Terus mengkritik pasukan bolasepak negara !

by - Ahad, Ogos 11, 2013

 

Bila kita kritik , maka orang kata .. “ Cuba kau yang pergi main ? “.

ika begitu katanya , jawab aku mudah … kalau begitu baik aku  cuba jadi angkasawan jer ! Seperti seorang ayah marahkan anaknya yang gagal dalam ujian . Jawab anaknnya ,

“ Cuba ayah yang gi jawab kertas ujian tuuu .. ingat senang ke ? “ .

“ Yang ayah antar kamu gi sekolah , gi tuisyen ..beli buku tambahan tu buat apa ? “.

Mengkritik mmg mudah berbanding mereka yang dikritik tapi kena la ingat bahawa pencapaian yang dicapai kebanyakkannya dari kritikan ..bukan pujian !

Ada kawan tanya aku kenapa aku kritik sangat pasukan bolasepak negara . ”  Bersyukurlah ! “ . Katanya.
Jawab aku ,  “Dulu kita sorak pemandu luar dlm sukan motor , sekarang kita ada dah pemandu bertaraf dunia. Dulu kita kata ada dah pemain skuasy Pakistan dah jadi lagenda dlm sukan tu , sekarang kita pon ada dah ! Kita ada dah penerjun bertaraf dunia , pelumba basikal berkelas dunia tapi mengapa bolasepak semakin mundur ? “.
Jawab kawan tu ,  “ Bolasepak permainan dunia sbb tu kita sukar nak bersaing .. “ .
Aku kembali berkata padanya .. “Kita mudah berpuashati , terlalu byk alasan .. sampai bila bila kita takkan ke dpn. Kita taknak jadikan Jepun dan Korea sbg contoh terdekat ! “.
Balas kawan tu , mereka tu lain .. Mereka punya bla bla bla ..
Aku senyum .. Alasan lagi .. Lagi dan lagi dan lagi ...
Teringat kata kata ayah kawan aku .. Kalau kamu berada dikalangan murid murid yg pandai , tetapi tidak mengambil kesempatan utk turut sama menjadi pandai maka kamulah yg akan terus menjadi yg terlemah di kalangan mereka !
Jangan jadikan alasan tidak pandai utk terus tidak pandai ! “

 

Respectable showing by M'sia

 

Status aku di Facebook pagi ni .. Aku bukan apa .. Pasukan negara ni bukanlah pasukan budak sekolah rendah. Kita dah jumpa macam macam pasukan kelab mahupun negara ! Tapi bila kalah , alasan sama .. Dapat satu gol , dah kira beruntung ! Kena ingat dalam bolasepak cuma ada JUARA jer .. tak kira la berapa banyak gol , cantik atau tidak tapi apa yang menjadi keutamaan ialah pencapaian .

Apakah pencapaian kita sewaktu menentang pasukan Barcelona ?

Teringat coach kata kata jurulatih Piala Dunia Brazil yang berjaya membawa Brazil menjuarai piala berprestij tu .. Yang penting menang ! Bukan gaya atau mutu .. Itu bukan masanya nak pamerkan mutu dan gaya tapi pencapaian ! Mereka akan dikenang kerana menjuarainya bukan kerana mutu atau gaya !

Sampai bila aku nak kata … Ok la tuu.. Janji ada gol ! Baik buka jawatan “ SUKARELAWAN BOLASEPAK DIKEHENDAKI . TIADA GAJI DAN ELAUN. ASALKAN TAU JARINGKAN GOL !” .

Duit dok keluar.. Hasil tak bergerak mana pon .. Peliknya , kita mempunyai bakat bakat kecil yang cukup bagus .. Dilatih dari kecil , dihantar bermain di luar .. tapi kenapa masih gini gak ?

Jawapannya ada dah .. cuma tak leh nak buat apa apa ..  Petang ni layan Lee Chong Wei .. Kalah atau menang , dah cukup membanggakan .. Di usianya begitu , dia terus mencipta kejayaan untuk menyejukkan hati rakyat Malaysia yang panas hati tengok sukan bolasepak negara yang indah khabar dari rupa !

You May Also Like

3 comments

  1. Yeah abg ben, betul. Kadang2 fikir jgk bila la sukan bolasepak msia ni nak sampai di satu tahap yg mmg betul kita boleh bangga kan. Even pralimpik yg oku pun boleh cipta sejarah dan kemenangan knp bolasepak kita ttp mcm tu jugak. Bila jd juara sukan SEA wah pujian melambung2 tapi sekejap je. (Eh, eh xleh komen byk2 sat g org cakap cer ko sendiri main kat tgh padang tu baru tau langit tinggi rendah) kekeke,

    saya dr kecik membesar bersama bola, jatuh bangun I always be there utk menyokong. Macam abg ben cakap tadi, dalam sesuatu perlawanan result tu yg penting. Main hebat skil menarik cantik tapi xde finishing nak buat apa. (At last my mum cakap -buang masa je 22 org berebut bola yg satu) ok fine..

    selamat hari raya abg ben, maaf zahir batin ye terkurang terlebih ckp sini

    BalasPadam