Jangan sangka kereta tu power dah !

by - Selasa, Ogos 13, 2013

 

Tak silap aku , berlaku di Lebuhraya Pantai Timur. Ada sebuah kereta Proton Wira ni .. Dia punya pecut , mmg bunyi serupa F1 punya .. Dasat dasat ..

Memula tu , dia belakang aku .. makin rapat dengan aku.. Aku kasi je dia lalu .. Berdesup dia pergi .. Aku ikut je dia dari belakang sbb kereta tak banyak pon ..

Walaupun aku ikut dia , jarak kereta aku dengan kereta dia .. sejauh satu tiang lampu .. Jauh tuuu .. Bukan apa , risau je laa kot kot dia berhenti mendadak , pasti aku jadi kelam kabut punya ..

Jangkaan aku tepat ! Tapi bukanlah dia berenti mendadak .. Tetapi , kereta dia tu .. tiba tiba , ada besi jatuh dari bahagian bawah kereta dia ! Besi tu aku perasan macam alat pembuka tayar tu haaa .. Besar la gak !

Bayangkan jika besi tu melantun dan kena cermin kereta aku ! Nasib baiik laaa dia tak melantun ! Kalau tak …. hurmmmm .. Untung gak la aku duduk jauh dari dia .. Boleh haru biru kalau aku ikut rapat dia !

You May Also Like

5 comments

  1. kereta proton pecut mcm F1 mmg xleh blah..ha3

    BalasPadam
  2. kereta proton pecut mcm F1 mmg xleh blah..ha3

    BalasPadam
  3. dia perasan tak ada menda jatuh dari kereta dia..?

    BalasPadam
  4. Alat pembuka tayar berat tu tapi mcmana boleh jatuh biasanya dlm but kereta.. die punya balancing bar kot.. slalu proton wira ada pasang bar besi bawah kereta..

    Mmg bahaya kalau kita ikut rapat.. kereta depan nampak dh lubang utk di elak, kita yg ikut rapat konpem xleh nak elak lubang sebab tak nampak dari awal..

    BalasPadam