by - Jumaat, Jun 21, 2013

 

Hurm.. makin banyak kejadian samun terutamanya menggunakan parang ni .. Sana sini ada kes kes gini. Malah dengarnya kat kawasan perumahan sekitar rumah aku tu pun ada kes gini .. Apa nak jadi ni ? Gara gara takde kerja atau malas nak bekerja ? Atau pun desakan hidup gara gara kos sara hidup makin tinggi ? Hurmmm ..

Semalam di Besut , Terengganu ..

Seorang suri rumah kerugian RM8,000 selepas disamun ketika sedang membasuh baju di rumahnya oleh dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Raja di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenda Noor Zainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 59 tahun yang berseorangan ketika itu diikat kedua-dua belah tangan oleh suspek selepas menggeledah rumah mencari barangan berharga.

Beliau berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang membasuh pakaian di bilik air dan secara tiba-tiba dia didatangi dua lelaki yang tidak dikenali menyuruhnya menyerahkan barangan kemas yang dipakainya. ( sumber Kosmo )

 

Dalam akhbar Harian Metro hari ni lak ..

Seorang suri rumah bukan saja kerugian RM12,000 malah cedera pada anggota badan selepas bergelut dengan empat lelaki bersenjata dalam kejadian samun di Durian Tunggal di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Nuraini Saidi, 51, yang sedang membuang tilam buruk diserang kumpulan lelaki bermotosikal bersenjatakan tiga bilah parang.

Sumber berkata, suspek menetak mangsa di pinggang dan paha kiri sebelum merentap barang kemas yang dipakai wanita terbabit. (sumber  Hmetro )

 

Yang kes kedua tu , suami dia ada dalam rumah. Siap kejar lagi tapi takde yang membantu.. Malah jiran yang kebetulan ada pon siap ditetak. Nasib baik dia dalam kereta ..

Biasanya penyamun gini dah tak ingat apa apa sbb kebanyakkan mereka amik dadah supaya jadi berani .. Kalau tak amik , confirm was was nak buat kerja gini ..

Sebab itulah dadah ni merbahaya .. Ada yang kata org yang amik dadah ni tak kacau orang ! Huh !

Semakin banyak kes samun ni. Jangan kata nak keluar rumah , duduk dalam rumah pon lom tentu selamat !

You May Also Like

3 comments

  1. Rasa macam dah tak selamat dah...
    Cukup lah kena sekali tahun lepas sampai kereta pun lesap...

    BalasPadam
  2. rasa mcm semua tempat dah tak selamat skang nie

    BalasPadam
  3. Ermmmm. Dalam rumah sendiri pun dah tak selamat sekarang nih. :'(

    BalasPadam