The NOMAD Offices @ Mount Kiara Solaris

by - Sabtu, Julai 06, 2013

 

Tadi kan aku dah bagitau yang aku sedang berada di The NOMAD , Solaris Mount Kiara. Tak tau eh ? Sila baca di Di The NOMAD, Mount Kiara  dan juga ada bagitau yang aku akan cerita kan serba sedikit mengenai  The Nomad Office ni ..

image

Terletak di L-7-1, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia ni .. bagi mereka yang tercari cari pejabat buat sementara waktu ( sementara dapat pejabat yang lebih besar dan sesuai ) atau pejabat maya ( virtual office ) maka, The Nomad ini amatlah sesuai !

image

Di sini ada sebanyak 34 buah bilik  pejabat yang mana mampu memuatkan sehingga 4 orang kakitangan dalam satu bilik .. Dan paling sedikit pon , 1 orang ..

Bayangkan yer .. Korang ada syarikat di Pulau Pinang dan sering turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa pelanggan . Tapi korang tak nak sewa pejabat yang besar di KL ni . Yelah , nanti kena cari pekerja lagi kan  ? Memadai jika turun ke KL dan ada tempat untuk berjumpa pelanggan bertujuan untuk mengadakan meeting dan melakukan sedikit kerja tanpa sebarang gangguan .. The NOMAD inilah jawapan !! Kenapa ?

Yang pertama .. sebabnya lokasi yang ditengah bandaraya Kuala Lumpur dan mudah dicari .. hehee .. Pastu di sini korang boleh sewa satu tempat kecil dipanggil Hot Desk .. tengok gambar kat bawah ni .. Disewa mengikut jam atau hari ! Kalau nak sewa bilik pon boleh kat sini  tapi bilik , lain pulak  cara sewaannya.. Tu kira bulan la .. Haaa .. tak kisah berapa bulan pon ..

Siap dengan internet berkelajuan tinggi  dan ruang  pejabat yang amat selesa .. 

Jika nak jumpa client untuk meeting ? Takde masalah .. Di sini ada juga menyediakan ruang untuk mengadakan meeting .. Ada projektor lagi ! Tak yah nak usung projektor dah kan .. hehehe ..

Selain tu , di sini juga menyediakan bahagian untuk buat salinan ( photostate ) dan mesin pencetak ..

 

Selesai buat kerja dah ? Nak bersantai ? Jom lepak kat ruang legar di depan pejabat ni ..  Ada tv dan boleh layan game lagi .. heeee…

image

Sambil lepak , boleh surfing internet. Wifi disediakan.. Percuma dan jika bateri telefon bimbit anda dah semakin lemah , boleh je terus charge di sini .. Hehehe.. Apa lagi yang kurang ? Surau ? Ada juga di sediakan ..

Buat mereka yang tercari pejabat tapi belum mampu nak sewa , bolehlah guna cara pejabat maya atau virtual office .. Cara ni mmg mudah .. Segala panggilan telefon atau surat menyurat akan ditujukan ke sini dan kakitangan The Nomad akan menjawab telefon seterusnya hubungkan pada korang ! Kalau korang tak nak diganggu la kan ? Haaa .. Cam aku kata tadi , korang pon leh sewa bilik meeting disini !

Jangan risau soal keselamatan kerana mmg di sini sangat terkawal keluar masuk orang .. Dari lobi hinggalah ke dalam pejabat ! Segalanya ketat tapi tidak menyusahkan korang punya..

Amacam ? Sesuai tak untuk aku ni yang bergelar blogger ? Sesuai ! Satu hari nanti.. andai aku nak maju setapak lagi dalam dunia penulisan dan inginkan ruang utk menulis dengan lebih serius dengan jangka masa yang singkat , THE NOMADlah jawapannya !

Jika berminat , boleh ke

Facebook : https://www.facebook.com/TheNomadOffices

You May Also Like

5 comments

  1. yeah, sangat praktikal! dlu intern di solaris, atas office, bawah food.. senang meeting ngan client

    BalasPadam
  2. great to meet all the geng2 bloggers again today at The Nomad Offices :)

    BalasPadam
  3. Menarik btol bila dilihat pd kemudahan yg disediakan lengkap dan suasana yg selesa.

    BalasPadam
  4. hot desk kalau buat competition live blogging , cool juga ...

    BalasPadam
  5. harga pun murahkan
    699 je..

    BalasPadam