Jam Rado Diastar : Original atau Replika ?

by - Ahad, Ogos 11, 2013

 

Aku antara jutaan peminat jam Rado .. Kali pertama aku dengar jenama Rado ni , dalam tv .. Rasanya masa tu aku masih lagi belajar .. kira kira 20 tahun lepas ..

Harga ? Aku tak tau lagi sehinggalah aku cecahkan kaki ke Star Hill . Kat sana bersepah butik jam berjenama .. Harganya mmg membuatkan aku ternganga .. Tak terlangkah kaki masuk untuk melihat jam jam lain di dalam tu.. Yang aku tgk tu pon , yang terpamer untuk tontonan orang lalu lalang ..

 

Sejak tu aku jatuh cinta dengan Rado . Apatah lagi ianya buatan Swiss yang cukup terkenal dah ..

Kelmarin , ada sorang kenalan aku bagitau yang ayahnya beli jam Rado Diastar .. RM3 ribu katanya. Kat butik jam .. Ikutkan , harganya ialah RM4 ribu tapi bagi diskaun .. Huh ! Rado ? Diskaun ? 3K ? Biar betik .. Untunglaaaa …

Tengahari tu , aku gi solat Jumaat .. Depan aku ni ada sorang pakcik .. Dia pakai jam sebijik macam kenalan aku punya bapak pakai ! Huk alohhhh .. Sebijik weh ! Pakcik tu , aku tengok macam nelayan je pon .. Pakai jam beribu ringgit ? Biar betul ni ??

Petang tu , aku gi jamuan raya rumah mak sedara wife aku .. Kawan aku pon ada gak .. Dia datang.. Dia pakai jam Rado Diastar tu jugak ! Wehhh .. ramainyaaa orang kaya dalam Malaysia ni ! Camana aku leh tercicir tak tergolong diantara mereka ni ???

Tadi aku google untuk cari info mengenai jam ni .. Dan aku baru tau , bersepah jam Rado atau jam jam sewaktu dengannya yang berstatus ‘replika’ ! Tapi bergred tinggi laa ..

Tapi masalahnya ialah ada penjual tak bagitau apa maksudnya REPLIKA tu .. Yelah , original Rado , harganya leh dapat superbike sebijik ok !

Teringat yang ayah aku pon pernah kena kencing gak .. Beli Raymond Weil bertahtakan  berlian .. Harga RM100 ! Siap mat pet tu kata dia jumpa jam tu ! Adehhh … sian ayah gue tu..

Hati hati la yer bila ‘main’ ngan jam berjenama ni .. Lainlah mmg nak beli jam replika sbb dah tak mampu nak beli hok mahal tu..

Cantik jam bawah ni kan ? Perghh.. kalau ada replika , aku pon nakkk !

Google la untuk cari isu isu jam Rado ni .. confirm jumpa ..

You May Also Like

3 comments

  1. Jam Guess, Swatch, semua tu pun banyak 'replika' nya abg. ben

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ori ada diamond plg murah 4k++..kan ada center rado,jgn beli di kedai sembarangan

      Padam
  2. Di Kedah memang ramai peminat rado. Aku ada satu tapi hanya pakai di luar Kedah.
    Nelayan, peniaga pasar dan yg tolak tong ikan tu pun ada rado. Semuanya rado diastar ori. Masa tu yg replica memang berbeza sgt. Mereka main kutu atau berhutang untuk dapatkan rado tu.

    BalasPadam