Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 15 Ogos 2013

Mesir Kini : Keadaan menyedihkan ..

 

Seperti biasa setiap pagi selepas solat Subuh , aku akan masuk ke page page yang berkaitan dengan Syria dan Mesir .. Terkejut aku ! Yelah , aku dah berhari tak tonton berita di tv .. Maklumlah , berita di tv ni .. banyak benar pusingnya .. Yang boleh tengok berita sukan jer .. Lain ? Kena fikir betul betul ..

Keadaan di Mesir sangat menyedihkan. Dari sumber page , katanya lebih 2 ribu rakyat Mesir mati dan lebih 10 ribu lagi cedera bila tentera melepaskan tembakan serta membakar khemah khemah mahupun hospital !

Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.

- ( Jkkk Fan Club )

Astaghfirullah al a’zim. Ada juga video wanita berniqah ditembak ketika sedang amik video .. Bacul sungguh tentera Mesir ni ! Mayat pula  dibiarkan terbakar !

Photo: Firaun Mesir As Sisi mengganas!! Rakyat Mesir dibakar dan dibunuh!

Menurut sunber tak rasmi, hampir 2000 telah syuhada, dan hampir 10ribu cedera.

GT

Photo: A.A via Pilihanraya Mesir

Kelihatan beberapa orang yang sedang mencari mayat syuhada dari kalangan ahli keluarga masing - masing.

Photo: Jom qunut nazilah geng. Terkini Para Syuhada mesir Allahumma aamin... Kbt

Photo: AA via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]
Rabu | 14 Ogos 2013 | 10.40 pagi
Sekarang suasana di Medan Rabaah Adawiyyah. Keadaan sekitar Dataran Rabia'ah A'adawiah selepas diceroboh oleh regim al-Sisi sebentar tadi.
Liputan secara langsung di Raba'ah Al-Adawiyah kembali beroperasi. Pada waktu yang sama, penunjuk perasaan diancam gas pemedih mata.

Dari page Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

“ Hospital Medani tidak berhenti menghitung bilangan syuhada' dalam pembunuhan di Raba'ah, An-Nahdhah, Mustafa Mahmud dan lain-lain tempat. Demikian itu kepadatan terlalu banyak yang syahid tidak tiba ke hospital kerana disebabkan serangan ke atas bangunan hospital dan banyak jasad yang rentung.

Suasana di masjid Iman, Makram Abid berdekatan dengan Hadiqah Atfal. Hanya seblilangan kecil jenazah yang sempat dibawa lari dari Rabaah Adawiyyah. Manakala yang lain, tidak dapat diselamatkan dan dibiarkan oleh tentera terbakar di hospital Rabaah. “

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 14 Ogos 2013 | 08.42 malam

Keadaan terkini pentas utama dan Masjid di Dataran Rabaah Adawiyyah. Habis dijilat api. Kezaliman yang dilakukan oleh As- Sisi menyebabkan rakyat semakin marah.

Semoga Allah SWT menurunkan segala pertolongan untuk membantu tenteraNya demi mempertahankan Islam di bumi yang suci Mesir Darul Anbiya.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 14 Ogos 2013 | 07.45 malam

Stesen minyak mobil yang berdekatan dengan Rabaah Adawiyyah terbakar.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah terkini mereka yang terbunuh dan syahid adalah seramai 2600 orang. Angka sebenar dan tepat sehingga kini belum dapat dipastikan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 14 Ogos 2013 | 06.13 petang

Rakyat tidak pernah gentar dengan peluru. Suasana di bawah Jambatan 6 Oktober hadapan Nadi Sikkah. Mereka cuba untuk merempuh sekatan polis bagi memasuki semula dataran Rabaah Adawiyyah.

Tentera dan Polis membakar Hospital Medan Rabaah.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Aku tertanya gak .. Apa tindakan pentadbiran negara kita ? Dan terkini apa yang aku cuma baca di akhbar ialah ..

Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir ,supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai

Perdana Menteri dalam posting terbaru dalam akaun Twitter dan Facebook akaunnya
juga meminta pihak berkuasa negara itu supaya jangan bertindak melulu.

"Kami risau dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir,"  katanya. “.

 

Tu je ? Hurmm .. Semoga Allah lindungi saudara kita di Mesir , Syira ..

Photo

Banyak sebenarnya .. haihh …

11 komen :

Ayu Zan berkata... [Reply to comment]

allahuakbar..
moga2 allah lindungi mereka..

Nurfaezah Abdullah berkata... [Reply to comment]

syurga menanti mrk :')

Vallie Clay berkata... [Reply to comment]

May The Almighty God bless their souls. Amen.

Vallie Clay berkata... [Reply to comment]

May The Almighty God bless their souls. Amen.

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Moga mereka kuat dalam mengharungi ujian dariNYA..
Moga Allah lindungi mereka semua.

amir zahari berkata... [Reply to comment]

Tak tahu sejauh mana kata2 pentadbir kita mampu mengemcam pentadbiran mesir melalui hanya media seperti twitter dan akhbar tempatan.. sedih..

Herdoni Wahyono berkata... [Reply to comment]

Pemandangan yang amat mengerikan menimpa saudara kita di Mesir. Mesir membara membelalakkan mata kita semua. Akankah terjadi perang saudara di sana ? Kebrutalan, kekejian, keganasan yang ada di Mesir akan dibayar dengan sangat mahal. Semoga pihak yang bertikai disana mendapatkan jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Mesir yang damai dan sejahtera.

Salam cemerlang !

TinTa IzTifa berkata... [Reply to comment]

Yang punya kuasa agak besar di malaysia pun hya Boleh berkata2 shja..hurmmm..pray for them.for Islam

farah diana berkata... [Reply to comment]

Ya Allah selamatkanlah umat islam di atas muka bumi ini dari keganasan dan penganiayaan kaum yang zalim... Kuatkanlah hati2 umat islam... Satukanlah hati2 kami yaAllah... Kau timpakanlah balasan yang perit kepada kaum yg kejam ini di atas muka bumi ini lagi yaAllah... Amin... Amin.. Amin...

nurul berkata... [Reply to comment]

Berbahagialah orang yg mati syahid.... Ya Allah, lindungilah kami,, kuatkanla n teguhkan iman kami,n tempatkan kami d syurgamu ya Allah. Ya Allah, bantulah saudara- saudara kami. Berikanlah mereka kemenangan d dunua n akhirat. Ameen....

nurul berkata... [Reply to comment]

Berbahagialah orang yg mati syahid.... Ya Allah, lindungilah kami,, kuatkanla n teguhkan iman kami,n tempatkan kami d syurgamu ya Allah. Ya Allah, bantulah saudara- saudara kami. Berikanlah mereka kemenangan d dunua n akhirat. Ameen....

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI