Pemain hoki negara , Chua Boon Huat mati kemalangan.

by - Khamis, Ogos 01, 2013

 

Terkejut aku membacanya di group whatsapp tadi .. Macam tak percaya sbb punca dari kemalangan jalanraya .. Hurmmm … Aku bukak Bharian Online .. Sahih ! Update jam 6 lebih pagi tadi ..

 

“ Pemain hoki negara Chua Boon Huat maut terbabit kemalangan “ 

Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.
Beliau berusia 33 tahun.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Pemain hoki negara Chua Boon Huat maut terbabit kemalangan

Semoga keluarga mendiang tabah. Negara kehilangan atlit sukan yang sungguh berbakat ! 

You May Also Like

1 comments

  1. dia memang pemain berkaliber....Melaka kehilangan anak negeri dalam bidang hoki khususnya....dan Malaysia kehilangan permata....
    Negeri Melaka mempunyai 2 pemain hoki terbaik selain beliau ialah Minarwan Nawawi.....

    BalasPadam