Tak tau masak atau pemalas ?

by - Rabu, Julai 17, 2013

 

Terbaca status jiran aku , Adnan Ibrahim atau gelaran popularnya ialah Mat Gebu.. Mat pinjam status tu eh ..

zaman sekarang ni tiada alasan "tak tau masak".....cuma orang malas jeee kasi alasan macam tu... “

Aku tak terasa langsung dengan status jiran aku tu malah aku mengaku kebenaran status tu ..

saya tak tauuuu dan saya mmg malas ! Haahahah ... Sbb bila saya masak , saya akan berlagak seperti juara masterchef walaupun saya tak tau camana masterchef memasak ! Heheheh .. “

Sebenarnya mmg tak susah nak memasak ni .. Lebih mudah memasak dari makan ! Antara nak ngan tak nak jer .. Untuk kes aku ni, aku lebih tak nak.. Sbb aku spesis tak nak kotorkan dapur. Bila dapur tu dah bersih , aku sayang giler nak kotorkannya ! Nanti kotor , nak kena bersihkan semula ! Haaa… Kan dah berganda kerja aku !! ( Boleh terima ke gitu alasan aku ? Hehehhe … )

Kali pertama aku memasak dan itu juga kali terakhir ialah aku masak nasi goreng ! Sebenarnya aku masak untuk aku je makan memandangkan ahli keluarga terutama mak ayah aku dah makan . Bila dah siap masak tu , aku jemput la mereka makan .. Nak la pulak diorang ! Nasib baik ada baki lagi dalam kuali tu .. Dan sememangnya , diorang kata sedap ! Abis terus nasi goreng dalam kuali tu !! Huwaaaa..

Sejak tu.. aku tamo masak dah sbb aku tau , aku masak sedap ! Hahahha .. Aku suka makan tapi aku tak nak gemuk !! Bila masak sedap , aku kuat makan … Jadi , tamoooo masak .. aku makan apa saja yang dihidangkan atas meja ! Sedap ke tak sedap , aku makan ! Janji boleh teruskan hidup .. memadai sudah ! Heheheh ..

Sejak kawin ni aku cuma masak maggie yang dipelbagaikan .. Cam nak masak memasak lauk pauk tu , aku serah je kat wife sbb dapur tu dapur dia .. Aku tak nak usik woo dapur tuu .. Nanti usik , aku ubah susun atur dapur tu dari kemas ke selerak .. Aku jugak kena marah ! Hahahaha ..

Jadi , aku terima je la hakikat yang aku ni pemalas ! Kalau na membantu tu , aku bantu tang basuh pinggan atau mengemas jer .. Lain , aku sakit pinggang !!

You May Also Like

7 comments

  1. saya pun nak pinjam alasan macam tu...

    BalasPadam
  2. hahahhaha gelak je baca entri ni,tak tau nak komen apa,banyak bebenor alasan di sebalik 'kerajinan' memasak tu,hah.ye betul cakap mat gebu tu he3..

    BalasPadam
  3. sy ade diploma masak-masak tau... hahaha... masak pun sampai nak kena amik diploma... last2 keje tak kena masak pun... now nak masak pun jadi malas... hmmm... ape daa...

    BalasPadam
  4. saya memasak kerna TERpaksa....jadi, bila dah 'TER' tu makna nye tanpa sengaja la kot....hahaha

    BalasPadam
  5. bukan tak tahu langsung cuma bila adanya en. suami, automatik jadi gedik manja mintak beliau masakkan.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  6. ala sekali sekala masak jele..kesian qhalif jap lagi dah besar nak makan nasi..hehe

    BalasPadam
  7. hihihi alasan yg mungkin qhaliff akan guna 1 hri nanti??hihi

    BalasPadam