Salah siapa jika ianya berlaku ?

by - Rabu, Jun 05, 2013

 

Kamera AES utk perangkap pemandu yang memandu dengan melebihi had kelajuan .. Bukan laju yer ! Tapi melebihi had laju ! Bagaimana pula dengan pemandu yang cuai atau yg gemar memandu ikut suka tekak seperti tidak beri lampu signal , membuang sampah dan sebagainya ? Perlukah guna kamera yang lain ?

Di Putrajaya , terutama disebelah malam .. Biasanya akan kelihatan banyak penunggang basikal ‘beriadah’ di jalanan .. Mengayuh basikal dengan ‘relaks’ di tepi tepi jalan raya ! Aku rasa , laluan khas dah ada untuk mereka kan ? Kenapa tiada tindakan ke atas mereka yer ?

Ini kerana , ada yang suka suka melintas jalan raya dengan harapan pemandu kereta akan perlahankan kenderaan mereka .. Kalau tak perasan camana ?

Lampu isyarat .. Kerapkali aku nampak ada yang suka suka langgar lampu isyarat ni .. Kalau berlaku kemalangan , sapa yang patut dipersalahkan ? Kalau di Malaysia ni , automatik yang besar akan dipersalahkan ! Kan ? Ke aku silap ? Hurmmm ..

Beriadah tu bagus .. Tapi jangan sampai ada yang ‘beriadah’ di hospital atau dalam kubur ..

Bagi penunggang basikal terutama yang mewakili kelab atau negara .. Pihak terbabit perlulah lebih peka dari aspek keselamatan .. Jangan biarkan nyawa atlit jadi pertaruhan . Jangan ingat semua pemandu kereta di Malaysia ni , dah tahap profesional .. Kalau ada yg takde lesen camana ? Tak berbaloi satu sen pon !

Al-Fatihah buat pelumba Terengganu , Syafiq Imran. Harap Menteri Belia dan Sukan dapat buat sesuatu terhadap isu ini ..

You May Also Like

7 comments

  1. Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun.. teruk nye :(

    BalasPadam
  2. owh..padan la ada 1hari tu ke putrajaya nampak orang beriadah di malam hari dengan basikal....curious jugak mula2...

    AlFatihah buat arwah pelumba basikal tu....semua orang patut berhati2 di jalan raya...

    BalasPadam
  3. moga kita semua perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling..
    Al-Fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  4. erm...tempat saya ni ramai gak atlet training bawak basikal secara berkumpulan. selalu nampak kat serdang-hulu langat. ramai la jugak dlm 20 org ada. tapi selalunya akan ada van/pajero/mpv escort dari blkg siap dgn basikal spare kalau jadi apa2 atau pancit. kebarangkalian kenderaan lain rodok basikal dari blkg memang takde la. terodok van escort tu mungkin. dari segi safety memang terjaga.

    BalasPadam
  5. ni bukan kali pertama kes mcm ni kan... dulu yg kat putrajaya tu... mcm boling jadinya...

    BalasPadam
  6. Sama2 kita sedekahkah al fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan kekasih Allah.

    BalasPadam
  7. Innalillah...alfatihah buat arwah

    Memang tragis, ini bukan kali pertama atlit basikal kena langgar.

    Setuju dengan Bro Ben, aspek keselamatan untuk latihan camni masih di tahap rendah

    ~Silakan mengnjungi blog saya untuk tips kesihatan dan kecantikan, terima kasih~

    BalasPadam