Selamatkah lagi kita ?

by - Khamis, Jun 13, 2013

 

Untuk kali ke dua aku hadiri mesyuarat penduduk di taman perumahan aku ni . Dan satu satunya isu yang membuatkan aku tidur tak tenang ialah isu keselamatan !

Menurut ‘tok penghulu’ , dari sumber tertentu berkemungkinan penyamun kembali aktif setelah sekian lama menghilangkan diri ! Dan cara mereka amatlah pantas dan kejam !

Antara waktu mereka akan buat kerja , disebelah awal pagi yakni jam 4-6 pagi dan 5-7 petang ! Waktu balik kerja ? Yup… mereka akan serbu dengan parang , menurutnya ..

Kalau sebelah pagi tu , katanya mereka akan gunakan pukau .. Hurmmm…. Geleng kepala je aku .. Kawasan kejiranan aku ni dah la sunyi sbb baru lagi .. Maka ada yang cadangkan wujudkan pengawal keselamatan untuk mengawal keselamatan di sebelah malam .. Cuma kena keluar la duit skit ..

Aku ok je.. Takde masalah bab duit cuma mungkin akan jadi leceh terutama orang luar yang nak datang ke taman ni .. Yelah , nak kena daftar bagai laa .. Tapi demi keselamatan , kena la terima kan ?

Aku malas nak menuding jari bab bab gini.. Yelah , sapa yang patut dipersalahkan .. Pihak mana yang patut bertanggungjawab.Yang penting , tanggungjawab penduduk tu ! Perlu sepakat demi kesejahteraan dan keamanan !

Hurm.. Parang ? Haih.. Bila teringatkan kes blogger BeautifulNara tu , mmg mengerunkan aku .. Yelah , kalau kita sorang tak pe la gak. Ni ngan anak bini lagi .. Kalau anak dara tu ? Hurmmm ..

Semoga Allah lindungi kita semua dari segala malapetaka dan mereka yang berniat jahat ! Hati hati kawan terutama bila nak masuk rumah tu.. Pastikan tiada yang mengekori anda ..

You May Also Like

11 comments

  1. semua masyarakat kena bekerjasama lah ye..heheh

    BalasPadam
  2. saya hidup sejak zaman awal 90-an sehingga skrg... walaupun dah 22 tahun hidup tp anjakan masa sngt cepat... jika zaman dulu, budak2 main jauh pun ibu bapa tak seberapa risau tp skrg budak2 main depan rumah pun boleh kena culik dan mendpt mcm2 ancaman...

    takut jgk dgn dunia skrg ni... kita kena ada inisiatif untuk berhati2 dlm setiap masa...

    BalasPadam
  3. kawan husband,polis kat ipd sepang.selalu dia cerita ada je kes pecah rumah kat bbst,semakin menjadi2.minggu lepas kat kota warisan area saya,then minggu tu jugak kat desa vista,mak pun dah panik.

    memang tu time diorang buat kerja...apa nak jadi.polis pun dah pening kepala ada je kes pecah rumah.

    BalasPadam
  4. Manusia sekarang ni makin menjadi-jadi kerakusannya. Memang menakutkan. Walau kita berhati-hati, ada aje cara mereka nak memecahkan tembok keselamatan kita. Macam kat rumah sis dah pasang pintu keselamatan yg mana org nak cuba bukak kena welding, tapi still takut jugak dok pikiq bumbung pun depa boleh pecah..huhuhu

    BalasPadam
  5. Pagi td pun dgr crita abg teksi pasal kawasan umah aku kena masuk pencuri... hadooo... tak tenteram hati ni...

    BalasPadam
  6. sekarang masyarakat kena ambil inisiatif sendiri. tak boleh nak harap pada polis lagi. walau pun ada polis baru di rekruit ramai tiap tahun.

    bak kata pengamal ekonomi... JENAYAH meningkat adalah petanda EKONOMI merudum. bila EKONOMI maju, jenayah pun sikit (kes jnyh terpencil sahaja)...

    mungkin polis kena berhenti kejar orang politik dan berhenti kerja dengan orang politik... dan kembali buat kerja khidmat untuk masyarakat?

    BalasPadam
  7. Teknologi semakin maju dan modern. Perekonomian semakin bagus. Pendapatan perkapita semakin meningkat. Kemakmuran semakin nyata. Semuanya itu mengalami kemajuan. Sedangkan satu yang bisa membuat kita prihatin yaitu rasa kemanusiaan. Kemanusian mengalami kemunduran. Banyak terjadi kejahatan, perampokan, pencurian, dan lainnya. Dunia semakin tidak nyaman lagi.

    BalasPadam
  8. moga kita semua selamat hendakNYA..

    BalasPadam
  9. prepare parang ben..dia kua parang demo kua parang jgk..

    BalasPadam
  10. Kat kluang pon ade gak berlaku kecurian spoot rim kete. Pdhal parking depan umah. And bini dr lelaki tu pon tidir pkul 5 . Time pkul 7 bgun..spot rimm dah xde. Hurm

    BalasPadam