Lepas WHI , HARMONI , HARIAN METRO .. selepas ini ?

by - Khamis, Julai 18, 2013

 

Alhamdulillah .. aku terus menerima pelawaan .. Walaupun blog aku cumalah sekadar bercerita mengenai kehidupan aku dan juga meluahkan rasa pendapat ‘tersendiri’ , namun ada yang menghargainya ..

 

Hurm… dah settle dan terima pelawaan dari In Trend .. Satu lagi pelawaan yang aku terima dari KUIS .. Yang ni aku edit skit yer…

Pihak kolej kami bercadang nak adakan satu program yg diberi nama 'Mr.Blogger "dakwah alam maya" sempena Ekstival KUIS ke-16 (Ekspo dan Festival) .

Tujuan program nih diadakan utk membincangkan berkenaan trend remaja sekarang yang lebih cenderung utk menerima dakwah menerusi alam maya spt youtube,facebook, tweeter dan sebagainya.. Jadi dipihak kami sedang mencari panel yang boleh mengupas isu ini selain dari berkongsi pengalaman bersama pelajar kolej kami. “.

Sayangnya pelawaan ni terpaksa aku tolak kerana masa yang tidak mengizinkan aku dan juga aku rasa aku bukanlah ‘ahli’nya.. Aku rasa part ni sebaiknya diserahkan pada blogger blogger yang sememangnya khusus berdakwah dalam penulisan mereka ..

Memang benarlah adakalanya penulisan aku pon ada ke arah itu tetapi aku rasa aku tak layak lagi untuk berdiri diatas pentas dan berbicara  mengenai topik agama.. maklumlah , aku sendiri pon masih terkial kial lagi .. InshaAllah , satu hari nanti jika diizinkan Allah ..

Pelawaan dari KUIS ini adalah penghormatan yang paling bermakna buat aku berbanding pelawaan yang lain.. Terharu aku … Ini bukan pelawaan pertama dari IPTA .. banyak dah cuma aku je rasa tak layak untuk pegang mic dan memberikan nasihat pada adik adik nun yang sedang melihat aku .. hehehe .. Kerdilnya aku ..

Tak kisahlah .. bagi aku , tempat aku adalah depan laptop ni .. Berbicara mengenai dunia dan mengharapkan keredhaan ALLAH untuk akhirat ..

Sapa sangka kan ? Dulu ‘mereka’ gelakkan aku kerana aku seorang blogger .. “ Blog ? Apa tu ? Batu block ke ? “ .. Aku hanya mampu senyum dan sekarang , aku hanya mampu senyum lagi ..

Semoga ALLAH berkati kita dalam apa jua yang kita lakukan .. Niat kerana ALLAH ..

You May Also Like

24 comments

  1. Tahniah Ben, kita buat apa yg kita suka dan tahu. Bukan buat apa yg org suruh. Menulis utk diri sendiri dan lahirkan pendapat lebih baik drp blog yang hanya copy paste berita dari sumber lain, kan?

    BalasPadam
  2. Kenapa tolak pelawaan KUIS tu, pada pendapat saya, remaja sekarang lebih suka terima dakwah secara santai yang macam selalu En.Ben tulis dalam blog. Kalau dakwah yang sememangnya pure dakwah ni, kebanyakan remaja tak boleh terima. Biasalah, diorang kata akan kata boring. Dakwah sinis dan halus dari En.Ben tu lagi meninggalkan kesan dari dakwah secara langsung.

    BalasPadam
  3. rezeki Allah dtg dlm pelbagai bentuk kn.. syukur

    BalasPadam
  4. Berlian benda berharga yang banyak dicari orang dimanapun di dunia ini. Salam sukses buat Ben Ashaari. Salam cemerlang dari Indonesia.

    BalasPadam
  5. bila kita buat sesuatu dgn ikhalas, pasti ada ganjarannya...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, rezeki abg ben. semoga abg ben terus terus berjaya :)

    BalasPadam
  7. warh, bestnyer. Semoga terus suksess yer abg ben.

    BalasPadam
  8. Tahniah bro. Harap bertambah lg rezeki bro slepas ni :D

    BalasPadam
  9. Mungkin suatu hari boleh maju setapak lagi setelah cukup kayakinan. Apapun tahniah.

    BalasPadam
  10. Untuk yang konsisten dengan pekerjaannya , insyallah ada kejayaan yang sentiasa menghampiri. Tahniah Ben.

    BalasPadam
  11. yang bab ipta tu tertiba lak teringat kes student uum.. 'semua ada masalah..kambing..ayam..bla..bla..blaaa' heheheee

    BalasPadam
  12. tahniah..moga terus berjaya..teringin jugak nk jd femes cm bro ben ni..ehe

    BalasPadam
  13. Dengan usaha yang tak pernah jemu dan serik, sekarang.. Alhamdulillah.. banyak pihak 'nampak' abg Ben kini.. ;)
    tahniah..

    BalasPadam
  14. Rezeki di bulan Ramadhan.. Tahniah bro!

    BalasPadam
  15. tahniah abg ben..selamat berkonvo!

    kikikiki!

    terbaik abg ben!!

    BalasPadam
  16. Alaaaa...nape tolak,xdapat lah blogger kuis menuntut ilmu dengan abg ben...huhuhu...

    BalasPadam
  17. Sayangnye xde rezeki ben dtg kuis. Student mmg suke talk yg santai2 je. -Sy student kolej itu- ;)

    BalasPadam
  18. Sayangnye xde rezeki ben dtg kuis. Student mmg suke talk yg santai2 je. -Sy student kolej itu- ;)

    BalasPadam
  19. reziki abang melimpah ruah..tahniah

    BalasPadam
  20. niat kita berblog tu yang penting kan :)

    BalasPadam