Minat gila ARSENAL punya pasal !

by - Jumaat, Julai 19, 2013

 

Lelaki ni nama dia Xuan Tien. Orang Vietnam. Ahaaa.. Apakah yang istimewanya lelaki  ni ? Heehehe .. Ok , aku nak ulas tapi malas pulak .. Jadi , guna je la cara popular masakini .. Copy paste ! hehehe.. Sumber Utusan Malaysia .

Seorang peminat setia Arsenal di Vietnam yang meraih perhatian ramai pihak sebelum ini kerana berlari lima kilometer mengejar bas pemain Arsenal di Hanoi telah mendapat jemputan kelab itu untuk menonton perlawanan skuad bimbingan Arsene Wenger di London.

Sedutan dalam laman web rasmi Arsenal telah memaparkan para pemain Gunners telah bersorak sambil menyebut 'Tandatangani dia, tandatangani dia' sambil melihat pemuda itu yang menyarung jersi Arsenal berlari di tepi bas sepanjang ibu kota Vietnam itu.

Pemuda berkenaan, Vu Xuan Tien, yang digelar kini digelar 'Running Man' dijemput naik ke atas bas untuk bergambar dengan keseluruhan pemain skuad Arsenal dengan baju yang dipakainya turut ditandatangani oleh Arsene Wenger.

"Ini adalah mimpi yang menjadi nyata kerana dijemput naik ke atas bas Arsenal untuk menemui jurulatih (Wenger) dan semua pemain termasuk pemain idola saya iaitu Mikel Arteta.

"Saya juga telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan melibatkan Arsenal di Stadium Emirates, kemungkinan pada bulan Ogos atau September ini, satu peluang yang cukup sukar dipercayai, ini akan menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya," kata pemuda berusia 20 tahun itu yang kini menjadi tumpuan media ekoran tindakannya berkenaan.

Gambar Tien bersama Wenger dan pemain Arsenal yang lain telah diberikan publisiti meluas di Vietnam serta media luar negara.

Dia menjadi maskot tidak rasmi Jelajah Asia Arsenal di Hanoi dan mengetuai para pemain Arsenal masuk ke padang sebelum sepak mula perlawanan menentang Vietnam di Stadium My Dinhyang menyaksikan Gunners membelasah Vietnam 7-1.

Selepas berlari beberapa kilometer mengejar bas, Tien kemudian mengikuti bas berkenaan dengan membonceng sebuah motosikal yang kemudiannya mendapat sorakan daripada pemain Arsenal.

"Ini adalah mesej kepada anda semua bahawa jika anda bersungguh-sungguh dalam mengejar impian, ia boleh terjadi," kata penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dalam video Arsenal.

Pada perlawanan Rabu lalu, sambutan peminat yang diberikan di Vietnam cukup baik dengan ribuan penyokong membanjiri stadium walaupun perlawanan berlangsung dalam hujan.

 

Moralnya , sapa rajin dia dapat ! Dan sapa tau kan rezeki … Yang penting , usaha .. Apa yang berlaku selepas itu , hanya Allah saja yang mengetahuinya ..

You May Also Like

5 comments

  1. mak aii...!! gigihnya minat punya pasal... betul kata pepatah usaha tangga kejayaan...

    BalasPadam
  2. ni power...!!!!!!!! bkn senang woo

    BalasPadam
  3. ni power...!!!!!!!! bkn senang woo

    BalasPadam
  4. boleh contohi semangat beliau..

    BalasPadam
  5. wah..mmg xsia2 la usaha bliau kan... :)

    BalasPadam