Terkena jugak aku !!!

by - Khamis, Julai 11, 2013

 

Bangun awal pagi ni semua skali sbb nak gi antar wife ke LCCT .. Mau ke UUM dia.. ada meeting katanya .. Tak sangka dari rumah aku ke sana cuma 16 minit jer.. Ingat jauh .. Guna WAZE .. Hehehe… mudah rupanya guna menatang tu ..

Sahur dulu pastu terus gi antar dia .. Dalam kul 5 40 sampai gitu . Kemudian terus ke Cheras . Plan sampai sana nanti nak tidur lama skit sbb aku tak cukup tidur beberapa hari ni. Sakit kepala dah ..

Dalam kul 6 lebih sampai .. Qhaliff segar molek ! Terus dia bermain dengan sepupu dia . Mak aku kasi dia roti .. Dia bukan nak makan sangat . Usung ke hulur ke hilir .. pastu terjatuh .. Cepat aku kutip dan bersihkan.. Pastu terus masuk ke mulut aku , seperti biasa ! Elakkan pembaziran …

Tetiba aku rasa cam ada sesuatu tak kena ..

“ Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! Aku puasa laaaaaa !!! “

Dengan pantas aku buang balik saki baki yang masih ada dalam mulut aku. Nasib baik skit jer aku gigit tadi !

Kecik besar kecik besar je aku tengok Qhaliff … huuhh.. Terkena gak aku ! Semalam berjaya ingatkan diri ni .. Hari ni , baru sejam dah terlupa ! Maklumlah , hari gelap lagi …

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

25 comments

  1. akhirnya terkena juga...Qhaliff berjaya wat at daddy... :D

    BalasPadam
  2. bila saya baca tang bab kecik besar kecik besar tu yang tak tahan tersenyum tu...

    dah besar dah Qhaliff....

    BalasPadam
  3. ngehehehe... tokono den ye... kelakar pulak baca

    BalasPadam
  4. kecik besar kecik besar gelak bila baca entry terkena nie...hehe

    BalasPadam
  5. nyaris-nyaris tu bro.. hehe.. takpe, lupe..

    BalasPadam
  6. hahaha...taktik bijak nak uji daddy ye...

    BalasPadam
  7. finally incik ben...huhuhhuhu...dugaan untuk seorang yg bergelar ayah

    BalasPadam
  8. hahahaha..lawakla..mmg betul2 terkena

    BalasPadam
  9. hahaha.. gelak sensorang baca entry ni.. dalam diam terkena jugak.. ;)

    BalasPadam
  10. rejeki namanyer tu... kt pun semalam terkena daaaa

    BalasPadam
  11. Hahaha,,, ops... nasib baik ingat,, kalau tak.. batal lah pose tu :P

    BalasPadam
  12. tergelak baca perenggan akhir tu.. finally Qhaliff berjaya kenakan daddy dia..

    BalasPadam
  13. rezeki sahur roti lah tuu....hahaaa

    BalasPadam
  14. rezeki sahur roti lah tuu....hahaaa

    BalasPadam
  15. hahahaha.... takpe bro.. nama pun hari pertamakan..

    BalasPadam
  16. nyaris, nyaris... nasib tak batal..

    BalasPadam
  17. takpe....org cakap kalau makan/minum tak sengaja tu rezeki....he3

    BalasPadam
  18. dah ckp dah waze best...hahhaha

    "TURN RIGHT.."

    "KEEP LEFT..."

    suara awek tu bestnya

    BalasPadam
  19. hihihi qhaliff mesti wat muka tak bersalah..alallaa

    BalasPadam