Anak pengasas Vida Beauty mati dalam kebakaran !

by - Ahad, Ogos 04, 2013

 

Terkejut aku bila rakan di Fb bagitau mengenai berita ni ..

image

Aku google dan .. inilah hasilnya  ..

Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty . Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Sumber dari Utusan  Malaysia ..

Sapa pengasas Vida Beauty ni ? Aku tak pernah dengar pon mengenai produk ni.. Sat google ..

Hurmm… Kasihan.. Lagi beberapa hari je nak Aidilfitri. Dugaan dari Allah .. Semoga tabah menghadapinya .. Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka yang terkorban. Al-Fatehah buat mereka ..

Punca kebakaran tak dinyatakan tapi ada ‘bijak pandai’  setelah digoogle , kata sbb mercun.. Wallahualam ..

You May Also Like

21 comments

  1. Allahhhh....
    Sebak hati dengar berita macam ni..
    nak pulak lagi berapa hari nak Aidilfitri......
    Takziah dan AL-Fatihah...

    BalasPadam
  2. innalillahiwainnahilaihirojiun..salam takziah buat ahli keluarga..:'(

    BalasPadam
  3. pengasas produk ni selalu kluor TV3 MHI kul 12 tghri..

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah...

    Sedihnya, dah hujung2 Ramadan nie, hebat betul dugaan yg diterima. Suami & anak2 pergi dlm sekelip mata.

    Takziah.

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah..

    Dah hujung2 Ramadan ni, hebat betul dugaan yg diterimanya. Suami dan anak2 tiada lagi dlm sekelip mata sahaja.

    Takziah.

    BalasPadam
  6. Ajal maut tak siapa yang tahu.Moga keuarga arwah tabah menghadapi dugaanNya.

    BalasPadam
  7. Kat Ipoh, Meru Hill ...kawasan tu memang kawasan elit, banyak yang tinggal kat situ adalah usahawan melayu ....

    BalasPadam
  8. Allah Fatihah
    Moga keluarga mangsa tabah menghadapI dugaan yg menimpa mereka .

    BalasPadam
  9. masyaAllah..Al Fatihah..sebak :(

    BalasPadam
  10. @ShaZlan

    yg meninggal tu bukan suami dia la..yg tu pekerja dia..kejadian ni pun brlaku kat rumah pekerja dia..

    BalasPadam
  11. Rs mcm bru aje tgk rumah dan anak2 dia dlm nona tv3 bbrapa mgu lps..tkjut dgr hari ni dh xde..takziah..

    BalasPadam
  12. Rs mcm bru aje beberapa mgu lps sblm puasa tgk nona tv3 crta pasal rumah dia..ada anak2 dia skali..tau2 arini dgr dh xde..takziah..smga beliau tabah hadapi dugaan bsr ni..hilg anak tersyg di saat syawal hmpir menjelma..

    BalasPadam
  13. Salam... Ank2 dan seorg pekerja dia kan... Bkn suami dia...

    BalasPadam
  14. takziah...rasanya baru lg tgk kmesraan keluarga ni dlm deko2 di tv3...moga d tmptkn di kalangan org2 mukmin...amin...

    BalasPadam
  15. takziah...rasanya baru lg tgk kmesraan keluarga ni dlm deko2 di tv3...moga d tmptkn di kalangan org2 mukmin...amin...

    BalasPadam
  16. Al-Fatihah.. terkejut betul bile dengar berita tu.. sebabnya tahun lepas saya ada tengok anak - anak nie dalam sebuah rancangan ketika ibunya membuat open house atau lebih kurang macam tu, dan saya terdetik seronok bile tengok arwah budak - budak tu.. nampak macam anak - anak yang baik dan sangat manja dengan ibunya... Allah lebih menyayangi mereka..

    BalasPadam
  17. takziah kpd keluarga mangsa .
    semoga tabah menghabiskan baki ramadhan dan menjalani kehidupan ..innalillah ..

    BalasPadam
  18. salam takziah untuk keluarga almarhum....
    baru hari ni baca..
    seih dah nak dekat raya..

    BalasPadam