Kecil tapi besar ! #PositivelyMalaysia

by - Selasa, Ogos 06, 2013

 

Sejak bergelar pengguna laman sosial tegar ( Facebook , Twitter , Instagram , blog )  ni , banyak dah perkara yang aku rasa sukar satu ketika dulu , aku dah mudah melakukannya. Membuat kebajikan dengan cara paling mudah tapi berkesan !

Apakah itu ? Seringkali aku ternampak rakan rakan memuatnaikan status ‘sumbangan diperlukan’ , ' untuk membantu individu mahupun badan badan kebajikan .. Kalau tak mampu memberikan sumbangan , klik saja butang SHARE dan mintak rakan-rakan lain kongsikan sama di timeline mereka !

Atau paling tidak pon tweetkan saja mengenai sumbangan itu ! Sapa tahu kan , walaupun ianya nampak kecil tapi besar pada orang yang lain. Bayangkan dengan rakan yang kita ada ramai tu di FB , terbaca mengenai kutipan sumbangan itu lalu dia berminat untuk menyumbangnya walau sedikit . Itu baru seorang  dari 5 ribu rakan kita .. Kalau dapat la 10 orang kongsikan di timeline mereka , berapa ramai dah yang berminat nak menderma ? Kan mudah itu ? Kecil tapi besar , sebenarnya !

image

Aku dah lakukan banyak kali dan rasa sungguh tenang sekali bila dapat berbuat begitu. Seronok dapat membantu orang ni ! Yelah , kita membantu orang lain ni  , macam macam cara ada kan ? Serius , ianya amat berbaloi.

image

Cuba korang kongsikan pengalaman korang dalam melakukan sesuatu yang positif yang mana ianya sedikit sebanyak memberikan impak positif pada orang lain ..

Tak kira la dengan ceritakan di Facebook atau blog, kemudian letakkan tanda hashtag #PositivelyMalaysia serta lokasi anda seperti #Selangor atau #kualalumpur agar rakan rakan lain dapat semangat untuk melakukan sesuatu yang positf seterusnya berjaya membina masyarakat yang lebih bersifat penyayang dan bersemangat positif !

Setiap perkongsian anda ( #PositivelyMalaysia + #(lokasi anda))  akan  dimuatnaikkan di www.malaysia.my/positivelymalaysia .

Mari kita sama sama wujudkan persekitaran yang lebih positif mulai sekarang ..

You May Also Like

1 comments

  1. Baru tahu dengan kewujudan hashtag tersebut. Tapi tu la. Dengan lman sosial mmg memudahkn sy utk membantu orang lain samada dari segi sharing mahupun sumbangan kewangan.

    BalasPadam