Bertolak ansurlah ! #PositivelyMalaysia

by - Selasa, Ogos 20, 2013

 

Aidilfitri menjelma lagi ! Selang beberapa hari sebelum Aidilfitri  , pastinya kita tau warga kota akan pulang ke kampung masing masing untuk berhari raya dan pastinya jalanraya akan menjadi tumpuan ! Heheheh .. Jammed laa wooiii !!

Satu sikap yang sering kita lihat bila memandu dalam keadaan kesesakan begini ialah sikap tidak sabar ! Memalukan ! Tak kira berkereta besar atau kecil .. Kenapa semua ini terjadi ? Sampai bila kita nak bersikap begini ? Tidakkah sedar semua ini punca kepada berlakunya kemalangan ?

Ok , apa yang patut kita lakukan ? Kita mulakan dengan diri sendiri ! Contohnya aku laa.. hehe.. sapa lagi kan ? Dah sendiri buat , sendiri cerita laa ..

Berlaku pada aku pada raya ke tiga sewaktu nak pergi ke Pengkhalan Chepa , Kelantan. Aku yang tak mahir dengan kawasan tu terpaksa gunakan GPS sebagai bantuan perjalanan.

GPS ni , faham faham la.. Jap ok jap tak .. Bergantung pada internet la katakan .. Nak dijadikan cerita , sedang dalam kesesakan lalu lintas tu , tiba tiba sebuah kereta mpv cuba memotong lalu yang mana , banyak kereta sedang queue ! Dia entah dari mana , tetiba main celah nak masuk je !

Apa yang patut dibuat ? Jangan bagi laluan ? Bagi dia laluan ? Kenapa pulak nak bagi dia lalu ? Bukankah dia potong queue ? Kereta depan aku mmg tak kasi dia masuk tetapi aku , benarkan dia lalu dengan berfikiran positif.. Mungkin dia tersalah lorong kot ?

Tidak lama kemudian , kejadian serupa berlaku pada aku . Aku tersalah lorong ! Aku ‘terpaksa’ mencelah untuk masuk ke lorong yang sepatutnya . Ni semua GPS punya salah ! huhu…

Aku tebalkan muka untuk mencelah . Menagih simpati dari kereta sebelah untuk benarkan aku lalu. Kedudukan aku tu perlu berubah untuk elakkan kesesakkan lalu lintas .. Laluan kereta terhalang gitu !

Nasib baik laaaaaa pemandu kereta tu benarkan aku pergi dulu. Aku angkat tangan sebagai tanda terima kasih ..hehehehe .. Orang berbudi , kita berbahasa .

Selepas itu , bila ada kereta nak celah masuk atau pejalan kaki nak lintas , mmg aku kasi mereka ‘jalan’ dulu .. Aku rasa cam seronok bila dapat buat begitu. Yelah , nampak muka mereka terpamer rasa lega gitu .. hehehe ..

Sikap begini patut ada pada diri kita tak kira la kita ni pemandu , penumpang atau pun sekadar guna perkhidmatan awam . Perlu ada sifat bertolak ansur dalam kehidupan kita sehari hari ..

Bila kita amalkan sikap begini , kehidupan kita seharian pasti akan berjalan dengan lancar ! Kalau masing masing dengan sikap ego , keras kepala dan sombong maka setiap hari perjalanan hidup kita akan sentiasa ‘sesak’ dengan ‘kemalangan’ ! Takkan nak begitu kan ?

clip_image004

clip_image006

Jom kita ajak rakan rakan untuk melakukan sesuatu yang berpositif yang mana ianya mampu mengubah sikap kita yang kurang enak dilihat itu. Bila lagi nak berubah kan ?

Tweetkan kemudian letakkan tanda hashtag #PositivelyMalaysia serta lokasi anda seperti #Selangor atau #kualalumpur agar rakan rakan lain dapat semangat untuk melakukan sesuatu yang positf seterusnya berjaya membina masyarakat yang lebih bersifat penyayang dan bersemangat positif !

Setiap perkongsian anda perlu ada ( #PositivelyMalaysia + #(lokasi anda))  untuk memastikan tweet anda akan  dimuatnaikkan di http://www.malaysia.my/positivelymalaysia .

You May Also Like

3 comments

  1. Selalu ok je bg lepas dulu. Selit la kalau nk selit.Kecuali kalau tengah mood baran gado2 dgn boipreng..atau pun jenis yg tak reti bagi signal..

    BalasPadam
  2. klo angkat tangan takpe, sejuk sket hati pemandu tu. tapi, masalah pemandu di malaysia ni, memey suka potong Q ketika jalan jammed. bila polis bunyi siren, baru terkial-kial bagi signal masuk lane yg betul.

    BalasPadam
  3. kte ikut keadaan jugak. mslh ny ramai yg d jumpa jenis yg penting diri. itu yg sakit hati. heh! =_=;

    BalasPadam