Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 9 Julai 2013

Terpikat dengan New Honda Civic !!

 

Aku cukup pelik kenapa ramai orang cukup suka dengan kereta buatan Jepun ni yakni Honda Civic! Serius , aku pelik ! Mungkin kerana aku tak pernah memandunya , kan ? Adik ipar aku sendiri baru beli Civic walaupun dah terpakai ! Katanya mmg minat dari dulu ..

Baru-baru ni aku dijemput sekali lagi oleh Honda Malaysia bersama sama rakan blogger yang lain untuk membuat pandu uji Honda Civic terbaru di pasaran ! Wow !! Sungguh menarik tuuu ..

CivicBloggerDrive63

Ramai blogger yang terlibat ! Dapat kenalan baru lagi .. hehehe .. Suka suka sukaaa !!

Berbalik pada event Honda Civic ni .. sebelum para blogger memulakan ekspedisi pandu uji , kami diberi penerangkan terlebih dahulu secara ringkas kelebihan Honda Civic keluaran terbaru ni …

Seperti biasa , bila melibatkan automobil ni , mmg aku lemah skit la .. Aku kurang arif .. Yang aku tau , pegang stering dan tekan pedal ! Dan jangan lupa tekan brake bila nak berenti ! Hehehehe..

Taklimat ringkas yang diberikan membuatkan aku tak sabar mencubanya .. Menurut penerangan wakil dari Honda , terdapat beberapa keistimewaan pada Civic kali ini ..

02 Infographic Civic Petrol_Finalised

Masa yang ditunggu telah tiba. Setiap pasukan yang diwakili 3 blogger mendapat sebuah kereta Honda Civic untuk dipandu uji ! Hehehehe .. Dan kumpulan aku yang terdiri dari Farid dan Kelly dapat kereta Civic 1.8L SOHC i-VTEC ! Sangat cool gituuu …

Okeh .. Dari Publika Mount Kiara , destinasi yang dituju adalah ke Desa Park City yang terletak di Rawang. 7 buah kereta bergerak secara konvoi .. Mengikut pengalaman aku tahun lepas , marshall Honda ni sangat bagus ! Tiada sebijik kereta pon terlepas dari mereka .. hehehe ..

CivicBloggerDrive92

CivicBloggerDrive308

CivicBloggerDrive108

CivicBloggerDrive163

Setiap ahli kumpulan akan diberi peluang memandu kereta Honda Civic tersebut untuk merasai sendiri teknologi terkini yang ada pada kereta tersebut ! Menariknya , Honda Civic terbaru ni menggunakan teknologi ECON yang mengabungkan petrol dan juga teknologi Hybrid yang bertujuan untuk menjimatkan penggunaan petrol.

Sewaktu di Rawang , kami semua ikut jalan sempit dan bengkang bengkok tetapi kereta amatlah stabil .. Sangat stabil ! Terasa sungguh dengan kereta yang aku baru beli sebulan ! Menyesal pon ada ni !!

Secara jujurnya , jika aku ada duit pada masa tu .. aku akan tempah kereta Honda Civic 2.0 sebagai kereta utama aku ! Hehehe ..

Destinasi yang dituju dah tiba .. Disini setiap blogger dibuat 3 kumpulan untuk ‘menikmati’ 3 latihan pemanduan yang berbeza dan mencabar ! Sangat mencabar untuk aku yang sememangnya dah semakin berhemah dalam memandu kereta ni .. Hehehe ..

Uji pandu pertama ialah untuk mencuba sendiri kecekapan sistem brek kereta Honda Civic . ABS atau Anti-Lock Braking System yang diuji pada blogger drive kali ni mmg menarik sekali !

Caranya , setiap blogger dikehendaki memecut dengan selaju mungkin dan menekan brek dengan segera bila berada di kotak yang sepatutnya .. Di sini , pemandu akan merasa sendiri kesan dari ABS tersebut ! Apakah yang terjadi pada kereta tersebut ? Ya , ketika ini ABS akan berfungsi ..Dan sememangnya ianya berfungsi dengan baik sekali !

ABS akan membuatkan perhentian kereta secara mendadak tanpa memesongkan kereta atau kereta terus mengelongsor ! Tanpa ABS , pemandu dan penumpang dalam kereta berada dalam keadaan yang amat merbahaya !

CivicBloggerDrive276

Terus terang .. aku gagal part ni .. Dia suruh tekan brek dengan kuat hingga kasi tayar tu berbunyi malangnya , aku memandu dengan kelajuan yang ditetapkan ! Jadi , aku brek dengan perlahan .. Kalau diberi peluang lagi , hehehehe.. Tau laa aku ! Rugi betul aku ..

Pandu uji kedua .. hehehe .. Yang ni kena main cilok cilok .. Semenangnya bahagian ni memerlukan kepantasan tangan pemandu mengawal stering kereta ! Haaa.. Tujuannya adalah untuk menguji keberkesanan VSA (Vehicle Stability Assist) .

CivicBloggerDrive254

Maknanya , dlm keadaan jalan yang bengkang bengkok sekali pon , kereta tetap dalam keadaan yang amat stabil ! Ini kerana terdapatnya sistem VSA di dalam kereta Honda Civic ini ..

VSA akan berkerjasama dengan ABS bila keadaan pemanduan diluar kawalan terutamanya dalam keadaan jalan yang bengkang bengkok . Selain itu Honda Civic's Electronic Power Steering system (EPS) juga akan membantu menstabilkan kereta bila berlakunya masalah kawalan stering .. ianya melibatkan kestabilan tayar dan juga brek ! Hehehe.. Nak terang dalam bahasa teknikal , susah sikit.

Aku bukannya mat kereta.. Maaf la yer.. Aku terangkan apa yang aku faham .. heee .. Sama seperti pandu uji pertama , aku gagal juga yang ni sbb aku mmg pemandu yang berhemah ! Pandu dengan perlahan jer … hehehehe ..

Pandu uji terakhir ni , yang ni dasat skit.. ‘Litar’ dibasahi dengan air sabun ! Haaa.. Bermakna permukaan jalan mmg licin ! Apakah Honda Civic mampu lakukan ?

Sorang demi seorang cuba.. Dan aku pon mencubanya .. Ok , aku akui aku takut nak buat sbb ada penumpang dalam tu.. Aku segan ! Hahaha.. Takde la.. Aku kurang keyakinan diri lagipun ianya cubaan pertama aku memandu dengan teknik begini . Best tapi takut ! Boleh ??

Disini , terbukti sistem keselamatan yang ada pada kereta New Honda Civic ni berfungsi dengan baik sekali dalam apa jua keadaan !! Yup .. dalam apa jua keadaan !!

 

CivicBloggerDrive221

CivicBloggerDrive228

CivicBloggerDrive235

CivicBloggerDrive239

CivicBloggerDrive258

CivicBloggerDrive261

Aktiviti pandu uji selesai jam 6 petang dan kami pulang semula dengan selamatnya ! Menarik , tertarik dan aku jatuh cinta dengan HONDA CIVIC !!

Nak simpan duit , beli satu !!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

13 komen :

careno berkata... [Reply to comment]

Okeh... nak masukkan dlm wish list... hehehe... thn bile x tahu br bleh dpt ni.. insyaAllah

zakirasli .. berkata... [Reply to comment]

Honda civic dari dulu mmg terbaekk!!

sweetsal berkata... [Reply to comment]

harga berapa eh?

Melastik Bintang berkata... [Reply to comment]

haha.. aku ingat nak angkat Honda Civic Mugen 2.0 tu... gila stylish n sporty....

mama_ka0ri berkata... [Reply to comment]

saya pon suke honda juga..dari dulu lagi!!!

logorithm berkata... [Reply to comment]

Syoknya dapat speeding! Kalau kena AES saper yang bayar? Hehe...

I pun tengah berangan-angan nak tukar kereta nih. Nak tukar kereta apa ye?

Tapi I kurang berkenan dengan design Honda Civic nih. A bit 1990's. Hurmmm...


Terbaru dari Logokoko:

[13PG] Gempar! Seram! Gambar roh mangsa kemalangan!

[U] Kereta cuci tak betul

[U] Esok masih ada jerebu?

eiza mns berkata... [Reply to comment]

dah beli sebijik 2.0 navi...memang terbaik la.....

Mrs. Amad berkata... [Reply to comment]

bro ben..hubby mmg nk bli civic.tp baru2 ni die survey ramai org complain kat group honda psl civic yg baru ni byk problem.yela nk bli kete kene la survey betul2 bkn nk bli beskal.tp kalo civic lame yg lampu blkg bulat or kexagon tu ok la.ramai org kate ok.tp kluaran tu dah xde.so kene pospon dlu.sy rase kene bg die baca entry ni..

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Mesti best naik kereta ni kan.
tengok pun dah berkenan :-)

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad berkata... [Reply to comment]

idaman ni, tapi tak mampu, mampu viva cooper je..hahaaha :)

NurHafiza Fadzil berkata... [Reply to comment]

Honda memang terbaik dulu, kini dan selamanya. (PEMINAT TEGAR HONDA)

Now drive HOnda SB4 (Tahun 85an pnye...still steady)

amir rofie berkata... [Reply to comment]

Saya pernah pakai Honda Civic 2.0 iVTEC selama 4 tahun tapi generasi yang sebelum ni. Memang best tapi terpaksa let go sebab kena beli MPV. Anak dah ramai. Kena pakai yang besar sikit. Review yang bagus. Thank you.

farah_farhan berkata... [Reply to comment]

@amir rofie amir jual kat sape? sy tgh cari honda civic 2nd hand kalau tgh nk cari buyer let me know ye. boleh contact kat email sy farah.normi@gmail.com

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI