Gara-gara AES !

by - Isnin, Julai 01, 2013

 

Rujuk sana sini termasuk di fan page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR ( KASE ) untuk mencari kepastian selepas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kata saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh.

Dalam notis AES tu berkali kali aku cuba pahamkan .. Serius aku tak faham ! Jadi , aku tekad untuk hadir jer ke mahkamah nanti. Tak kira lah .. Nak bayar terus RM300 ( 3 saman berapa dah ) , mmg keras la weh ! Bukan sikit tuuu .. hurmm .. Yelah , aku kan spesis kais pagi makan pagi .. Kalau ada projek juta juta tu lain la ..

Aku google untuk dapatkan maklumat mengenai prosiding ke mahkamah memandangkan aku dah terlepas dua prosiding tapi takde apa apa surat susulan .. Hurmm ..

Menariknya aku terjumpa yang ni ..

“ Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukan. Untuk makluman puan , sebutan kes notis saman AES ditangguhkan sehingga dimaklumkan secara bersurat mengenai pertukaran tarikh mahkamah berikutnya. “

Dari JPJ ..

Sampai skang , tiada surat susulan .. Notis tambahan ada la ! Hurm.. Tak kisah la.. skang ni aku gi dulu yang terkini . Yang dah lepas tu , akan dirujuk nanti di mahkamah .. Senang citer ! Kalau kena bayar , bayar je la.. Redha. Pastu claim kat BRIM !

 

Sumber : MrJacko

You May Also Like

0 comments