Gara-gara nak cepat ..

by - Sabtu, Julai 13, 2013

 

Jam dah menunjukkan kul 3.15 ..Janji ngan org pukul 3.40 ptg.. Ni dah lewat ni .. Qhaliff duk umah ngan ibu yer.. Kali ni , ibu lak jaga .. Daddy nak gi berjimba jimba mencari idea untuk update blog ..

Enjin kereta dihidupkan. Diundur keluar kereta itu dari pintu pagar rumah. Kemudian , aku turun dari kereta dan kembali masuk ke dalam pagar rumah untuk mengunci pagar. Elakkan dari dimasuki penyangak atau tikus ..

Pintu pagar ditutup dan dikunci. Kemudian aku termenung sambil memandang kereta aku yang berada di luar pagar tu.

" Kalau aku dalam pagar , kereta tu di luar pagar .. Sapa nak bawak bawak kereta ??? " ..

Haih .. nasib baik la takde orang nampak terutama si wife tu. Kalau tak mau ususnya pecah akibat gelakkan aku .. Aku bukak semula pagar tu dan keluar lalu kunci semula ..

Dan , sejam kemudian ..wife bagi gambar ni ...

" Pintu tak kunci ! " ..

Aku hanya mampu geleng kepala jer .. Haih .. Lain kali , siap awal skit ! Jangan hujung waktu baru nak bertungkus lumus !!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

13 comments

  1. adoiii..haha..baru penangan anak bini sorg..

    BalasPadam
  2. salam. kdg2 sy ada gak nyanyuk mcm tu..maklumlah..dah masuk 40.

    BalasPadam
  3. hahahaha. kemain lagi kunci kan sampai x sedar diri kat dalam kikiki

    BalasPadam
  4. Ya Allah bahayanya abg ben pintu terbuka macam tu . Kalau penyagak2 nampak seronok dia . Kereta tak ada maksudnya dekat rumah tak ada oranglah kan . Alhamdulillah tak ada apa2 :)

    BalasPadam
  5. Biasalah tu mr. Ben... kalau dah terlalu banyak benda nak kena buat, pasti ada aje yg terlupa. Lpsni, jgn lupa dh konci pagar dari luar pagar ya bila keta ada diluar pagar. kih3... tergelak sy baca entri ni. Sbb sy pown pelupa juga. Lupa samada dh lock keta ke blom. Dah jauh dh dr keta, baru lah g smula utk pastikan dh lock ke blom.

    BalasPadam
  6. encik ben... encik ben... kunci pagar, kereta diluar pagar, keluar kereta, pagar lak tak dikunci, huhu, takpe lah,, janji pintu rumah dikunci kemas. kalau tak, bahaya, penjahat takde kira ramadhan tak ramadhan, bulan Ramadhan bulan yang mulia bagi kita umat Islam, bagi penjahat, setiap masa adalah masa yang 'mulia' bagi mereka, kalau tak, masakan dorang tak buat jahat kan, huhu *apa yang saya cakapkan ni, tapi apa2 pun, aduh, kena keluar eyh nak cari inspirasi? hehehe

    BalasPadam
  7. Baru jelas jln cerita yg dismpikn kat sini. Dlm fb x phm ayat... :)

    BalasPadam
  8. Hewhewhew. Tanda usia meningkat. Eh??? Hahaha.

    BalasPadam