Bila aku post gambar makanan ..

by - Rabu, Julai 03, 2013

 

Aku ada terbaca  pendapat orang bijak pandai agama mengenai post gambar makanan di FACEBOOK dan beberapa kawan blogger masakan mula ‘diserang’ dengan pendapat memasing ..

Hurm… Bila baca betul betul , ianya lebih kepada ‘mereka yang post gambar masakan yang mana punya niat tertentu .. ianya mampu membuatkan orang terliur kerana harganya yang mahal serta lokasinya ( sbb makan di tempat ekslusif dan jauh ) yang secara tidak disedarinya  mampu menghadirkan rasa riak pada orang yang post tu .. Itu pendapat aku laa ..

Berkenaan blogger masakan yang post gambar masakan , sememangnya sapa sapa saja mampu boleh masak gitu kerana mereka membuatnya sendiri malah disediakan resepi untuk mereka belajar mengenai masakan tersebut. Yang terliur tu boleh je cari kat mana mana kedai makan yang ada .. Kenapa perlu dipertikaikan apa yang dah mereka buat selama ni ? Setahu aku , takde la pulak sampai ada yang menjilat skrin kerana gambar tu !

Jika ianya begini .. Contohnya aku gi makan kat Tutti Fruitti jam 11 malam .. Haaa.. Aku amik gambar dan post dengan niat nak kasi kengkawan terliur ! Itu sudah salah la kan.. Berdosa  la hukumnya ..

Segalanya bergantung pada niat.. Kalau nak pertikaikan bab post gambar makanan di FB , camana pula post gambar berposing dengan tak menutup aurat , gadis bershawl anggun mengoda , baju baju baru , beg baru , pakaian baru .. bukankah semua itu mampu menghadirkan rasa riak , bangga malah tang gadis gadis ayu comel cam kak ton tu berposing , si lelaki tengok .. camana perasaannya ? Tak ke tetiba si suami karang surat rasmi meminta tambah kuota ?

Aku bukan nak pertahankan sesiapa .. Apa jua yang kita buat , balik semula pada niat dengan  berpandukan pada agama .. Mereka yang post gambar melancong ke sana sini , aku pon terliur tengok ! Tapi tak salah kan perbuatan mereka itu jika dipandang dari sudut positif .. Lainlah jika ada rasa cemburu dan dengki ! Sapa suruh malas belajar  kan !

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

11 comments

  1. betul tu..abis blogger masakan takkan nak post gambar bahan mentah je, tak nak post gambar result takut org terliur..hahaha

    BalasPadam
  2. betul sangat2 .. semuanya bergantung kpd niat kita :)

    BalasPadam
  3. tak kira post gambar apapun kalau ada unsur menunjuk, riak & berbangga bangga.. tetap jugak salah. Kalau niat betul cara salah pun salah kalau niat salah cara betul pun salah. Kalau blogger masakan tu bagi saya itu konsep dorang.. bukan sebab menunjuk ke hapa. sebab memang kerja dorang share resepi & masakan.. Tapi kalau yang dok post kat FB tu sendiri mau ingat. tepuk dada tanya selera. apa motif dok upload tu masing2 pun tahu.

    BalasPadam
  4. Kalau gmbr msakan kita jadi riak. Tapi kalau gmbr pose maut bertudung liput, bila di puji "cantiknyaaaa" "comelnyaaa kak ton", perasaan apa pula yg wujud? Terfikir...

    BalasPadam
  5. saya rasa post gambar tempat2 melancong sambil tu kite share dgn pembaca tips2 kalau melancong di tempat tu sebagai panduan utk yang nak pergi takde salahnya.... bg masakan pon gitu gak... nak share resepi ngn pembaca ok what... same gak kalau kite nak share tempat estoran yg best yg mungkin boleh jadi panduan utk mereka yg nak makan2 bawa family..... semua ni lagi ok drpd kite dok post menunjuk fesyen ape kite pakai harini.. siap tnjuk harga beg tangan, baju, kasut bagai.. hiihikkssss... sekadar pndgn... jom lwat blog kite :)

    BalasPadam
  6. Terbaekk Ben .... motif cukup baik diolah padat dengan contoh yang buat orang yang ada akal berfikir luas-luas ...

    Terlalu pendek akal mereka sebegitu, namun kasihan juga kerana mereka tak mampu berfikir luar dari sarang pemahaman sendiri.

    BalasPadam
  7. As salam Ben & Qhaliff yg comel,

    Ada juga baca kwn2 blogger & kwn2 FB yg ber'debat' ttg isu post gambar makanan di alam maya ni... sgt benar bila ada yg kata ianya bergantung pd niat... tetapi segala apa yg kita kongsikan serta niatnya hanya kita & Allah shj yg tahu...

    Kalau berkongsi utk ilmu seperti resepi, mesti ada pahalanya... tp klau orang bijak pandai agama yg menegur pasti ada sebabnya, cuma kita jgn sombong sgt menidakkan dakwah org lain yg kerjanya menyampaikan... jgn pula kerana nak puaskan nafsu sendiri kita menolak nasihat & teguran org... berfikiran terbuka kan lebih baik :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Puan,

      Terima kasih kerana singgah baca post ini.

      Kata kata bijak pandai agama tu mmg benar kerana ianya merujuk pada niat. Malangnya yg 'terlebih pandai ' ni telah salah tafsir lalu menghentam tanpa ada ilmu.

      Segalanya kerana niat dan niat kita hanya Allah saja yang tahu.

      Teguran ahli agama tu lebih kepada mereka yang punya niat yg sebaliknya seperti menunjuk nunjuk , riak dan sbgnya.

      Post saya ini bukan utk menidakkan kata kata mereka sebaliknya kita yg menggunakan internet ni hendaklah bijak memanfaatkannya.

      Jangan kita pandan pada gambar makanan saja .. Itu maksud saya dlm entri ini ..

      Padam
  8. Betul tu Ben, kdg2 kita ni sekadar nak berkongsi dgn kwn2...saja mention tmpt @ nama restoran tu..bukan tujuan nak menunjuk tapi sekurang2nya boleh jadi reference utk kwn2 yg jenis suka JJCM mcm akak ni...lumrah manusia kdg2 tak suka dan bercampur dgn PHD pun ada...

    BalasPadam
  9. adat lah tu kan bam ben..mulut manusia ney kita tak leh nak tutup kan..ada jew bende tak kena kat mata depa tu...benda kecik pun leh jadi besar..padahal kalo difikirkan secara positif takde ape pun sebenarnya....humm entahlah, kalo memang ada "sijil PHD" dalam diri macam tu lah jdnye..

    BalasPadam