“ Boleh ke kanak kanak solat sekali dengan orang dewasa ? “

by - Rabu, Julai 10, 2013

 

Ramadhan datang lagi .. Ramai yang teringin nak bersolat berjemaah di masjid atau surau surau tetapi buat mereka yang punya anak kecil pastinya menjadi sedikit masalah kerana risau mereka akan menggangu jemaah lain nanti ketika solat .. Hurmm .. patut ke kanak-kanak dibawa bersolat sekali ?

Mereka yang belum punya anak , mungkin belum merasai masalah ini. Kalau nak kata anak buah ke , anak jiran ke .. lain .. Tak sama dengan anak sendiri punya !

Di Malaysia , ada masjid yang buat saf khas untuk kanak kanak. Risau mereka akan ganggu jemaah yang terdiri dari orang dewasa .. Atau ada yang kata , kanak kanak yang berada di dalam saf orang dewasa akan memutuskan saf maka kurang pahala .. Benarkah ?

Google dan cari jawapannya  .. Bila buat gitu , anda pon dapat gak ilmu . Pahala lagi woo..  Aku buat dah dan aku jumpa pon jawapannya .. Aku takde masalah nak bersolat sebelah kanak kanak .. Malah aku lebih galak mereka serta sekali solat berjemaah sebabnya lama kelamaan , mereka akan tertarik dengan setiap perbuatan yang ada di kiri kanan mereka .. Dan ianya menghasilkan satu pertanyaan .

“ Mengapa mereka buat begitu ? Solat tu apa ? “

Secara tidak langsung , bila tengok tingkahlaku orang dewasa ketika bersolat , mereka akan berdisiplin . Tapi si ibu dan ayah pon kena la mainkan peranan dengan mengajar dan memberi sedikit tunjuk ajar sebelum meletakkan mereka disisi ..

InshaAllah .. lebih baik mereka dididik begitu dari dah plan nak main mercun bila tiba malam !

You May Also Like

8 comments

  1. setahu saya tak salah pun. sebab bila sebaris dgn org dewasa, kebarangkalian dia nak main2 tipis. kalau semua kanak2 dok saf belakang sekali, biasanya mula la nak cuit2 kawan sebelah, masa ni la nak main geletek2, nak siku2, nak tergelak2. kadang2 masa mula solat ada la dlm saf. pastu sibuk main. bila imam nak bagi salam, cepat2 masuk saf balik. pe'el kanak2 kan.

    cuba dok sebaris saf dewasa, sebelah bapak sendiri lagi. nak sengih pun tak berani. jadi kanak2 lebih disiplin dlm solat.

    BalasPadam
  2. apa yg sy tau, knk2 di temptkan di bhgian blkg skli

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.
    Bdasarkan pngalamn sy yg xsberapa ni, bila ank laki solat sama ayahnye, dier akn ikut j tindak tnduk solat ayahnye dgn bdisiplin sbb dier xbrani dgn ayhnye. Bila dgn maknye, tunggang langgang gk ngikut solat. Huhu. High possibility kanak2 solat saf kanak2 lg byk kerenah sbb akn ikut geng dier. Lgpun kanak2 akan ikut contoh d sekelilingnya kn?

    BalasPadam
  4. Betul tu abg Ben.. Saya pun prnh kena masa terawih tahun lps, anak prmpuan saya dah elok bertelekung berdiri sblah saya masa nk start isyak, skali ADA seorang makcik suruh dia pi blakang, mula2 dia xnak, pastu makcik tu pujuk kata brdosa bdk kcik smbyg skali dgn dewasa. Lps selesai isyak saya tgk anak saya duk nangis Kat blakng. Pastu saya pun join anak saya duk blkg.. Nak wat cemana ssh nk fahamkan org2 lama.

    BalasPadam
  5. Di masjid Wilayah memang diasingkan antara kanak2 dengan dewasa... dan ada yang jaga saf kanak2 tu jangan buat bising... lagipun masjid wilayah buat siaran live kat radio IKIM tu yang kena jaga...

    apapun semalam masjid memang full & allhamdulillah kanak2 pun tak sebising tahun lepas

    BalasPadam
  6. pengalaman malam semalam semasa terawih di surau belakang rumah... 2 orang kanak2 ni, in a way memang mengganggulah tetapi bila difikirkan balik memang budak2 nature dia macam itu dan ibu bapa takkan nak tinggalkan anak kecil mereka dekat rumah tanpa jagaan... bagi yang belum ada nak memang akan rasa budak2 ni ada dekat masjid mengganggu je tapi itu mmg masalah yang sudah nak diselesaikan, kalau kita rasa benda itu masalah lah sebab pada saya, setakakt suara budak menangis tu dan berjalan depan jemaah tengah solat, takdelah mengganggu sangat...

    BalasPadam
  7. betul! melentur buluh kn biar dr rebungnye..

    BalasPadam
  8. rasanya boleh tapi kena dikawal dengan orang dewasa.. mereka akan belajar dari pemerhatian..

    BalasPadam