Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat !

by - Isnin, Ogos 12, 2013

 

“ KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. “ – Bharian Online

 

Hurm.. banyak dah aku tengok kebelakangan ni , perempuan kalau memandu .. cermin tingkap dia , dibuka luas luas ! Seolah olah nak kasi masuk gajah dalam kereta dia ! Apa tujuannya ? Amik angin luar ? Huk alohhh ..

Gambar Hiasan

 

Tak pernah terbit ke di hati tu betapa bahayanya perbuatan tingkap dibuka seluas alam tu ? Tengok ni haaa .. kes simbah asid kembali ! Dan sasarannya mereka yang bukak tingkap kereta luas luas !

Yer , kekadang tu sbb nak save petrol terutama bila dah meter tu ke arah E ! Belajar belajar la senantiasa isi penuh. Jangan tunggu nak abis baru tercari cari stesen !

Di zaman ni terutama di traffic light tuuuuu .. mcm mcm kes leh jadi .. Hati hati la yer …

You May Also Like

2 comments

  1. KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

    Kalau ikut keratan akhbar yg en ben copy ni mangsa adalah pejalan kaki. bukan pemandu kereta kan? ke saya salah baca...

    BalasPadam
  2. Takut pulak nk keluar ke bandar sorg2..

    BalasPadam